5 | A I S Y A M I K A E L

13.1K 793 165
                                        

"I will kill anyone who touch her"

"Mia, kau masuk kereta dulu." Hana mengarah kerana dia perlu menyelesaikan beberapa perkara mengenai pesakitnya. Mereka pula datang bersama harini. Takut pula kawannya itu lama menunggunya.

"Okay." Hana menghulurkan kunci keretanya. Mia terus berjalan ke tempat parkir kereta bawah tanah. Sambil dia berjalan, keadaan semasa tengah hari tadi bermain di fikirannya.

Flashback

"Siapa buatkan?"

"Bakal menantu mummy." Adam menjawab selamba. Membuntang mata Mia. Serta merta bilik itu menjadi senyap sunyi.

"Since when you know how to joke around?" Kayla membidas. Mana tidaknya mereka terkejut, Adam bukan seorang yang senang jatuh hati. Malah dia sedikit pun tidak berminat untuk bercinta selepas kejadian hitam mereka sekeluarga.

"Ehem... Puan Sri, Tan Sri. Saya minta diri dulu." Pamit Mia. Tan Sri Amar dan isterinya mengangguk dan melemparkan senyuman kepada mereka. Kepalanya ditundukkan sedikit sebelum melangkah pergi.

Tak sanggup dia hendak berlama-lamaan lagi di dalam bilik itu.

"Adam tak nak? It's your favourite." Puan Sri Mariam bertanya.

End of flashback

Leka dia memikirkan perkara itu, dia tidak sedar dia sedang melintas jalan ketika sebuah kereta sedang menghampirinya.

PIN PIN

Lengan Mia sempat disambar oleh seseorang sebelum kereta itu melanggarnya. Mereka berdua berada di dalam jarak yang sangat dekat. Lengan gadis itu memisahkan mereka. Anak mata Adam menikam anak mata milik gadis itu.

"Kau fikir apa?" Adam bersuara. Gadis itu masih dalam keadaan terpinga-pinga dan terkejut. Adam melepaskan pegangannya.

"Sa- saya minta maaf." Dia sendiri tidak tahu mengapa dia minta maaf. Entah kali ke berapa sudah dia hutang nyawa dengan lelaki ini. Adam menghela nafas berat.

"Kalau kena langgar tadi macam mana?" Mia menundukkan kepalanya. Menyumpah seranah diri sendiri kerana tidak berhati-hati. 

"Mia." Dua pasang mata milik Mia dan Adam memandang ke arah si pemanggil. Melihat kehadiran Hana disitu, Adam ingin beredar.

"Careful, love." Dia terus melangkah pergi meninggalkan kedua gadis itu. Hana pula menghantar pemergian Adam dengan ekor matanya. Kemudian, dia memandang kembali ke arah Mia.

"Kau okay tak?" Dia bertanya. Wajah gadis itu sedikit pucat akibat terkejut. Mia hanya mengangguk menjawab pertanyaan Hana.

꧁𝑂𝑢𝑟 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡 𝑎𝑛𝑑 𝑙𝑎𝑠𝑡 𝑙𝑜𝑣𝑒꧂

"Daddy, mummy, Adam nak kahwin." Semua yang berada di ruang tamu itu terdiam mendengar ayat keluar dari mulut Adam Mikael. Serta merta ruang tamu itu menjadi sunyi.

"You nak what?!" Kayla terus menjerit. Mana tidaknya, sudah jelas, terang lagikan bersuluh Adam Mikael memang tidak pernah jatuh hati pada mana-mana wanita. Tiba-tiba sahaja dia memaklumkan bahawasanya dia mahu berkahwin. Mana tak terkejutnya?

Malah, lepas kejadian hitam yang menimpa mereka sekeluarga, lelaki itu memang susah menerima kehadiran orang luar dalam hidupnya.

"Adam biar betul?" Puan Sri Mariam bertanya untuk memastikan perkara yang didengarinya. Ini sudah masuk kali kedua dia bercakap tentang hal ini termasuk sewaktu di hospital tempoh hari. 

Adam hanya membalas dengan anggukan. Puan Sri Mariam dan suaminya memandang sesama sendiri dengan riak tidak percaya.

"Abang, is your brother crazy or what?" Kayla melontarkan pertanyaan pada Aqeal. Biasanya, mereka berdua tidak berahsia antara satu sama lain. Apa sahaja yang Adam buat, pasti Aqeal akan mengetahuinya. Begitu juga sebaliknya.

"He's serious, mummy." Apabila Aqeal telah membenarkan kenyataan Adam, memang betul-betul terdiam mereka sekeluarga. Bukannya mereka hendak membantah pilihan adam, cumanya perkara ini terlalu tiba-tiba. 

"Dengan siapa?" giliran Tan Sri Amar pula bersuara. Masing-masing masih dalam fasa tidak percaya dengan kenyataan yang dilontarkan oleh Adam.

"Aisya Mia."

꧁𝑂𝑢𝑟 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡 𝑎𝑛𝑑 𝑙𝑎𝑠𝑡 𝑙𝑜𝑣𝑒꧂

"Haura, kalau ada apa-apa, just call me." Haura selaku jururawat bertugas bagi pesakit itu, mengangguk kepada arahan Mia. Mia melemparkan satu senyuman manisnya kepada keluarga pesakitnya sebelum keluar meninggalkan bilik itu.

Jam pada pergelangan tangannya dikerling. Sudah menunjukkan hampir jam dua petang. Pintu bilik yang tertera bertulis 'Aisya Mia' dikuak perlahan. Kelihatan tubuh seorang lelaki kelihatan.

"Encik, ada appointment ke?" Mia terus bertanya sambil menyelak buku notanya tanpa memandang lagi wajah lelaki dihadapannya. Punggung dihenyakkan di atas kerusinya.

"Encik ada app--" ayat terhenti serta merta tatkala matanya memandang wajah lelaki yang sedang duduk dihadapannya. Anak mata mereka saling bertembung antara satu sama lain selama beberapa saat. 

"Ke- kenapa awak ada dekat sini?" Mia terus menyoal. Lelaki yang memakai kemeja putih itu tidak lepas memandang wajah gadis dihadapannya ini.

"Why can't I?" lelaki itu membalas sambil menjongketkan sebelah keningnya. Mia mengukirkan senyuman nipis sambil menunduk seketika.

"That's... not what I meant." Lelaki itu tersenyum lagi melihat Mia. Kepalanya dianggukkan perlahan beberapa kali. Dia menarik nafas dalam sebelum menyambung bicara. Badannya yang sedang bersandar dibawa ke hadapan.

"Can I straight to the point?" berkerut dahi Mia mendengar pertanyaan lelaki itu. Tidak lama sebelum Mia mengangguk perlahan tanda memberi kebenaran kepada permintaan lelaki itu.

"Will you marry me?"

To be continued...

To be continued

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang