6 | A I S Y A M I K A E L

12.9K 738 109
                                        

"I will kill anyone who touch her"

"Will you marry me?" dengan selamba lelaki itu melontarkan soalan tersebut. Mia terus terdiam. Terkejut dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu.

"Ha- Haris. Awak cakap apa ni?" Mia membalas bersama sedikit kerutan di dahinya. Sudahlah Haris ini tiba-tiba sahaja datang dan terus melamarnya. Mana tak terkejutnya.

"Saya nak kahwin dengan awak." Haris mengulang. Mia terdiam lagi. Matanya dipejamkan seketika untuk mencerna setiap bait kata yang keluar dari mulut Haris.

"Haris, soal kahwin bukan benda main." Mia menjawab bersama sedikit gelengan. Dia masih tidak percaya dengan lamaran mengejut Haris.

"Saya ikhlas nak jadikan awak isteri saya." Haris berkata bagi meyakinkan gadis itu. Dia betul-betul inginkan gadis itu untuk menjadi suri hatinya. Makin terdiam Mia. Suaranya seolah-olah hilang untuk menjawab.

"Saya tahu, awak mungkin tak suka saya, dengan apa yang saya buat dulu." Mia terus menarik nafas dalamnya. Tubuhnya disandarkan pada kerusi. Terdapat sedikit kerutan di dahi Haris menandakan dia betul-betul serius tentang perkara ini.

"But believe me, Mia. Saya betul-betul nak awak jadi isteri saya yang sah." Bersungguh-sungguh dia meyakinkan gadis itu. Dia sendiri sedar salahnya tentang perkara lalu. Namun, dia yakin dia sudah berubah dan nekad untuk mengambil Mia sebagai isterinya.

"Apa yang awak tengah buat sekarang, tak ade beza dengan apa yang awak buat dulu." Mia menegakkan kembali tubuhnya. Perasaannya cuba dikawal sebaik mungkin. 

"Mia, I've changed." Tangan Mia yang berada di atas meja hendak disentuh. Cuba meyakinkannya. Namun, Mia cepat-cepat menarik tangannya apabila sedar akan tindakan Haris.

"Haris, awak tengah paksa saya sekarang." Suaranya yang ingin naik sedikit cuba dikawal sebaik mungkin. Tidak mahu pula orang di luar mendengar.

"I'm sorry. Mia, saya--" Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, ketukkan pintu telah memotong perbualan mereka.

TOK TOK TOK

"Come in." Mia membalas dari dalam. Pintu bilik itu dikuak dari luar. Muncul seorang jururawat sambil memegang sebuah fail ditangannya.

"Doctor, your patient is here." Jururawat itu memberitahu. Haris mengetap bibir. Hatinya agak geram kerana hasratnya tidak tercapai lagi.

"Give me 5 minutes." Jururawat itu mengangguk dan meninggalkan mereka berdua kembali.

"Awak balik lah. As you can see, I have a patient." Mia berkata tanpa memandang wajah lelaki dihadapannya. Dia mula mengemas mejanya sedikit.

"Mia, awak fikir lah. Saya harap awak terima." Mia hanya diam. Tidak memberikan sebarang jawapan. Dia bangun berdiri untuk memberi isyarat kepada Haris supaya beredar dari situ. 

Bukan niatnya hendak menghalau, tetapi dia juga sedang sibuk dan sudah tidak selesa berlama-lamaan dengan Haris.

"Here's my card. Call saya kalau awak dah ada jawapan." Dia mengeluarkan sekeping kad berwarna putih. Kad tersebut diletakkan di atas meja gadis itu. Mia hanya diam tanpa sebarang respon. Haris memandang sekilas wajah bersih Mia sebelum keluar dari bilik itu.

꧁𝑂𝑢𝑟 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡 𝑎𝑛𝑑 𝑙𝑎𝑠𝑡 𝑙𝑜𝑣𝑒꧂

"Mia, kau okay tak?" Aireen menegur kawannya yang kelihatan seperti termenung sahaja dari tadi. Aireen memandang ke arah Hana pula. Hana mengangkat kedua bahunya tanda tidak tahu.

𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang