Kebahagiaan yang dicipta oleh Datuk Azhar Uzair dan juga Azza Ufairah semakin besar dan hebat dalam rumahtangga mereka.Dugaan demi dugaan telah ditempuh sepanjang perkahwinan mereka.Sedih , pahit dan manis telah mereka rasai.Datuk Azhar Uzair kini lebih mendekatkan dirinya dengan kelas agama.Dia lebih ingin mendalami kisah agama untuk perbaiki dirinya , hubungannya bersama isteri tercinta serta rumahtangga mereka untuk lebih kukuh walau badai apa pun yang melanda.Suasana pagi yang tenang membuatkan Azza Ufairah lebih bersemangat hendak membuat kerja rumah serta menjadi suri rumah.Rutin hariannya adalah memasak untuk suaminya bersarapan , bersantapan tengahari serta makan malam.Tiada hari yang dia mengambil cuti itu.
“Sayang... .” panggil Datuk Azhar Uzair meleret kepada isterinya Azza Ufairah.Tanggannya juga naik merayap menyentuh tubuh badan isterinya secara rawak.
“Abang , sayang nak masak ni.Janganlah begini.Nakal lah.” ujar Azza Ufairah selambarDatuk Azhar Uzair melepaskan pelukannya.Dia mengucup belakang kepala isterinya lembut dan sekilas sahaja.
“Sayang ni sekarang tak boleh usik sikit.Asyik nak marah saja.Kenapa ni ? abang ada buat salah ke ?.” soal Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.Tetapi wanita itu hanya menggelengkan kepalanya tadda tidak.Dia bbgai hilang emosi.
“Abang tolong jauh sikit.Abang bau busuk.Sayang rasa nak muntah.” ujar Azza Ufairah kepada suaminya sambil menutup kedua lubang hidungnya dengan tangan.Datuk Azhar Uzair segera mencium bau badannya yang baru sahaja keluar dari bilik mandi 15 minit yang lepas.Selepas bersiap dengan pakaian kasual dia telah menyembur beberapa semburan minyak wangi jenama ‘Boss’ .
“Mana ada sayang ? Abang dah mandi lah tadi.Siap pakai minyak wangi.” jelas Datuk Azhar Uzair demi pertahankan dirinya.Dia berasa pelik dengan isterinya.Sedangkan boleh tahan kuat bau wangian yang dipakainya itu memenuhi ruang kondominium mereka.
“Sanalah abang.Tak boleh lah bau benda busuk-busuk ni.” ujar Azza Ufairah tegas kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Dia melepaskan keluhan kecil.Dengan hampa menuju ke ruang tamu.
“Abang.Boleh tak abang mandi and tukar baju sekali lagi ?.” pinta Azza Ufairah berat hati dengan suaminya.Dia tahu perkara ini akan membuatkan suaminya itu terasa hati tetapi dia terpaksa kerana bau yang tidak boleh dibaunya itu.
“Sekali lagi ?.” soal Datuk Azhar Uzair seolah tidak percaya dengan permintaan isterinya itu.Dia menggelengkan kepala sambil berjalan menuju ke kamar tidurnya.Azza Ufairah rasa berat hati dengan suaminya.Tidak patut dia buat begitu tetapi dalam keadaannya yang kurang rasa sihat dia terpaksa.
“Apa yang pelik sangat bini aku ni ? Tak suka bau aku ? bukan sebelum ni dia yang akan sembur minyak wangi kat aku kalau bau minyak wangi tu tak menusuk sampai batang hidung dia ? pelik ?.” soal Datuk Azhar Uzair bersendirian.Dia membuka semula kemeja T yang dipakainya lalu dicampakkan ke dalam bakul kotor.Dia membersihkan dirinya sekali lagi dan menghilangkan bau wangiannya dari badan.Bau itu melekat bau dibadannya.
“Aku kena bawa dia ke klinik.Ada yang tak kena ni.” ujarnya di dalam hati.Datuk Azhar Uzair segera membersihkan dirinya dan tidak lama kemudian dia selesai mandi.Dia mengambil pakaian baru lalu dipakainya.Dia pantas membawa langkah ke ruang tamu untuk mendapatkan isterinya Azza Ufairah.
“Sayang.Pergi siap sekarang.Kita pergi klinik.” ujar Datuk Azhar Uzair memberi arahan kepada isterinya itu.Berkerut dahi Azza Ufairah melihat wajah suaminya.
Perkahwinan yang hampir satu tahun dibina itu akhirnya mereka diberi anugerah serta amanah dari allah.Sudah dua bulan Azza Ufairah hamil tanpa dia sendiri sedar.Mereka mengucap syukur tak terhingga.Datuk Azhar Uzair mengucap syukur dan gembira ketika berada di klinik tadi.Dia membuat sujud syukur juga.Dia mengucup ubun-ubun isterinya dengan lembut.Airmatanya mengalir lagi.
“Doktor simptom saya tak boleh dekat dengan suami saya.Itu normal ke as mom ?.” soal Azza Ufairah kepada doktor.
“Iya , It’s normal Puan.Normal bagi ibu mengandung.Tiada apa yang serius.” jelas doktor tersebut kepada dirinya.
Dia teringat akan perbualannya dengan doktor tersebut.Dia terhenti mengelamun apabila Datuk Azhar Uzair melabuhkan punggungnya di sebelah.
“Sayang okay tak ? nak apa-apa ?.” soal Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.Dia menggelengkan kepala sahaja dengan wajah yang manis terukir senyumannya.Tubuh suaminya dipeluk dari tepi.
“Bukan tak suka bau abang ke ?.” soal Datuk Azhar Uzair.Dia berasa pelik apabila isterinya memeluknya di dalam keadaannya begitu.
“Abang tak pakai minyak wangi kan ?.” soal Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Lelaki itu menggelengkan kepalanya.
“Sayang suka bau abang yang macam ni.” jelasnya sambil tersenyum kepada Datuk Azhar Uzair.
“Bau abang ? Bau badan abang ?.” soal Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah itu.Dia menyambut pelukan isterinyanya terlebih dahulu.
“Ia bau abang.Sedap bau abang.” ujar Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Berkerut dahi lelaki itu kerana pelik dengan sikap isterinya.Pelbagai ragam yang dia ada.
“Tadi pagi bukan sayang kata tak suka bau abang ke ?.” soal Datuk Azhar Uzair kepada isterinya untuk memastikan tebakannya itu benar.Berubah raut wajah Azza Ufairah.Dia kelu lidah hendak membalas penyataan suaminya Datuk Azhar Uzair itu.Dia pantas melepaskan pelukan bersama.Dia memaling wajahnya ke luar beranda.
“Sayang kenapa ni ? Abang tanya saja.Janganlah merajuk.Abang takut nanti sayang tak selesa pula dengan bau abang.Tapi kalau sayang suka and okay.Abang pun okay saja.Mari sini dekat abang.” pujuk Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.Tangan dan lengan isterinya dibawa ke dada.Azza Ufairah menyandarkan kepalanya di bahu lebar suaminya itu.Datuk Azhar Uzair terasa bahagia dan tenang.
“Sayang , please jangan merajuk dengan abang.Abang need you baby.Abang akan jaga sayang baik-baik sehingga sayang selamat lahirkan anak kita okay.Kasih abang pada sayang tiada sempadan.I love you then more.” ucap Datuk Azhar Uzair romantis kepada isterinya Azza Ufairah.
“Kalau sayang minta sesuatu abang bagi tak ?.” soal Azza Ufairah mendapatkan kepastian.
“Mestilah sayang.Apa sahaja untuk mommy ni.” ucap Datuk Azhar Uzair mengiakan pertanyaan isterinya Azza Ufairah.Bibir munggil isterinya dipagut lembut sesaat.
“Sayang nak tapai.” jelas Azza Ufairah dalam riak wajah tersenyum.
“Tapai ? sayang nak makan tapai ke ?.” soal Datuk Azhar Uzair.
“Sayang terasa nak makan tapai.Teringin sangat.” jelas Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Baiklah sayang.Nanti kita cari tapai okay.” pujuk manja Datuk Azhar Uzair.Sayangnya dia kepada isterinya tidak terhingga.Itulah tinggal harta dunia dan akhiratnya.Amanah yang allah beri kepadanya bukan sedikit.Bukan juga banyak.Tetapi besar.
“Abang.Terima kasih.” ucap Azza Ufairah tiba-tiba kepada suaminya.
“Kenapa cakap terima kasih dekat abang ni ?.” soal Datuk Azhar Uzair kepada isterinya.
“Sebab sudi sayang dan cintakan , sayang.” ucap Azza Ufairah.Senyuman mereka sungguh indah.Bahagia mereka hanya tuhan yang menjadi saksi.TAMAT
YOU ARE READING
WANITA [ COMPLETE ]
RomancePerkahwinan yang tidak dirancang adakah menjamin kebahagiaan rumahtangga ? tidak dapat diungkap sebarang kata-kata oleh Datuk Azhar Uzair dan isterinya Azza Ufairah.Bagaimana wanita yang masih di dalam usia remaja hendak mengatur rumahtangga yang he...