Bahagia yang sentiasa menanti Azza Ufairah dan Datuk Azhar Uzair telah pun tiba.Mereka berdua berjanji untuk sehidup dan semati.Walaupun hubungan mereka hanya suami isteri , tiada pertalian darah antara mereka.Tetapi kasih dan cinta mereka sangat utuh.Itulah kelebihan yang diberi di dalam rumahtangga mereka.Azza Ufairah bersyukur dia masih diberi kelembutan hati untuk memaafkan serta melupakan.
Tubuh yang terdedah di sebelahnya , diselimutkan dengan gebar yang tebal.Datuk Azhar Uzair kelihatan nyaman semula.Azza Ufairah tersenyum melihat wajah suaminya yang sedang lena itu.Dia menundukkan sedikit wajahnya dan memainkan batang hidungnya pada pipi Datuk Azhar Uzair.Satu kucupan hinggap di pipi lelaki itu.Dia melihat semula wajah yang sedang dibuai mimpi itu.
“Kenapalah abang handsome sangat ?.” soal Azza Ufairah sendirian.Sedang dia menikmati pandangan indah di hadapan mata itu , tanpa dia sedar mata suaminya sudah terbuka luas.Tersentak dia kebelakang.
PAP !.Satu pukulan manja hinggap di bahu Datuk Azhar Uzair yang terdedah.Riak wajah ayu Azza Ufairah berubah cemberut apabila suaminya berbuat demikian.Datuk Azhar Uzair sudah ketawa kecil melihat isterinya yang sedang merajuk itu.
“Abang , sayang terkejut tahu tak.Suka buat macam ni.” ujar Azza Ufairah kepada suaminya.Datuk Azhar Uzair tertawa nakal.Dia menolak isterinya jatuh terbaring ke belakang dan mengucup bibir munggil wanita itu rakus.Azza Ufairah kelemasan seketika.Kuat dia menolak tubuh sasa suaminya itu.Datuk Azhar Uzair tersenyum nakal.Dia bangkit dan duduk tegak.
“Abang ni.Tak baik buat sayang macam ni pagi-pagi.Sudahlah , pergi masak lagi bagus.” rungut Azza Ufairah manja kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Lelaki itu hanya tersenyum nipis melihat gelagat manja isterinya itu.
“Apa yang merungut sangat ni ? abang nak manja dengan siapa lagi sayang ? abang cuma ada sayang sahaja dalam hidup abang sekarang.Sayanglah teman , kawan , lawan dan ibu untuk abang.Kalau takda sayang.Tak tahu apa jadi pada abang.” ucap sayu Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah dengan nada sayu.Ia , dia sudah tiada ibu sebulan yang lalu.Puan Sri Ayuni meninggal dunia akibat terkena serangan jantung.Datuk Azhar Uzair mati akal sehinggalah hubungan dia bersama isteri tercinta berbaik semula.
“Abang janganlah cakap macam tu.Buruk macam mana pun ayah abang masih ada.Dia tetap ayah abang.” pujuk Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Keluhan berat dilepaskan Datuk Azhar Uzair.
“Kenapa sayang cuba nak baikkan abang dengan dia.Abang tak mampu nak maafkan dia dengan apa yang dia dah buat.Abang hilang umi sebab abang punya perbuatan.Tapi abang buat semua ni sebab apa ? bukan sebab dia ? sebab tak mahu tengok umi tersiksa.Harini abang hilang satu permaisuri dalam hidup abang.Abang cuma ada sayang saja sekarang ni.Tolong faham abang.” ucap Datuk Azhar Uzair kepada isterinya dengan meminta sepenuh hati.Sayu wajah suaminya dipandang.
“Sayang bukan nak memandai baikkan abang dengan ayah abang tapi sayang cuma nak ingatkan abang.Buruk macam mana pun dia.Itu tetap ayah.Kerana dia kita ada di dunia ini dan mengenal kehidupan.Sayang faham.Sayang rasa apa yang abang rasa.Terima kasih sudi jadikan sayang permaisuri hati abang juga selain daripada arwah umi.” nipis senyuman yang terukir di bibir Azza Ufairah.Bibirnya perlahan-lahan mendarat di pipi suaminya.Kepalanya disandarkan pula di bahu tegap Datuk Azhar Uzair.Lengan sasa lelaki itu dipaut dan diusap lembut berulang kali.
Azza UFairah sedang bertungkus lumus di dapur untuk memasak makanan kegemaran suaminya Datuk Azhar Uzair.Lelaki itu meminta makanan yang berlauk kampung.Dia hanya turuti permintaan suaminya itu selagi dia mampu.Lemak pucuk paku dan sambal belacan menjadi santapan tengahari mereka hari ini.Azza Ufairah menaburkan secubit garam ke dalam masakannya untuk sesi yang terakhir.Dia merasa di hujung sudu.Terangkat keningnya merana nikmat dan kesedapan masakannya sendiri.Tanpa berlengah , Azza Ufairah pantas menghidangkan lauk lemak pucuk paku dan sambal belacannya ke dalam mangkuk lauk yang sesuai.Dia membawa ke meja makan lalu diletakkan di tengah meja.Dia menyediakan pinggan serta cawan untuknya dan Datuk Azhar Uzair itu.
“Emm sedapnya bau sayang.Sayang masak lauk apa ni ?.” soal Datuk Azhar Uzair yang tertarik dengan bau masakan isterinya dari dalam kamar tidur mereka.Dia sudah tidak fokus lagi untuk membuat kerjanya.
“Abang bukan tengah buat kerja ke ? Baru saja sayang nak panggil abang makan.Tapi tak perlu sebab bau ini sendiri dah panggil abang.” ucap Azza Ufairah sambil tersenyum nakal.Datuk Azhar Uzair tergelak kecil dengan karenah isterinya itu.Wanita itu sangat tidak berubah dengan perangai keanak-anakkannya itu.
“Tahu pun sayang , masakan sayang ni jiran sebelah pun boleh datang.” ujar Datuk Azhar Uzair selamba.Azza Ufairah tersenyum nakal.Ada sesuatu sedang ligat di dalam kepalanya.
“Abang nak ke kalau sayang panggil jiran kita dekat sebelah ni dengan masakan sayang ? sebelah kiri duda , sebelah kanan bujang.” usik Azza Ufairah selamba dengan nada nakal.Datuk Azhar Uzair memeluk isterinya erat dari belakang.Azza Ufairah melekek ketawa dengan usikan manja suaminya itu.
“Sayang jangan mengada ya.Abang saja yang boleh makan masakan sayang.Orang lain siapa pun tak boleh.Masakan sayang privacy abang.” ujar Datuk Azhar Uzair tegas kepada isterinya itu.
“Woww .” ucap Azza Ufairah dengan nada mengusik dan menyindir nakal.Datuk Azhar Uzair merenung isterinya selamba dari ekor mata.Azza Ufairah tersenyum nakal.
“Sudahlah , layan abang sampai sejuk lauk sayang ni.Tadi cakap lauk sayang ni privacy untuk abang lepastu abang biarkan lauk sayang sejuk.Jom makan.” ajak Azza Ufairah manja.Mereka melabuhkan duduk dan mula mencidukkan nasi ke dalam pinggan.Rasa terliur saat Datuk Azhar Uzair mencidukkan lauk tersebut ke dalam pingannya itu.Suapan pertama menyinggah ke mulutnya sambil disaksikan oleh isterinya Azza Ufairah.
“Sayang , sedap gila.” puji Datuk Azhar Uzair.Belum sempat isterinya hendak bertanya sedap ataupun ttidak
“Alhamdulillah , nasib baik sedap.Takut juga kalau tak sedap tadi.Tambah nasi nanti.” ujar Azza Ufairah kepada suaminya.Tapi dia masih merenung wajah nikmat suaminya itu.Ada sesuatu yang dia mahu dengar dari mulut lelaki itu.Ianya sedar ataupun tidak.
“Rasa sama macam umi masak.” saat mengucapkan ayat itu.Bergetar suara Datuk Azhar Uzair menahan sebak di dada.Bagai mahu pecah rasanya.Matanya berkaca.
“Sayang tunggu satu lagi pujian daripada tadi.Akhirnya dapat juga.Sebab sayang tak skip satu pun cara umi masak.Semuanya sayang ikut.Dari sesenang-senang cara sehinggalah kesusah-susah cara.” luah Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
“Dah jangan sedih-sedih.Sayang ada.Makan puas-puas okay.” pujuk Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
“Terima kasih sayang sebab jagakan abang dengan baik.” ucap Datuk Azhar Uzair kepada isterinya dengan wajah senyuman.Akhirnya gugur juga airmatanya.
“Selagi ada hayat sayang , sayang akan jaga abang dengan sempurna.Insyaallah.” ucap Azza Ufairah lembut dan romantis.Mereka berdua menhadiahkan senyuman antara satu sama lain.
YOU ARE READING
WANITA [ COMPLETE ]
RomancePerkahwinan yang tidak dirancang adakah menjamin kebahagiaan rumahtangga ? tidak dapat diungkap sebarang kata-kata oleh Datuk Azhar Uzair dan isterinya Azza Ufairah.Bagaimana wanita yang masih di dalam usia remaja hendak mengatur rumahtangga yang he...