WANITA BAB 9

23 2 9
                                    

Hari yang terlalu sibuk buat Datuk Azhar Uzair.Pada hari ini dia hanya merancang untuk membuat kerjanya yang penting dari kediaman sahaja.Dia terlalu sibuk sehingga kurang memberi perhatian kepada isterinya Azza Ufairah.Dia perlu menyiapkan kertas kerrja untuk projek baharunya , selama tiga hari berturut-turut.Hari ini adalah hari keduanya.Azza Ufairah mengalah dengan suaminya.
 
 
Dari pagi hingga ke petang dia terlalu fokus di hadapan komputer ribanya.Baru dia sedar yang dia belum menjamah sesudu nasi dan hanya meneguk air kosong bagi menghilangkan rasa dahaga.Perutnya sudah mula berkeroncong.Dia bangkit dari tenpat duduknya dan berjalan menuju ke tingkat bawah.Dia melangkah menuruni anak tangga dan akhirnya tiba di bawah juga.
 
 
“Sayang.” panggil Datuk Azhar Uzair.Dia tahu kesalahan besarnya hari ini adalah mengabaikan isterinya sekali lagi.Dia tahu Azza Ufairah merajuk hati dengannya.
 
 
“Sayang , abang minta maaf.” ucap Datuk Azhar Uzair lemah kepada isterinya yang sedang memotong tomato untuk masukkan ke dalam masakannya.
 
 
“Tak apa abang , sayang pun tak mahu jadi seperti budak-budak.Asyik nak terasa hati saja.Sayang okay.” sayu pengakuan di akhir katanya itu.Datuk Azhar Uzair berasa sungguh bersalah.
 
 
“Abang tahu sayang tak okay.Abang terlalu sibuk untuk beberapa harini.” jelas Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.Dia menyentuh kedua belah bahu isterinya dengan lembut.Dahinya disembamkan di atas bahu kanan isterinya Azza Ufairah.
 
 
“Kalau sayang cakap sayang tak okay sekalipun , sayang boleh buat apa ? Boleh ke abang tinggalkan kerja semata-mata nak jaga hati sayang ? Sayang rasa , kita kena profesional.Kerja is kerja.Privasi is Privasi.Jadi abang tak perlulah rasa bersalah sangat.” ujar Azza Ufairah dengan penjelasan yang matang.
 
 
“Abang tahu perkara tu , tapi… .” kata-katanya terhenti apabila isterinya Azza Ufairah mula memotong ayatnya.
 
 
“Sudahlah tu abang , sayang tak mahu cakap soal ni.Kita tahu akan akibat dia.Jangan difikirkan lagi.Sayang faham abang kerja.” jelas Azza Ufairah lembut dan tenang kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Untung sangat abang dapat isteri macam sayang.Abang bersyukur , sebab sayang faham abang.Tak semua orang boleh faham kerja abang ni , kadang-kadang umi pun terasa hati dengan abang sebab terlalu sibuk dengan kerja.” ujar Datuk Azhar Uzair yang meluahkan perasaannya kepada isterinya Azza Ufairah.
 
 
“Memang tak semua orang boleh faham kita abang , sebab itu kita berkahwin untuk saling memahami antara satu sama lain.Sayang akan sentiasa faham dan ada di sisi abang.” ucap Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
 
 
“I love you sayang.Semoga rumahtangga kita diberkati.” ucap Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.
 
 
“Abang , bermula bulan ni nak bagi sayang duit belanja.Sebulan 2K cukup ke sayang ?.” soal Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.
 
 
“2K ? Banyaknya ? Nak buat apa banyak macam tu abang ? Sayang bukan ada guna pun.Abang bagi sebulan setakat berapa ratus pun dah cukup.” jelas Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Mana ada banyak sayang , itu tanggungjawab abang.Abang mampu , abang bagilah.” jelas Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.
 
 
“Terima kasih abang.” ucap Azza Ufairah dengan senyuman meleret di bibirnya.
 
 
“Sama-sama sayang.Abang tahu bukan ini cara membahagiakan sayang tetapi sekurang-kurangnya , separuh bahagia isteri abang terjawab.” ujar Datuk Azhar Uzair.
 
