19 | A I S Y A M I K A E L

11.6K 691 42
                                        

"I will kill anyone who touch her"

PRANG

Satu botol kaca berisi ubat tidur yang terletak di atas meja bersebelahan katilnya telah jatuh bertemu lantai. Malam tadi, ubat tersebut terpaksa ditelan akibat perasaan takut yang menghantui dia. 

Dan kini, mimpi ngeri tersebut juga yang membangkitkan dia dari tidur. Tidak lama selepas itu, bunyi ketukan pintu kedengaran.

TOK TOK TOK

"Mia? Kau okay ke?" panggil Aireen dari luar. Dia terjaga apabila terdengar bunyi kaca jatuh dari dalam bilik Mia. Jadi dia bangun untuk bertanya keadaan kawannya. Risau sekiranya terjadi apa-apa kepada Mia.

Mendengar suara Aireen di luar, Mia cuba untuk bangkit dari katilnya. Baru sempat beberapa langkah diambil, tubuhnya menyembah lantai akibat rasa sakit di dada yang kian hebat. 

Terasa sesak seluruh badannya. Ibarat udara kian berkurang di persekitaran.

TOK TOK TOK

"Mia?" panggil Aireen lagi apabila panggilan kali pertamanya tiada jawapan. Beberapa saat menunggu masih lagi tiada sahutan dari Mia. Dia terus membuka pintu bilik itu kerana hatinya semakin risau.

"Ya Allah, Mia." Aireen terus berlari menerpa ke arah Mia apabila melihat Mia sedang terduduk dilantai sambil tubuhnya sedang menggeletar hebat.

"Breathe. Breathe, Mia." Kata Aireen sambil memegang kedua belah pipi Mia supaya Mia dapat melihat wajahnya. Namun, Mia tidak dapat fokus pada apa yang sedang berlaku disekelilingnya. Mimpi tersebut sedang bermain di kepalanya.

"Hana! Hana!" jerit Aireen. Aireen terus menarik tubuh Mia ke dalam pelukannya. Tidak lama sebelum Hana turut memunculkan diri. 

"Shh, relax. Take a deep breathe." Hana duduk disebelahnya. Tangan gadis itu diletakkan di atas telapak tangannya. Tepi lengan Mia diusap lembut oleh Hana. Hana memandang ke arah Aireen.

"Breathe with me, okay? Satu... dua--" Tangan Mia naik mengenggam lengan Hana. Kepalanya digeleng laju. Tidak, dia tak boleh. Dadanya terlalu sakit. Udara bagai tidak mampu untuk melalui saluran pernafasannya yang semakin menyempit.

"Sa-- sakit, Hana." Hana dan Aireen memandang sesama sendiri. Ini adalah kali pertama setelah sekian lama Mia diserang serangan panik seteruk ini. Kali terakhir adalah beberapa tahun yang lalu.

"Kita keluar, okay?" Cadang Aireen. Mereka ingin membawanya keluar dari bilik tersebut kerana bilik tersebut mungkin menyebabkan Mia rasa terkurung. Hana mengangguk setuju.

"No, it's fine." Kata Hana apabila Mia mengeleng laju. Dia tidak mahu keluar dari bilik tersebut kerana takut ayahnya akan mencederakannya. Perlahan-lahan Hana dan Aireen memujuknya untuk keluar.

"It's fine. It's okay." Pujuk Hana sambil mengusap perlahan belakang gadis itu apabila mereka tiba diruang tamu rumah itu. Tubuhnya masih lagi menggeletar.

"She's having chest pain." Kata Aireen apabila melihat Mia yang seperti sedang menekan sedikit dadanya. Mereka juga sudah tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Selalunya serangan ini hanya akan berlaku seketika sahaja. Tetapi lain bagi kali ini.

"Aireen, cari ubat dia." Aireen terus mengangguk pada arahan Hana. Belum sempat dia melangkah, tangannya ditarik oleh Mia. Gadis itu mengelengkan kepala lagi.

"Ta- takde ubat, Aireen. Dah-- buang..." Hana terus meraupkan rambutnya kebelakang. Sudah lama perkara ini tidak berlaku. Ubat juga sudah lama Mia tinggalkan. Dia sendiri yang membuang ke semua ubat itu.

𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang