WARNING: SILA SEDIAKAN TANGKI OKSIGEN SEBELUM MEMBACA
---------------------------------------------------------------
"I will kill anyone who touch her"
"Mia." Mia menghentikan langkahnya apabila seseorang memanggil namanya. Dia memejamkan matanya dan menarik nafas dalam. Dia amat kenal dengan pemilik suara itu.
"Haris. Kenapa awak ada dekat sini?" Mia membalas selepas mengalihkan tubuhnya menghadap lelaki itu. Haris berjalan menghampiri gadis itu sambil tersenyum.
"Saya nak jumpa awak lah." Mia melemparkan pandangan matanya ke arah lain apabila mendengar jawapan Haris. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket kot putihnya.
"Haris, this is hospital. Ni tempat saya kerja." Dia tidak mahulah lelaki itu kerap kali datang ke sini untuk berjumpanya. Haris mengangguk.
"Saya minta maaf kalau tu ganggu awak." Haris berkata sambil mengangkat kedua tangannya ke atas. Mia hanya menayangkan riak biasa. Nak kata menyampah tidak. Suka? Jauh sekali.
"Saya ada kes dekat sini. Alang-alang datang jumpa awak." Ya, memang benar dia mempunyai suatu urursan bersama salah satu doktor pakar di hospital ini mengenai pesakinya.
"Awak datang sini sebab kerja, so do your job. Saya pun ada kerja." Bahasa yang agak kasar digunakan. Bukannya sombong, tetapi pasti Haris akan membuka topik tersebut.
"Mia, saya--" belum sempat Haris menghabiskan ayatnya, Mia memotongnya terlebih dahulu kerana Mia tahu, pasti Haris akan bercakap mengenai lamarannya semalam.
"I'm so sorry, I got to go." Mia terus mengalihkan tubuhnya ke belakang untuk beredar dari situ. Dia tidak betah untuk berada bersama Haris lebih lama lagi.
"Haris, lepas." Mia menarik perlahan tangannya disebabkan Haris bertindak memegang lengannya sebelum dia sempat pergi dari situ.
"Mia, tolonglah dengar." Haris masih tidak melepaskan pegangannya. Berkerut dahi Mia, tidak menyangka Haris akan bertindak sedemikian.
"Lepas, Haris." Mia berkata sambil tangannya ditarik. Makin kuat Mia menarik tangannya, makin kuat cengkaman lelaki itu pada tangannya. Berkerut dahinya apabila cengkaman Haris mula menyakitkan lengannya.
"Mia, kejap je." Haris merayu lagi. Kebetulan pula kawasan itu jarang dilalui oleh orang, oleh itu dia berani bertindak demikian.
"Haris, apa masalah awak ni? Lepas lah!" suaranya mula naik meninggi. Tangannya masih dicengkam oleh Haris. Mia tidak henti-henti berdoa agar tuhan menghantarkan seseorang untuk membantunya.
"Mia, saya ikhlas--" ayatnya tidak sempat dihabiskan apabila seseorang bertindak menarik tangannya dan menyebakan lengan Mia terlepas dari cengkamannya.
"Get your hands off her if you want to keep them." Adam memberi ugutan. Suaranya cukup tenang tetapi hatinya menahan seribu satu amarah terhadap Haris. Tangan Mia dirangkul dan menarik gadis itu supaya berada dibelakangnya.
"Mia, awak tolak saya sebab dia ni?" suara Haris sudah naik seolah-olah sedikit menengking Mia. Makin menipis tahap kesabaran lelaki bernama Adam Mikael itu.
"Don't you dare lay even a finger on her." Amaran terakhir daripada Adam kepada Haris. Hatinya cukup panas melihat tindakan Haris sebentar tadi.
"Mia! Dia ni tak boleh lah jaga awak macam mana saya jaga awak." Haris berkata dengan penuh bangga. Amarah Adam sudah tidak boleh ditahan lagi. Mahu sahaja dia menumbuk wajah lelaki itu. Namun, tindakkannya terhenti apabila Mia bersuara.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥
Romance[Book 1] ❝Marry me, hmm?❞ - lelaki yang setia menjaga dan melindunginya ADAM MIKAEL - Pendiam? Selalu. Dingin? Semestinya. Kejam? To the one who dare to mess with him. Berjaya mengambil alih perniagaan keluarga diusia muda. Menempah nama di persada...