"I will kill anyone who touch her"
"Hello." Mia sedang menjawab panggilan telefon yang diterima sebaik sahaja dia membuka pintu lokernya. Hana hanya menjadi pemerhati sambil menyarungkan kot putihnya.
"Okay, saya datang sekarang." Mia membalas lalu panggilan tersebut terus dimatikan. Mia mencapai kot dan stethoscope miliknya. Dia memandang ke arah Hana dan tercetus satu idea di dalam kepalanya.
"Hana jom." Mia berkata sambil mengunci pintu lokernya. Hana yang sedang menyimpan begnya terpinga-pinga mendengar ajakkan kawannya.
"Nak pergi mana?" Hana bertanya semula. Pintu loker miliknya dikunci rapi. Lalu dia mengalihkan tubuhnya memandang ke arah Mia.
"Jumpa bakal suami kau." Satu senyuman nakal di hadiahkan. Membulat mata Hana mendengar. Siapa je tidak tahu yang Hana ni minat sangat dengan adik beradik kembar itu?
Keduanya amat terkenal dengan rupa paras mereka yang mampu mencairkan hati mana-mana wanita. Ditambah pula dengan kerjaya mereka yang sudah mengambil alih syarikat keluarga diusia yang muda.
"Tak naklah aku!" Hana membidas. Kepalanya digeleng laju. Kakinya laju berjalan untuk keluar dari bilik persalinan itu.
Mia menghamburkan ketawa halus sambil dia melangkah menuju ke bilik pesakit VIPnya di tingkat tujuh itu. Sebaik sahaja dia tiba, pintu bilik itu diketuk beberapa kali sebelum dia melangkah masuk.
"Morning, doctor." Sapa seorang jururawat yang berada di dalam bilik itu. Kelihatan Tan Sri Amar sedang duduk disebelah katil milik isterinya. Adam dan Aqeal turut berada di dalam bilik itu. Mereka sedang duduk di atas sofa berdekatan. Pembantu peribadi Adam, Airil turut berada di dalam bilik itu.
"Morning, Haura." Mia membalas sapaan jururawat bernama Haura itu. Pandangan matanya dialihkan ke arah kedua pasangan itu. Satu senyuman manis dikuntumkan.
"Good morning, Tan Sri." Mia menegur. Tan Sri Amar membalas dengan anggukan dan satu senyuman. Mata Mia memandang ke arah Puan Sri Mariam pula.
"Puan Sri, how are you feeling?" Mia mula bertanya keadaan wanita itu. Tan Sri Amar bangun dari kerusinya untuk memberi laluan kepada gadis itu melakukan tugasnya. Haura pula menghulurkan fail milik Puan Sri Mariam untuk diperiksa oleh Mia tentang keadaan wanita itu sepanjang malam tadi.
Kemudian Mia menjalankan beberapa pemeriksaan biasa untuk memastikan tiada sebarang komplikasi berlaku. Sepanjang Mia berada di dalam bilik itu, mata Adam tidak lepas merenung wajah gadis itu.
Sesekali, tanpa sedar dia mengukirkan satu senyuman. Senyuman yang tidak pernah ditunjukkan. Senyuman yang mampu membuatkan semua gadis dimuka bumi ini cair.
"Saya minta diri dulu, Tan Sri, Puan Sri." Mia berkata bagi meminta diri. Tan Sri Amar dan isterinya hanya mengangguk sambil tersenyum. Sebelum dia melangkah keluar, kepalanya ditunduk sedikit ke arah dua jejaka yang berada di sofa berdekatan.
"It's her,right?" Adam berkata sebaik sahaja Mia keluar dari bilik itu. Airil yang berada di sebelahnya, sedikit terkejut dengan soalan yang dilontarkan oleh Tuan mudanya.
"Sorry, tuan?" Airil membalas. Takut jikalau dia yang tersalah dengar soalan lelaki itu. Adam mendiamkan dirinya selama beberapa saat.
"Aisya."
꧁𝑂𝑢𝑟 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡 𝑎𝑛𝑑 𝑙𝑎𝑠𝑡 𝑙𝑜𝑣𝑒꧂
"Hana, aku nak turun kejap." Mia berkata sambil membalas mesej di dalam telefon bimbitnya. Mia sedang menunggu Hana untuk menyiapkan laporannya sedikit sebelum mereka bergerak ke kafe untuk makan tengah hari.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥
Romance[Book 1] ❝Marry me, hmm?❞ - lelaki yang setia menjaga dan melindunginya ADAM MIKAEL - Pendiam? Selalu. Dingin? Semestinya. Kejam? To the one who dare to mess with him. Berjaya mengambil alih perniagaan keluarga diusia muda. Menempah nama di persada...