WANITA BAB 17

14 1 0
                                    

1 bulan kemudian…
 
 
Pagi yang indah menghiasi langit pagi di Bandar Kuala Lumpur.Azza Ufairah yang sedang lena tersedar dari tidurnya apabila cahaya matahari menusuk ke dalam kamarnya.Dia mengeliatkan tubuhnya yang masih terbaring.Dia menggosok matanya perlahan.Dahinya berkerut apabila terfikir siapa yang membuka langsir kamarnya itu seluas-luasnya.Dia bangkit dari pembaringan perlahan-lahan.Dia memandang ke sebelah kirinya dan perlahan-lahan berpusing ke sebelah kanan.Tersentak Azza Ufairah apabila melihat suaminya Datuk Azhar Uzair berada di sebelahnya.Terkebil-kebil matanya melihat suaminya itu.Tangannya perlahan-lahan naik ke muka Datuk Azhar Uzair dan menyentuh lembut wajah lelaki itu.Dadanya terasa mahu pecah.Rindu yang tidak dapat digambarkan menghuruni jiwanya.Selimut di tarik menutupi tubuhnya dan Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Kenapa baring balik ? Dah pagi kan.” soal Datuk Azhar Uzair kepada isterinya.Azza Ufairah memeluk kejap tubuh suaminya di dalam keadaan pembaringan.Tangan sasa lelaki itu naik menyentuh lengan isterinya yang terdedah itu.
 
 
“Saya rindu abang.Tapi saya tak mampu nak bersama dengan abang.” jelas Azza Ufairah meluah perasaan tersiksanya itu kepada Datuk Azhar Uzair.Lelaki itu mendengus lemah.Dia tidak boleh lagi memaksa Azza Ufairah untuk bersamanya selepas kejadian yang kejam berlaku di hadapan mata wanita itu.Sebulan yang lalu pada suatu malam , dia telah hampir memukul Kakak isterinya itu separuh mati akibat dendam yang telah lama disimpannya.Azza Ufairah menjadi trauma dengan dirinya sendiri.
 
 
“Habis , kalau tak mampu bersama kenapa peluk aku ?.” soal Datuk Azhar Uzair sambil menolak perlahan-lahan tangan isterinya yang terletak di atas abdomennya itu.Azza Ufairah memandang sayu wajah suaminya.
.
 
“Ohh , tak boleh peluk ya ? maaf saya tak tahu nak jaga batas dengan lelaki.” sindir Azza Ufairah secara terangan kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Dia terus mengangkat tangannya yang memeluk separuh tubuh Datuk Azhar Uzair itu.Tetapi tubuhnya direntap dan dipeluk kuat dan kejap.Dia cuba menolak tetapi tidak mampu.Perlahan-lahan airmatanya gugur.
 
 
“Aku memang sengaja nak seksa perasaan kau Ufairah.Sebab aku terlalu sayangkan kau.Sayang aku dah tiada batas lagi.Aku boleh gila kalau tak dapat kau.Dan aku akan gila sebab bakal kehilangan kau.” ujar Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.
 
 
“Abang jahat , abang hukum Ufairah sampai macam ni sekali.Ufairah tersiksa abang tahu tak.” ujar Azza Ufairah di dalam tangisan dan jeritannya itu.
 
 
“Aku sayang kau.Aku tak tahu pada mulanya.Tapi bila aku tahu.Aku tak mampu nak elak.Aku perlu teruskan walaupun perlu pertaruhkan kau.Tapi aku dah janji dengan diri aku.Yang aku akan lindung kau sayang.” ucap Datuk Azhar Uzair kepada isterinya.Azza Ufairah melepaskan tangisannya dengan kuat.Ibarat dia melepaskan segala rasa yang perlu ditanggungnya selama ini.Dia terasa amat sedih dan kecewa dengan apa yang di laluinya dalam kehidupannya ini.
 
 
“Lepaskan Ufairah , Ufairah dah tak sanggup nak hidup macam ni lagi.” ujar Azza Ufairah menuntut perpisahan daripada suaminya Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Kau kata kau sayangkan aku.Kenapa ini yang kau pinta daripada aku , sayang ?.” soal Datuk Azhar Uzair kepada iisterinyaAzza Ufairah berhenti menangis perlahan-lahan.Dia bangkit dari pembaringannya dan bersandar di kepala katil.Datuk Azhar Uzair juga melakukan perkara yang sama.
 
 
“Menyanyangi tidak semestinya memiliki kan ? Saya sayang awak lagi tapi saya tak mahu bersama awak lagi.Jangan paksa perasaan saya sampai ada rasa benci pada awak.Please !.” pinta Azza Ufairah sayu.Tidaklah dia tahu bagaimana boleh ada rasa sayang pada lelaki yang cuba menjadikannya sebuah pertaruhan.Mungkin kerana lelaki ini adalah dia mengenali sebagai suami bukannya musuh pada awalnya.
 
 
Waktu tengahari telah pun jelma.Azza Ufairah sudah siap memasak lauk ringkas buat dirinya dan suaminya Datuk Azhar Uzair.Lelaki itu sudah muncul di belakangnya tetapi tidak disedari Azza Ufairah.Tangan sasanya melingkar memeluk bahagian pinggang isterinya dari arah belakang.Leher wanita itu dikucup lembut.
 
 
“Janganlah macam ni.” ucap Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Dia menepis perlahan tangannya suaminya yang melingkari pinggangnya itu.Datuk Azhar Uzair menghela nafas kecewa.
 
 
“Aku masih suami kau.Macam ni ke layanan kau pada aku ?.” soal Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah dengan nada kecewa.Tajam anak matanya menikam wajah tampan Datuk Azhar Uzair.Terkedu lelaki itu melihat renungan yang menakutkan itu.
 
 
“Biarpun awak masih suami saya , saya perlu ajar awak sesuatu.Bagaimana cara perpisahan.Supaya awak tak lupa yang kita bakal berpisah.” jelas Azza Ufairah yang mengingatkan suaminya tentang hubungan mereka yang bakal ditamatkan tidak lama lagi.Datuk Azhar Uzair mendengus kasar.
 
 
“Kalau kau mengandung ? macam mana aku nak lepaskan kau ?.” soal Datuk Azhar Uzair tentang persoalan yang agak popular di kalangan pasangan suami isteri yang niat hendak berpisah.Azza Ufairah tersenyum sumbing kepada suaminya.Mati riak wajah keyakinan Datuk Azhar Uzair apabila melihat senyuman isterinya itu.
 
 
“Kalau awak betul sayangkan saya , awak pasti akan hormati permintaan dan keputusan saya.Saya perlu izin awak untuk tidak sebilik dengan awak.Untuk elakkan perkara sebegini berlaku.Saya cuma hendak mudahkan proses perpisahan ini sahaja.Boleh ?.” soal Azza Ufairah tenang kepada suaminya.Datuk Azhar Uzair terdiam seketika mendengar penjelasan isterinya itu.
 
 
“Baiklah.Aku tak mahu seksa kau.Buatlah keputusan yang mampu bahagiakan kau.Aku akan turut bahagia.” ujar lelaki itu.Mata Azza Ufairah berkaca mendengar luahan suaminya itu.Bukan dia hendak berlaku kejam dengan sengaja.Tetapi dia perlu pertahankan segala apa yang dilakukan oleh orang sekelilingnya terhadap dirinya.Langkah baru sahaja dibuka Datuk Azhar Uzair.Lengan sasanya ditarik kasar oleh Azza Ufairah.Terus tubuhnya berpelukan dengan isterinya itu.Tangisan wanita itu pecah sekali lagi.Kejap tubuh suaminya dipeluk.
 
 
“Jangan menangis sayang.Kau layak untuk bahagia dengan lelaki yang lebih baik.Aku kejam terhadap kau.Maafkan aku sayang.Aku gagal.” pujuk Datuk Azhar Uzair sayu.Dia menggosok belakang tubuh isterinya.
 
 
“Terima kasih sebab masih berbaik dengan saya walaupun berat untuk awak buat semua ini.Saya sayang awak sangat-sangat.” ucap Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Sayang , mungkin kau lihat aku kejam.Tapi dalam hati aku juga turut meratapi apa yang bakal berlaku selepas ini.Inilah yang selayaknya untuk aku di atas kelakuan kejam aku itu.Aku memang tidak layak bersama kau tapi aku sangat cintakan kau.Selepas aku berpisah dengan Maryam.Hati aku lebib besar untuk bersama kau sahaja.Maryam juga miinta aku jaga kau dengan baik.Tapi aku tak layak untuk bersama dengan kau kerana awal lagi aku dah gagal menjadi suami yang baik untuk kau.” ucap Datuk Azhar Uzair panjang kepada isterinya.Pelukan semakin dieratkan lagi.Dia tidak sangka akan jadi seperti ini.Kebiasaan bagi pasangan suami isteri yang ingin berpisah.Sudah tiada lagi perasaan hendak bersama dan mahu berbaik.Tetapi bukan untuk mereka berdua.Kedua-duanya masih sayang antara satu sama lain.Tetapi ini semua demi masa hadapan yang lebih baik. 
 
 
“Andai kau jumpa lelaki yang baik untuk kau sayang.Tolong lupakan aku.Jangan sakitkan hati dia dengan adanya aku dalam hati dan ingatan kau.Aku juga lelaki yang ada perasaan.” ucap sayu Datuk Azhar Uzair.

WANITA [ COMPLETE ] Where stories live. Discover now