 
 
 
 
Malam yang dingin kian menjelma.Datuk Azhar Uzair seperti biasa berada di kamar kerjanya.Sebahagian daripada projek baharunya itu perlu disiapkan pada malam ini untuk dihantar esok pagi pada syarikat yang berkenaan.Dia terlalu banyak bergantung harap kepada pembantu peribadinya Aqilah.Gadis itu tidak kenal erti penat lelah untuk terus membantu majikannya Datuk Azhar Uzair untuk projek baharu syarikat AU Empire ini.
 
 
Selepas selesai membuat tugasan penting , Datuk Azhar Uzair merancang untuk berehat dan luangkan masa bersama isterinya Azza Ufairah.Dia mencari isterinya itu seluruh isi kediaman tetapi tetap tidak ditemui.Dia tidak tahu ke mana isterinya.Akhirnya , dia ternampak susuk tubuh isterinya Azza Ufairah berada di tepi kolam yang sedang duduk di atas kerusi malas.
 
 
“Sayang , buat apa dekat sini ?.” soal Datuk Azhar Uzair yang melabuhkan duduknya di hadapan isterinya Azza Ufairah.Airmata diseka kasar oleh Azza Ufairah.
 
 
“Sayang ! Kenapa sayang menangis ni ? Abang ada buat salah dengan sayang ke ?.” soal Datuk Azhar Uzair cemas.Dia tidak tahu akan akibatnya apa sehingga isterinya itu mengalirkan airmata.
 
 
“Tak , sayang cuma rindukan ibu tiba-tiba.Masa akhir ibu dengan kami , sayang dan adik-adik tak dapat jaga ibu.Sayang rasa ralat sikit.Masa tu sayang masih sekolah.Ayah saja yang boleh tengok dan jaga ibu.Kami dapat jumpa ibu buat kali terakhir masa jenazah dibawa balik ke rumah.” jelas Azza Ufairah di dalam linangan airmata yang lebat.
 
 
“Sayang , abang faham perasaan sayang.Tapi sayang kena kuat.Sayang mungkin dah takda ibu tapi sayang masih ada abang , umi , ayah dan adik-adik.” ucap Datuk Azhar Uzair memujuk hati sayu isterinya Azza Ufairah.
 
 
“Sayang kalau rasa rindu pada arwah ibu beritahu saja abang , mana tahu jumpa umi dapat mengubat rasa rindu sayang.” pujuk Datuk Azhar Uzair lagi kepada isterinya Azza Ufairah.
 
 
“Selepas ibu takda , ayah yang selalu jaga dan beri kasih sayang kepada kami.Ayah memang baik.Dia tidak pernah abaikan tanggungjawab dia sepanjang menjadi ayah tiri kami.” ujar Azza Ufairah sayu.
 
 
“Abang nampak ayah tu baik orangnya.Walaupun dia sekadar ayah tiri.Tapi masa dia pesan pada abang minta jaga sayang dengan baik , hati dia telus.Airmata dia mengalir.” jelas Datuk Azhar Uzair tentang bapa tiri mertuanya Azman.
 
 
“Sayang saja yang tak faham kenapa adik-adik tu susah sangat nak terima dia ? Tak sedar diri yang orang tulah beri diorang duit belanja sekolah harian.Kalau tidak , dioraang dah kena makan makanan percuma anak-anak yatim tu.” ucap Azza Ufairah dengan nada sedikit geram.Dia menekur wajahnya ke lantai.Tangannya digenggam erat menahan rasa amarah.
 
 
“Takpalah sayang , budak-budak.Lagipun diorang tengah darah muda tu.Kita doakan yang terbaik untuk diorang okay.Ayah pun ada pesan dengan abang minta tengokkan adik-adik.Sebab ayah kata , sayang ni garang susah nak berlembut dengan budak-budak tu.” ujar Datuk Azhar Uzair dengan nada mengusik di akhir katanya itu.Azza Ufairah membuat riak wajah menyampah.
 
 
“Sayang , abang janji akan jadi ketua keluarga yang terbaik untuk sayang dan keluarga kita.Abang nak kita bercinta sampai mati.” ucap Datuk Azhar Uzair sambil dia melutut di hadapan isterinya.Dia mengenggam erat tangan isterinya.Riak wajah Azza Ufairah bertukar sayu dan sebak.
 
 
“Abang janji sayang.” ucap Datuk Azhar Uzair.Dia berdiri seiring dengan isterinya Azza Ufairah.Dahi isterinya dikucup hangat.Tubuh wanita itu dpeluk kejap.

WANITA [ COMPLETE ] Where stories live. Discover now