WANITA BAB 10

28 2 1
                                    

Sudah hampir satu bulan usia perkahwinan Daatuk Azhar Uzair bersama isterinya Azza Ufairah.Perkahwinan yang tidak dirancang oleh pasangan suami isteri ini.Datuk Azhar Uzair yang berusia 30an itu baru merasa melayari lembah perkahwinan bersama isterinya Azza Ufairah yang berusia 20an itu.Mereka telah kecapi rasa bahagia di dalam kehidupan rumahtangga.Cinta mereka semakin mekar.
 
 
Pada hari ini Datuk Azhar Uzair merancang untuk membawa isterinya bersiar-siar.Meluangkan masa bersama isterinya adalah suatu masa yang berharga.Dia telah bersiap terlebih dahulu dan mendapatkan isterinya Azza Ufairah.Kakinya melangkah menuruni anak tangga , Azza Ufairah sedang menyediakan sarapan pagi buat suaminya Datuk Azhar Uzair.Pinggang wanita itu dipeluk kejap sekali.
 
 
“Abang !.” marah manja Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Tawanya terletus mendengar jeritan manja isterinya Azza Ufairah itu.
 
 
“Sayang ni macam tak biasa pulak.” ujar Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.
 
 
“Sayang masak apa tu ?.” soal Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah sambil satu kucupan hangat singgah di kepala isterinya.
 
 
“Mi goreng , abang cakap teringin nak makan mi goreng kan ?.” soal Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Tapi rasa macam nak picnic dekat luar lah sayang.” ucap Datuk Azhar Uzair selamba.Azza Ufairah menjeling suaminya sekilas.
 
 
“Abang jangan macam-macam , penat sayang masak tau.” luah Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Apa susah sayang ? Kita bungkus pergi park.Tak susah kan ?.” ujar Datuk Azhar Uzair mengalan isterinya.
 
 
“Abang ni cakap macam boleh tiba-tiba ada dekat park tu tau , nak kena pek lagi makanan.Rotan baru tahu.” ujar Azza Ufairah geram kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Okaylah , paling senang dan menyenangkan sayang.Kita picnic depan halaman rumah.Okay tak ?.” soal Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.Terkedu seketika Azza Ufairah mendengar cadangan suaminya itu.
 
 
“Abang ni asal boleh saja kan.Iyalah.” ujar Azza Ufairah mengalah dengan cadangan suaminya Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Mari abang tolong sayang bentang tikar dulu.Nanti yang berat-berat tu sayang jangan angkat.Biar saja.” pesan Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.
 
 
“Okay abang.” jawab Azza Ufairah lemah dan manja kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Kenapa abang tiba-tiba nak picnic pulak ?.” soal Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair untuk penjelasan lanjut.
 
 
“Sebab dulu , umi suka bawak abang keluar picnic breakfast dekat taman waktu pagi.Abang rindu zaman kanak-kanak abang.Abang rasa , kali terakhir abang merasa bahagia sewaktu kecil.Waktu remaja abang gelap dan menakutkan.” ujar Datuk Azhar Uzair yang meluahkan perasaannya kepada isterinya Azza Ufairah.Isterinya terdiam mendengar penjelasan suaminya Datuk Azhar Uzair.Suatu luahan yang hiba.
 
 
“Abang , zaman kanak-kanak kita sama tapi zaman remaja kita berbeza.Sayang sudah rasa apa yang abang rasa.Abang jangan sedih , sayang ada dengan abang.” ucap Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Tangan suaminya Datuk Azhar Uzair diraih lembut lalu diusap.
 
 
“Sayang wanita yang abang tiada pertalian darah tetapi sayang adalah wanita yang abang akan lindung dan cintai.” ucap Datuk Azhar Uzair romantis kepada isterinya Azza Ufairah.Dia mengucup lembut dahi isterinya.
 
 
“Sayang tak pernah rasa kasih sayang seorang lelaki.” ucap Azza Ufairah sayu.
 
 
“Ayah sayang pun sayang tak pernah jumpa.Ayah Azman datang masa sayang sekolah rendah lagi.Dia ada dalam keluarga kami tanpa kami tahu bila dia berkahwin dengan ibu.” luah Azza Ufairah tentang kucar-kacir kehidupannya.
 
