10 | A I S Y A M I K A E L

13.7K 785 53
                                        

"I will kill anyone who touch her"

"Be- beg saya." Mia berkata. Tersekat-sekat suaranya akibat salur pernafasannya terasa semakin sempit. Baru Adam teringat bahawa gadis itu mempunyai alahan. Adam berlari mengambil beg tangannya Mia yang berada di sofa.

Mia yang dipapah oleh Kayla dan Puan Sri Mariam itu rebah ke lantai. Cepat-cepat Adam mendekati Mia yang sudah jatuh terduduk dilantai itu.

Beg tangan tersebut dibuka dan ubat alahannya dikeluarka. Mereka semua hanya mampu melihat. Hendak membantu, mereka sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku. 

Adam menarik kepala Mia supaya disandarkan ke dadanya. Kaki Mia diluruskan. Gadis itu menarik sedalam mungkin sebelum jarum tersebut dicucuk ke pahanya. Selepas 10 saat, jarum itu ditarik semula. Kepala Mia diusap perlahan. Selepas itu, Adam mencempung tubuh kecil itu ke sofa.

"Nak mummy panggilkan doktor?" bertubi-tubi soalan Puan Sri Mariam kepada gadis itu. Mia tersenyum lemah dan mengeleng.

"Mia okay, mummy." Mia menjawab. Selepas mengambil suntikan tersebut, salur pernafasannya semakin baik. Adam mengelap peluh-peluh di dahi gadis itu.

"Aisya allergy dengan kacang." Adam menjawab bagi pihak Mia. Gadis itu terus menoleh memandang Adaam. Puan Sri Mariam dan Kayla tersentak.

"Mummy minta maaf, mummy tak tahu." Terserlah rasa bersalahnya pada bakal menantunya itu. Melihat wajah pucat Mia, makin mengunung rasa bersalahnya.

"Kayla pun minta maaf. Kayla tak tahu akak ada allergy." Begitu juga Kayla. Dia turut rasa bersalah. Mia mengeleng perlahan.

"It's okay. Bukan salah mummy dengan Kayla pun." Memang bukan salah mereka. Mereka semua tidak tahu mengenai alahannya itu.

"Kalau Kayla tahu, Kayla tak suruh akak makan." Kayla berkata lagi. Makin membuak-buak pula rasa bersalahnya. Kalau apa-apa jadi kepada gadis itu tadi, tak tahu lah apa yang abangnya akan lakukan.

"Tak apa. Salah akak juga tak tanya dulu." Salahnya juga tidak bertanya dulu mengenai kek itu sebelum makan. Mia bangun untuk duduk.

"Mia okay je. Mummy jangan risau." Tambah Mia lagi melihat riak wajah Puan Sri Mariam yang dihantui oleh rasa bersalah.

"Betul, Mia okay ni? Mummy nak call doktor." Puan Sri Mariam masih tidak berpuas hati. Dia tetap berkeras hendak menghubungi doktor untuk memastikan Mia benar-benar tidak apa-apa.

"Mia okaylah. Tengok ni." Mia bangun berdiri dan memusingkan badannya untuk membuktikan dia tidak apa-apa. Ni bukan nak meyakinkan, ni nak buat Adam lagi risau ada lah.

"Duduk, sayang." Adam menarik lengan gadis itu. Kayla dan mummynya mengeleng melihat gelagat Adam. Mereka nampak sangat yang Adam banar-benar menyayangi gadis itu.

Setelah itu, Kayla dan Puan Sri Mariam meminta diri untuk mengemas dapur dan meja makan. Mia turut ingin membantu. Sudah semestinya, Adam Mikael membantah habis-habisan. Aqeal dan Tan Sri Amar pula sudah naik ke atas untuk membincangkan sesuatu.

"Macam mana awak tahu?" soal Mia tiba-tiba. Mereka sedang berada di ruang tamu. Sengaja Adam membuat kerjanya di situ. Tidak mahu pula meninggalkan Mia bersendirian.

"Tahu apa sayang?" tanya Adam kembali tanpa memandang ke arah Mia sambil membuat kerja di iPadnya. Lembut sahaja nadanya. Berbeza apabila dia bercakap dengan orang lain.

"Macam mana awak tahu saya allergic dengan kacang?" Mia mengulang soalannya. Terhenti kerja yang sedang dilakukan oleh Adam. Adam pandang wajah Mia sekilas sebelum matanya turun memandang ipad ditangan kembali.

𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang