"I will kill anyone who touch her"
"Aw- awak nak ap- apa ni?" Adam mengurangkan lagi jarak antara wajah mereka. Kedudukan mereka agak rapat sehingga haruman daripada tubuh Adam dapat dihidu oleh Mia.
"Are you trying to seduce me, hmm?" hampir sahaja jantungnya berhenti sebentar tadi melihat gadis itu. Tubuh gadis itu yang kecil di dalam hoddienya yang besar itu membuatkannya tampak lebih comel.
"Ap- apa awak ni?" jantungnya sedang mengepam darah dengan laju sekali. Boleh sakit jantung ni kalau selalu macam ni.
Mata Adam merayap disekitar wajah Mia. Kulitnya yang putih itu menyerlahkan lagi wajahnya yang sudah bertukar merah itu.
"Along! Ambil fail along ni!" jerit Kayla dari bawah saat dia melangkah masuk ke rumah agam itu. Adam berdecit geram. Potong line betul lah Kayla ni.
Mia mengambil kesempatan itu untuk keluar dari kepungan lelaki itu. Dia terus berlari menuruni tangga dan terus masuk ke dapur. Adam hanya memerhatikan telatah Mia sambil ketawa.
"Mummy." Mia menyapa wanita itu sebaik sahaja dia menapak masuk ke dapur itu. Puan Sri Mariam yang sedang memotong bahan-bahan masakkan mengalihkan tubuhnya ke arah pemanggil.
"Mummy baru nak masak ni. Mia tunggu dekat depan." Puan Sri Mariam membalas sambil tersenyum. Mia berjalan ke arah singki. Lengan bajunya di tarik sedikit ke atas.
"Biarlah Mia tolong." Mia menawarkan bantuan. Tak manis pula dia hanya menunggu tanpa membuat apa-apa.
Memang mereka mempunyai pembantu rumah, namun Puan Sri Mariam lebih gemar untuk memasak sendiri. Adam juga begitu. Dia tidak begitu meminati masakan orang lain selain mummynya dan selepas ini mungkin masakan bakal isterinya?
Sambil-sambil itu, Mia mengambil peluang ini untuk mengeratkan hubungan dengan bakal ibu mentuannya. Sekali sekala, pertanyaan tentang Adam turut diutarakan.
"Mummy." Panggil seseorang dari belakang. Puan Sri Mariam yang sedang mengisi air ke dalam periuk untuk merebus sayur itu, mengalihkan tubuhnya ke belakang.
"Kayla, dah balik." Wanita itu berkata sambil tersenyum melihat kepulangan satu-satunya anak gadisnya yang tinggal.
"Ni Kayla ada beli kek ni." Satu kotak yang berisi sebuah kek diatas kitchen island itu. Mia memberikan senyuman kepada Kayla ketika mereka bertentang mata.
"Mummy, siapa ni?" Kayla bertanya. Wajahnya seperti pernah lihat. Namun, bukannya orang luar boleh masuk ke rumah ini sesuka hati.
"Tunang along." Puan Sri Mariam menjawab senada. Jantung Mia melangkau satu degupan. Mia masih tidak biasa dengan gelaran 'tunang' itu. Kayla mengangguk perlahan.
"Ouh, tun-- WHAT?!" Puan Sri Mariam mengeleng. Tahu sangat yang Kayla akan bereaksi begitu. Hampir bergegar seluruh rumah itu dengan suara Kayla sahaja. Wajah Mia ditenung selama beberapa saat.
"You're the one! Oh my gosh." Kayla terus pergi memeluk gadis itu. Terpinga-pinga Mia disitu akibat tindakan Kayla yang tiba-tiba memeluknya.
"You're so pretty. I swear!" Kayla memuji selepas meleraikan pelukan. Memang tidak salah pilihan abangnya itu. Orangnya bukan sahaja cantik, malah sopan santun serta lemah lembut.
"Thank you. Awak pun cantik." Mia membalas pujian Kayla itu bersama senyuman. Selepas itu, Kayla mencapai beg tangannya yang diletakkan diatas kitchen island tadi.
"Mummy, Kayla naik mandi kejap." Kayla meminta diri. Maklumlah, baru sahaja pulang dari pejabat. Puan Sri Mariam hanya mengangguk dan mencapai kuali untuk menggoreng ayam.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥
Romance[Book 1] ❝Marry me, hmm?❞ - lelaki yang setia menjaga dan melindunginya ADAM MIKAEL - Pendiam? Selalu. Dingin? Semestinya. Kejam? To the one who dare to mess with him. Berjaya mengambil alih perniagaan keluarga diusia muda. Menempah nama di persada...