Bukan mudah untuk Azza Ufairah membuat sesutu keputusan , tetapi dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh terus menerima lamaran Datuk Azhar Uzair itu tanpa berkenalan lebih lanjut , tanpa mengenali hati budi lelaki itu.Sudah tiga hari dia memikirkan apa yang terjadi kepadanya pada tiga hari yang lepas.Fikirannya terganggu sahaja.
Dia bangkit dari duduknya dan menyambut kedatangan bapa tirinya Azman.Lelaki itu juga kebetulan , sudah tiga hari tidak menjengah anak-anak tirinya kerana kurang sihat.Dia mendapat tahu Azza Ufairah menerima lamaran Datuk Azhar Uzair itu selepas dua hari terjadinya perkara itu.Azza Ufairah kembali ke tempat duduknya manakala Azman melabuhkan duduknya di kerusi berhadapan gadis itu.
“Apa cerita ini kakak ?.” soal Azman kepada anak tirinya Azza Ufairah.Dia tidak mampu memarahi anak perempuannya itu kerana tidak mahu dibenci sepertimana Aqmal dan Amri membencinya.
“Kakak sudah buntu ayah.Kakak tidak tahu kenapa kakak pergi terima lamaran selamba dia itu.” ujar Azza Ufairah dengan fikiran yang runsing.
“Kakak , kakak seorang yang bijak di dalam membuat keputusan.Kenapa tidak fikir dahulu.Lagi satu , dia hendak mencari model untuk syarikat atau isteri untuk hidup semati dengan dia ?.” soal Azman pelik dengan perjanjian Datuk Azhar Uzair itu.
“Entahlah ayah.” ujar Azza Ufairah buntu.Azman menekup wajahnya lalu diusap sehingga ke belakang kepala.
“Habis sekarang macam mana ? Apa keputusan kakak ?.” soal Azman kepada anak tiri perempuannya itu.
“Dia kata hendak bawa kakak keluar sekejap lagi.” jelas Azza Ufairah lemah kerana agak takut dengan sikap tegas bapa tirinya itu.Membutang mata Azman terkejut dengan penyataan anak tirinya Azza Ufairah itu.
“Ke mana pula ? Suka-suka dia saja hendak bawa anak dara orang keluar.Ada minta izin ?.” soal Azman kepada Azza Ufairah dengan nada yang sedikit meninggi.Dia mengeluh perlahan apabila melihat wajah sayu anak perempuannya itu.
“Kakak , ayah hanya mahu terbaik untuk kakak sebagai seorang perempuan.Kakak fikirkan , kakak masih muda.Dia sudah berumur dan berharta.Kakak tidak sempat hendak mengumpul buat diri kakak sendiri , tetapi begini pula yang terjadi.Ayah tidak marah kakak tapi ayah cuma risau sahaja.” jelas Azman sayu kepada anak tirinya Azza Ufairah.
“Kakak tidak ada niat hendak lukakan hati sesiapa.Kakak akan bincangkan perkara ini dengan Datuk semula.” jelas Azza Ufairah kepada bapa tirinya Azman.
“Bincanglah dahulu , sekurang-kurangnya kita tahu niat dia baik atau buruk daripada awal.Kakak terima dia sebab duit itu ke ?.” soal Azman lembut dan sayu kepada anak tirinya Azza Ufairah.
“Tidak ayah , tetapi sampai hari ini kakak tidak dapat cari kesilapan kakak di mana kerana menerima dia bulat-bulat.” jelas Azza Ufairah kepada bapa tirinya Azman.
“Ke kakak terima dia sebab tampan ?.” soal Azman selamba kepada anak gadisnya.Terkunci mulut Azza Ufairah disoal begitu oleh bapa tirinya.
“Ayah ini , mana ada.Kakak seriuslah.” marah Azza Ufairah manja kepada bapa tirinya Azman yang mengusik dirinya itu.
“Manalah tahu , berkenan punya pasal , main terima saja lamaran Datuk itu.” bebel Azman kepada anak perempuannya Azza Ufairah.
“Dia hendak datang pukul berapa ?.” soal Azman kepada anak tiri perempuannya Azza Ufairah dengan lembut.
“Petang nanti.” jelas Azza Ufairah menjelaskan kedatangan Datuk Azhar Uzair ke kediamannya pada waktu petang.
Hampir setengah jam Azza Ufairah menanti kedatangan Datuk Azhar Uzair.Lelaki itu telah berjanji dengannya untuk berbincang perkara lanjut melibatkan perkahwinan mereka.Jam sesekali dikerling untuk melihat jarumnya berubah arah.Azza Ufairah mengeluh perlahan kerana lelaki itu tidak muncul di hadapan matanya lagi.Dia sudah berasa rimas untuk terus menanti kedatangan Datuk Azhar Uzair.
TIdak lama kemudian , sebuah kereta parkir di hadapan pagar kediaman teres satu tingkatnya.Kereta mewah BMW itu dimatikan enjinnya.Pintu bahagian pemandu dibuka , Datuk Azhar Uzair yang masih di dalam pakaian pejabatnya keluar dari kenderaan.Pagar dibuka dan langkahnya mendekati Azza Ufairah yang sedang duduk dan terpegun melihatnya.
“Assalammualaikum , maaf saya terlambat sangat.Sudah lama ke awak tunggu ?.” soal Datuk Azhar Uzair kepada Azza Ufairah dengan lembut.Nadanya begitu menunjukkan kelakiannya.Membuatkan Azza Ufairah terpinga-pinga memandangnya.
“Waalaikummusalam , tidak mengapa says faham awak sibuk.Sekarang kita hendak ke mana Datuk ?.” soal Azza Ufairah kepada Datuk Azhar Uzair dengan lembut.
“Kita hendak mencari barang perkahwinan.” ujar Datuk Azhar Uzair tanpa ragu-ragu.Terkedu Azza Ufairah dengan penyataan lelaki itu.
“Datuk , sebelum kita teruskan aktiviti kita ini , boleh kita berbual sebentar ?.” pinta Azza Ufairah kepada Datuk Azhar Uzair dengan lembut.Lelaki itu terus melabuhkan duduknya di kerusi bersebalahan gadis muda itu.Kaca mata yang terletak itu ditanggalkan dan diletakkan di atas meja batu tersebut.Dia mula memberi tumpuan kepada Azza Ufairah.
“Apa dia ?.” soal Datuk Azhar Uzair yang ingin tahu apa yang hendak dibualkan oleh Azza Ufairah.Nafas ditarik sedalamnya.Dihembuskan perlahan-lahan.
“Kenapa Datuk terus buat keputusan untuk berkahwin dengan saya ? Saya tidak mahu perkahwinan saya nanti akan menjadi perkahwinan yang sia-sia.” ujar Azza Ufairah kepada Datuk Azhar Uzair.
“Sebenarnya , saya yang hendak berkahwin.Saya minta PA saya Aqilah carikan saya beberapa calon isteri.Jadi , dia carikan saya semua calon isteri yang kerja model.Termasuk awak.Dia beri saya maklumat dan gambar.Dan awak adalah wanita yang pertama berjaya menawan hati saya.Ramai saja yang hendak jadikan saya suami.Tetapi ketika itu saya belum bersedia.Jadi , saya tolak semua lamaran yang ada.” jelas Datuk Azhar Uzair kepada Azza Ufairah dengan cerita yang sebenar.
“Datuk dilamar perempuan ?.” soal Azza Ufairah seakan tidak percaya akan pengaruh lelaki itu terhadap wanita.
“Nampak macam mengada , menunjuk dan menipu tetapi itulah kebenarannya.Jadi , cara saya mungkin tidak berapa cantik untuk jadikan awak isteri.Tetapi saya ikhlas sepenuh hati.” jelas Datuk Azhar Uzair tentang hati dan perasaannya kepada Azza Ufairah.
“Sebenarnya Datuk , saya pun tidaklah memilih siapa bakal suami saya.Saya bukan cari yang kaya , yang berduit.Tetapi saya mahu lelaki itu boleh terima saya dan keluarga seadanya lalu mampu bahagiakan saya dengan masa , perhatian dan kasih sayang.” jelas Azza Ufairah tentang hati dan perasaannya pula kepada Datuk Azhar Uzair.
“Cuma cara Datuk itu buat saya takut.” ujar Azza Ufairah tentang ketakutan dengan cara Datuk Azhar Uzair itu.
“Jadi , boleh kita pergi sekarang ?.” soal Datuk Azhar Uzair yang sudah mula berdiri sambil memandang Azza Ufairah yang masih duduk.
“Mari.” ajak Azza Ufairah pula.Dia bangkit dari duduknya dan mendahului Datuk Azhar Uzair.Sambil menyarungkan kaca mata hitam kembali , dia tersenyum sendirian memandang kecantikan bakal isterinya Azza Ufairah itu.
YOU ARE READING
WANITA [ COMPLETE ]
RomancePerkahwinan yang tidak dirancang adakah menjamin kebahagiaan rumahtangga ? tidak dapat diungkap sebarang kata-kata oleh Datuk Azhar Uzair dan isterinya Azza Ufairah.Bagaimana wanita yang masih di dalam usia remaja hendak mengatur rumahtangga yang he...