8 | A I S Y A M I K A E L

12.9K 793 141
                                    

WARNING: BUTTERFLIES IS EVERWHERE 

---------------------------------------------------------------------------

"I will kill anyone who touch her"

"I'm calling my future wife." Anak mata mereka masing-masing bertembung. Mia terdiam di situ. Mukanya sudah bertukar merah. Dia mengalihkan pandangannya selepas beberapa saat. Adam pula sedang ketawa kecil melihat Mia yang sedang malu itu.

"Sayang?" Panggilnya lagi. Mia yang sedang mengelamun itu tersentak. Dia memandang wajah lelaki itu hadapannya itu.

"Y- ya?" Dia menjawab tanpa berfikir. Adam disitu sudah tidak henti-henti tersenyum serta ketawa. Suka mengusik gadis itu. Like he said, she's cute when she's shy.

"Mengaku pun." Mia memejamkan matanya. Apa lagi, sumpah diri sendiri lah. Tahap malunya tak payah tanya. Rasa nak terjun je dari tingkap biliknya.

"Lepas kerja nanti ikut aku jumpa mummy." Mia tersentak apabila Adam menyebut mengenai mummynya. Lancar sahaja mulutnya bersuara.

"Ha?! Na- nak buat apa?" Dia bertanya. Adam ketawa lagi. Memang kalau dah gelabah tu cakap pun dah tak tentu hala. But she's still cute.

"To meet your future mother-in-law, my darling." Mukanya baru sahaja menjadi normal semula, bertukar merah kembali. Jantungnya tidak kurang juga. Orang panggil sayang kot, korang ada?

"Boleh tak, sayang?" Adam bertanya lagi. Lembut sahaja suaranya apabila bercakap dengan Mia. Mia terkaku disitu. Tidak tahu hendak menjawab apa. Lama-kelamaan, kepalanya dianggukkan juga.

"Good girl." Adam membalas. Memang dari semalam dia sudah menerima lamaran Adam dihadapan ibunya. Mia membuangkan pandangannya ke luar tingkap. Hatinya sudah tidak sanggup memandang wajah Adam.

"What time did you finish your work?" Adam bertanya. Dia sudah berdiri untuk pulang ke pejabatnya. Dia tidak mahu pula menganggu gadis itu dengan kerjanya.

Bukan macam mamat sorang tu. Kan readers kan?

"Six." Mia menjawab. Adam mengangguk. Seraya itu Adam sedang membetulkan kemeja putih yang dipakainya. Lengan baju yang dilipat hingga ke siku itu dikemaskan.

"I'll pick you up, okay?" Mia hanya menganggukkan kepalanya. Dia turut berdiri untuk menghantar pemergian lelaki itu.

"Take care, babygirl."

꧁𝑂𝑢𝑟 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡 𝑎𝑛𝑑 𝑙𝑎𝑠𝑡 𝑙𝑜𝑣𝑒꧂

Mia berdiri dihadapan pintu besar hospital tersebut. Matanya memandang sekeliling kalau-kalau tunangnya sudah tiba disitu. Mia mengeluarkan telefon pintarnya untuk mengisi masa sementara menunggu kehadiran tunang tercinta. Ehh?

Setelah beberapa minit, sebuah kereta Audi R8 berwarna black matte berhenti dihadapannya. Pintu bahagian pemandu dibuka. Adam Mikael keluar dari kereta tersebut dan berjalan mendekati Mia.

"I'm so sorry, sayang." Adam mengungkapkan kata maafnya kerana lewat. Mia menyimpan telefonnya di dalam beg tangan. Mia mengeleng sambil tersenyum.

"It's okay. Saya pun baru je keluar." Mia membalas. Bukan lah lewat mana pun. 10 minit je. Adam membuka pintu kereta bahagian penumpang untuk tunangnya.

Selesai kedua-dua mereka masuk ke dalam kereta itu, pemanduan pun dimulakan. Rumah agam milik keluarga lelaki itu dituju. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.

𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥Where stories live. Discover now