WANITA BAB 16

16 1 0
                                    

Jiwa lelaki Datuk Azhar Uzair rasa tercabar dengan tindakan berani isterinya Azza Ufairah itu.Perancangan yang telah lama dirancang selamat berjalan dengan lancar tanpa berjaya dihidunya.Sungguh hebat permainan isterinya itu untuk perangkapnya.Azza Ufairah seorang wanita yang sangat licik.Tidak pernah dia jangka isterinya itu akan membuat perancangan untuk perangkap dia.Datuk Azhar Uzair mendengus kasar.
 
 
Dia bangkit dari tidurnya.Dia mencapai tuala mandi yang tersidai rapi di tempat penyidai tuala lalu menuju ke kamar mandi.Air pancuran hujan dibuka sebesar-besarnya.Dia berdiri di bawah air pancuran hujan tersebut.Fikiran serabut dengan apa yang telah berlaku.Ini semua hanya untuk membalas dendam terhadap Azza Ufairah.Tetapi tidak dia sangka akan berlaku secepat ini.
 
 
“Azhar.Cepat , aku ada benda nak bincang dengan kau.” ujar Azza Ufairah kepada Datuk Azhar Uzair yang berada di dalam kamar mandi.Suara isterinya itu jelas didengari.Hatinya yang sedang membara semakin terbakar mendengar suara wanita itu.
 
 
“Kau nak apa ?.” soal Datuk Azhar Uzair dengan nada yang tinggi kepada Azza Ufairah itu.
 
 
“Aku nak kau sekarang !.” kasar kata-kata isterinya itu.Dengan nada sebegitu lagi membuatkan Datuk Azhar Uzair panas hati.Dia segera menutup pili air pancuran tersebut dan mencapai tuala mandi yang tergantung lalu menutupi bahagian pinggang ke bawah.Dia membuka pintu bilik mandi dengan rentapan.Wajah yang berkerut marah itu merenung tajam wajah tenang Azza Ufairah.
 
 
“Kenapa layan aku kasar macam ni ? kenapa semua tiba-tiba jer ni ? bukan kau selalu panggil aku sayang ? bukan kau cakap aku cinta pertama dan terakhir kau ?.” soal Azza Ufairah kepada Datuk Azhar Uzair.Bahu lelaki itu melanggar tubuh Azza Ufairah.Kedudukannya berubah sedikit akibat tolakan kasar daripada suaminya itu.
 
 
“Kau saja nak perangkap aku kan ? Kau yang hantar Maryam untuk intip aku kan ? Kau jugak sanggup bermadu demi intip aku di Dubai kan ? Apa yang kau nak sebenarnya Ufairah ?.” soal Datuk Azhar Uzair kepada isterinya itu.
 
 
“Aku nak kau beritahu aku sekarang.Dendam kesumat apa yang ada dalam hati kau sekarang ? Kita langsaikan sekarang jugak.” ujar Azza Ufairah dengan tenang.Dia tidak sedikit pun gentar dengan segala tenkingan yang terhambur dari Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Dendam tentang perkahwinan bapa aku.” ujar Datuk Azhar Uzair yang sudah menurunkan tonasi nadanya.
 
 
“Perkahwinan bapa kau takda kena mengena dengan aku.Kenapa aku jadi mangsa kau ?.” soal Azza Ufairah kepada Datuk Azhar Uzair.Lelaki itu terus ketawa besar mendengar penjelasan daripada isterinya.
 
 
“Siapa cakap takda kena mengena.Kau ada kakak kan ? Kakak kau tu yang kahwin dengan bapa aku.Yang hancurkan rumahtangga mak aku.KAU INGAT AKU NAK BERDIAM KE !.” jerit Datuk Azhar Uzair di akhir kata.Terdiam Azza Ufairah.Matanya sudah berkaca.Semua masalah yang dilakukan oleh keluarganya , dia yang perlu menanggung.
 
 
“Aku tahu kau tak salah , tapi aku tak tahu nak lepas pada siapa ? aku dapat kau.Aku perangkap kau.Aku kahwin dengan kau.Tapi kau pun bijak sebab kau dah selidik dulu aku lelaki yang macam mana.Jadi kita fair and square.Aku tahu aku salah.Aku tahu kau tak patut jadi mangsa aku.Tapi aku terpaksa.Kalau ikutkan hati aku.Aku nak bunuh kakak kau tu.Tapi apa-apa jadi pada dia.Mak aku yang jadi mangsa bapak aku.Aku tak mahu tengok mak aku terseksa.Cukuplah perasaan dia yang terseksa.Ia , memang aku selalu naik club.Tapi semenjak aku jumpa kau.Aku dah tak pergi tempat-tempat tu lagi.Sebab kau 2 dalam 1.Dendam dan sayang.Aku dendam dengan keluarga kau tapi aku sayangkan kau.” mata yang bertakung dengan air jernih daripada tadi akhirnya gugur jua apabila mendengar luahan suaminya itu.
 
 
Senja menghiasi langit biru , Azza Ufairah mengambil wudhuk untuk bersiap sedia menunaikan fardhu maghrib.Dia membentang kain sajadah dan meletakkan kain telekungnya di sisi katil.Dia mengatur langkah menuju ke kamar mandi untuk mengambil air wudhuk.Selepas selesai , dia melangkah keluar dari kamar.Datuk Azhar Uzair sudah berdiri tegak untuk menjadi imam buat isterinya.
 
 
“Aku masih lagi suami kau.Betulkan saf.Kita berjemaah.” ucap Datuk Azhar Uzair kepada isterinya itu.Azza Ufairah terus membawah langkah dan berdiri di bahagian belakang untuk berjemaah bersama suaminya.Dia tidak bercakap sepatah kata pun.Dia hanya membisu.Selepas selesai menunaikan fardhu maghrib.Datuk Azhar Uzair menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Azza Ufairah.Wanita itu melihat wajah tampan suaminya dengan renungan yang redup.
 
 
“Keadaan kita memang tengah genting tapi jangan jadikan tanggungjawab antara satu sama lain itu sebagai alasan.Aku tak mahu isteri aku jadi isteri yang derhaka.Aku bukan lelaki yang baik tapi aku nak jadi seorang suami yang baik untuk perempuan yang aku sayang.” Ujar Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.Lantas tangan suaminya itu disambut jua lalu dikucup lembut.Dahi Azza Ufairah dikucup dengan penuh kasih.Airmata wanitanya gugur sekali lagi.
 
 
“Aku minta maaf sayang.Engkau menjadi mangsa keadaan.” ucap Datuk Azhar Uzair sebelum keluar dari kamar tersebut.Tangannya tiba-tiba direntap Azza Ufairah.Dia menoleh kebelakang , isterinya diam tidak berkata.
 
 
“…abang , kenapa saya jadi mangsa selalu ? bila saya boleh bahagia dengan tenang ? saya perlu mati dulu ke baru saya boleh tenang ?.” soal Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Pantas tubuh isterinya sudah berada di dalam dakapannya.Esakan dari Azza Ufairah sudah mula didengari.
 
 
“Sabar sayang , aku akan langsaikan semuanya tidak lama lagi.Selepas tu , aku nak hidup dengan kau sampai hari tua.Aku akan ceraikan Maryam dan kita akan hidup bahagia.Aku minta maaf sayang.Maafkan aku sayang.” ucap Datuk Azhar Uzair sayu.Tidak sanggup lagi hendak berkata-kata.Airmatanya saja berbicara apa yang ada di dalam fikiran dan hatinya.
 
 
“Kenapa abang seksa saya macam ni ? Abang tahu tak.Saya pun sayangkan abang.Saya tak sangka kakak sanggup buat semua ni.Tapi kenapa saya yang jadi mangsa.Saya nak hidup macam sebelum ni tanpa tahu perkara sebenar.Saya rasa tersiksa sekarang ni abang.” luah Azza Ufairah kepada suaminya.Dia masih berada di dalam pelukan suaminya Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Sabar sayang , sikit saja lagi.Semuanya akan selesai.” ujar Datuk Azhar Uzair kepada isterinya.Puan Sri Ayuni yang berada di sebalik daun pintu sudah keesakan menahan daripada terdengar suaranya oleh mereka berdua.Tidak dia sangka.Walaupun keadaan sudah menjadi kucar kacir.Kasih dan cinta anak dan menantunya begitu kuat sehingga tidak sanggup kehilangan antara satu sama lain.
 
 
“Sudah , kau berehat dulu.Aku nak keluar sekejap.Nanti aku balik.” ujar Datuk Azhar Uzair sambil melepaskan isterinya daripada dalam pelukan.Tanggannya digenggam erat sekali lagi.
 
 
“…abang nak pergi mana ?.” wajah sayu Azza Ufairah membuatkan Datuk Azhar Uzair berat hati hendak meninggalkan isterinya itu sebentar.

WANITA [ COMPLETE ] Where stories live. Discover now