Hari semakin berlalu , aturan majlis perkahwinan secara tertutup sudah diaturkan oleh pihak lelaki.Hari bahagia buat Azza Ufairah dan Datuk azhar Uzair pun telah tiba.Pada pagi yang tersegam indah ini , kediaman rasmi yang menjadi tempat majlis perkahwinan bagi pasangan merpati dua sejoli ini begitu meriah.Suara ahli keluarga yang bergelak tawa jelas kedengaran hingga ke tingkat atas.
Busana warna putih tergantung di jendela kamar.Jurusolek yang diupah sedang menacap wajah ayu Azza Ufairah.Dia dikelilingi dua orang jurusolek serta Aqilah pembantu peribadi bakal suaminya Datuk Azhar Uzair.Dia tersenyum melihat wajahnya yang sudah ada tacapan solekan.Hari bahagia yang dia impikan telah terlaksana dengan izinya.
“Azza , awak okay ?.” soal Aqilah apabila melihat Azza Ufairah yang agak gementar.
“Saya rasa nervous sedikit.Insyaallah sekejap lagi okay agaknya.” ujar Azza Ufairah yang menyedapkan hati dan perasaannya.
“Nervous hendak kahwin dengan Datuk ya ?.” soal Aqilah mengusik gadis itu.Azza Ufairah memukul manja di lengan Aqilah.Wanita itu tertawa.
“Mana ada.Saya okay saja.Mungkin sebab hari ini adalah big day saya so saya agak gementar.” ujar Azza Ufairah kepada pembantu peribadi Datuk Azhar Uzair itu.
“Saya panggil Datuk sekejap ya.Mana tahu , awak memang mahu dia juga.” usik Aqilah lagi.
“Jangan ! Biarlah dia.Saya okay saja di sini.” tegas Azza Ufairah dengan riak wajah yang cuak.Tertawa kuat Aqilah melihat riaksi Azza Ufairah itu.
“Awak tahu kenapa Datuk pilih awak ?.” soal Aqilah tiba-tiba.Terkedu Azza Ufairah apabila soalan yang tidak dijangkan dilontarkan kepadanya.
“Tidak.” balas Azza Ufairah ringkas.
“Sebab awak cantik.Awak cantik di luar dan juga di dalam.Kecantikan awak berjaya memukau pandangan dia dan memikat hati dia yang macam batu bata itu.” ujar Aqilah selamba.Azza Ufairah menahan tawa.Dia menekup mulutnya sedikit.
“Dia pernah bercinta ke ? Berkahwin ke ?.” soal Azza Ufairah kepada Aqilah ingin tahu.
“Tidak.Dia seorang yang sangat baik kerana tidak menyentuh mana-mana wanita kecuali ibu dia seorang.Dia itu anak mak.Jadi faham-faham sajalah orang kalau jadi anak mak ini.Tetapi , Puan Sri tidak pernah memanjakan dia.Kecuali layan dia dengan baik sebagai seorang anak.” ujar Aqilah kepada Azza Ufairah.
“Agak-agak , Puan Sri dan Tan Sri boleh terima saya ke ?.” soal Azza Ufairah sayu kepada Aqilah.
“Oh ya , bila bercakap tentang Tan Sri baru saya teringat.Saya harap , awak tidak perlu sebut nama Tan Sri di hadapan Datuk okay.Dia tidak suka orang bercerita tentang Tan Sri dengannya.” jelas Aqilah tenang dan bersungguh.Berkerut dahi Azza Ufairah mendengar pesanan keras daripada Aqilah itu.
“Kenapa pula ? Tan Sri itu bukan ke bapa kandung dia ?.” soal Azza Ufairah pelik.Dia inginkan penjelasan lebih lanjut daripada Aqilah itu.
“Ya betul , Tan Sri bapa kandung dia.Tetapi apa yang dia lalui dari kecil tidak sama dengan apa yang orang tahu disebalik cerita.” jelas Aqilah kepada Azza Ufairah dengan lembut.
“Jadi , dia pernah melalui situasi yang pahit semasa dia kecil ?.” soal Azza Ufairah kepada Aqilah untuk mendapatkan kepastian.
“Ya , sangat pahit.Dia trauma.Sebab itu dia terlalu lembut dengan awak Ufairah.” ujar Aqilah dengan kata yang mendalam.Ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh Aqilah tetapi tidak dapat difahami Azza Ufairah.Dia membiarkan sahaja dengan penyataan itu.
Dengan sekali lafaz , Azza Ufairah sah bergelar isteri kepada jutawan negara Datuk Azhar Uzair.Mereka disambut baik oleh ahli keluarga yang hadir ke majlis pernikahan secara tertutup itu.Datuk Azhar Uzair menarik nafas lega apabila Azza Ufairah sah menjadi isterinya.Dia terlalu mengimpikan wanita itu menjadi permaisuri hatinya buat seumur hidup.
Selepas tamat sesi bergambar.Azza Ufairah dan Datuk Azhar Uzair diarahkan oleh Puan Sri Ayuni untuk ke kamar beristirahat terlebih dahulu.Mereka selamat tiba di kamar.Azza Ufairah sudah mendahului suaminya Datuk Azhar Uzair dan mula menanggalkan segala perhiasan pada dirinya.Datuk Azhar Uzair menyusuli dari arah belakang dan mengunci pintu kamar.Azza Ufairah mengerling dari ekor mata.
“Malam nanti , umi kata dia ada buat makan-makan with family only.Kita join okay.” ajak Datuk Azhar Uzair yang sedang berdiri di sebelah isterinya itu sambil menanggalkan jam tangan Hublot.
“Okay.” jawab Azza Ufairah ringkas.Sudah habis ke semua perhiasan ditanggalkannya.Datuk Azhar Uzair memandang isterinya dari pantulan cermin.
“Kenapa pandang begitu ?.” soal Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
“Isteri kalau cantik memang tidak berkelip mata suami memandang.” usik Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.Tersipu malu Azza Ufairah dibuatnya.
“Jangan malu-malu dengan saya.Saya suami awak , hak awak.” ujar Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah sambil menyentuh kedua bahu isterinya itu dari arah belakang.
“Abang , boleh Ufairah tanya sesuatu.” pinta Azza Ufairah lembut kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Dipukul rasa cinta perasaan Datuk Azhar Uzair apabila isterinya memanggilnya dengan panggilan begitu hormat iaitu ‘Abang’.
“Ya sayang , boleh.” sahut Datuk Azhar Uzair lembut kepada isterinya Azza Ufairah.
“Adik-adik macam mana ? Ayah memang tinggal sendiri.” ujar Azza Ufairah kepada suaminya tentang keadaan adik-adik lelakinya selepas ini.
“Sayang jangan risau , abang sudah beli rumah sewa sayang itu.Selepas ini setiap minggu kita boleh datang tengok mereka.Abang ada hantar pembantu rumah untuk jaga rumah dan mereka juga.Sayang jangan fikirkan sangat.Adik-adik tanggungjawab abang juga.” ujar Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.Kepala isterinya dikucup lembut.
“Terima kasih abang , abang layan adik-adik macam keluarga abang sendiri.Terima kasih sebab terima sayang dengan adik-adik seadanya.” ucap Azza Ufairah lembut dan manja nadanya kepada Datuk Azhar Uzair.
“Abang hendak katakan sesuatu pada sayang , harap sayang terima kenyataan abang ini.” ujar Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.Berdegup laju jantung wanita itu.
“Kita mungkin tidak dapat pergi berbulan madu.Abang terlalu sibuk dengan urusan kerja sekarang ini.Abang harap sayang faham kerja abang.Bukan abang lebih pentingkan kerja , tetapi urusan kali ini abang tidak dapat mengelak.Abang sendiri yang perlu uruskan.” jelas Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.Isterinya itu tersenyum ceria.
“Abang , sayang tidak kisah pun jika kita tidak dapat bercuti ke mana-mana.Masa bersama abang itu sangat berharga.Sayang okay saja.Sayang doakan urusan abang dipermudahkan.Semoga abang berjaya mencapai segala kejayaan yang diimpikan.” jelas Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
“Thank you sayang.” ucap Datuk Azhar Uzair dengan kucupan di dahi luas isterinya sekilas.
“Sama-sama abang.” balas Azza Ufairah bernada manja dengan suaminya Datuk Azhar Uzair.Dia tersenyum memandang wajah suaminya itu.Hatinya berasa tenang yang amat.Dia dipukul rasa bahagia.Tidak pernah dia berasa begitu.
YOU ARE READING
WANITA [ COMPLETE ]
RomancePerkahwinan yang tidak dirancang adakah menjamin kebahagiaan rumahtangga ? tidak dapat diungkap sebarang kata-kata oleh Datuk Azhar Uzair dan isterinya Azza Ufairah.Bagaimana wanita yang masih di dalam usia remaja hendak mengatur rumahtangga yang he...