 
 
 
 
Tiba-tiba Datuk Azhar Uzair mendapat panggilan daripada pembantu peribadinya Aqilah.Dia terus menuju ke kamar untuk bersiap dan mengajak isterinya Azza Ufairah sekali.Walaupun di atas urusan kerja , dia tetap mahu membawa isterinya juga.
 
 
Setibanya dia di sana , dia membiarkan isterinya di berehat di kamar tetamu.Dia menyiapkan tugasan yang telah disediakan oleh pembantu peribadinya Aqilah.Wanita itu mengetuk pintu kamar sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat Datuk Azhar Uzair.Dia meletakkan sebuah fail bersaiz besar dan menarik kerusi dihadapannya lalu ia melabuhkan duduknya di kerusi roda tersebut.
 
 
“Awak nak teman saya di sini ke Aqilah ?.” soal Datuk Azhar Uzair selamba.
 
 
“Sebenarnya , saya ada nak sampaikan satu soalan staff kepada Datuk.” jelas Aqilah tentang niatnya kepada Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Apa dia ?.” soal Datuk Azhar Uzair dengan pandangan yang agak pelik kepada pembantu peribadinya Aqilah.Dia meletakkan pena di tepi.
 
 
“Diorang tanya , kenapa perlu bawa wife ke pejabat setiap kali Datuk ke pejabat ? Datuk seperti tiada privasi.” jelas Aqilah sayu dan perlahan.Dia tahu dan kenal akan sikap Datuk Azhar Uzair yang panas baran apabila orang yang disayangi dikutuk secara belakang.
 
 
“Kenapa diorang kata begitu ? Teruk sangat ke kalau saya bawa isteri saya bersama ke pejabat tempat saya mencari rezeki.Apa hak diorang untuk pertikaikan perkara peribadi saya ?.” soal Datuk Azhar Uzair agak tegas kepada pembantu peribadinya Aqilah.
 
 
“Saya cuma sampaikan sahaja.Sebenarnya saya sendiri boleh jawab soalan mereka tetapi ini berkaitan peribadi Datuk , jadi saya tidak mahu cakap belakang Datuk.Biar saya dihukum dengan pengetahuan Datuk daripada saya bukan daripada mulut orang lain.” jelas Aqilah kepada majikannya Datuk Azhar Uzair.Tanpa berlengah , Datuk Azhar Uzair bangun dengan tangkas daripada tempat duduknya dan berlajan laju menuju ke muka pintu lalu dibuka rakus.Matanya menikam semua wajah anak buah syarikatnya.Terkebil-kebil mereka semua memandang Datuk Azhar Uzair yang berdiri tegak di muka pintu kamar pejabatnya itu.
 
 
“Untuk pengetahuan semua pekerja syarikat AU Empire , saya berhak membawa sesiapa sahaja ahli keluarga saya untuk datang ke pejabat.Terutama , isteri saya Azza Ufairah.Dia adalah bakal pemilik AU Empire.Awak semua tiada hak hendak bertanya atau menyoal dengan sinis kepada saya atau PA saya Aqilah.Faham !.” jerit Datuk Azhar Uzair di hujung kata.Pintu pejabatnya dihempas kuat sehingga memeranjatkan semua anak buah syarikatnya yang sedang tekun mendengar amarannya.Hatinya sungguh panas.
 
 
“Datuk okay ? Saya rasa Datuk perlu balik dan berehat.Tak apa , yang lain biar saya selesaikan.” jelas Aqilah pembantu dirinya yang tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
 
 
“Aqilah , saya sedang marah sekarang ni.Jadi awak jangan pandai-pandai memaksa saya.Awak keluar !.” arah Datuk Azhar Uzair tegas.Tanpa berlengah , Aqilah terus meninggalkan kamar pejabatnya itu.
 
 
“Abang... .” panggil Azza Ufairah lembut.Pandangannya masih membelakangi isterinya itu.Hati yang panas bertukar sejuk apabila mendengar suara lembut isterinya Azza Ufairah.
 
 
“Abang , jangan marah.Abang sabar ya.” pujuk Azza Ufairah lembut kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Dia terus memusingkan tubuhnya dan memeluk kejap tubuh isterinya Azza Ufairah.Ubun-ubun wanita itu dikucup lembut.
 
 
“Maafkan abang.” ucap Datuk Azhar Uzair sayu dan lemah.
 
 
 
 
 
 

WANITA [ COMPLETE ] Where stories live. Discover now