"I will kill anyone who touch her"
BANG BANG BANG
"Ad, bawa Mia blah!"
"BLAH D, AKU KATA!"
Kejadian itu tdak henti-henti bermain di kotak fikirannya sejak petang tadi. Banyak persoalan yang sedang bermain di dalam kepalanya. Siapa Adam yang sebenarnya?
"Mia... Mia okay?" ibunya bertanya apabila melihat anak gadisnya itu sering termenung selepas Adam menghantarnya pulang. Mia hanya tersenyum tipis dan mengangguk perlahan.
"Adam dah cerita dekat ibu." Mia terus berkerut memandang ibunya. Adakah ibunya tahu selama ini pekerjaan Adam. Sekiranya ya, mengapa ibunya mampu terima lelaki sebegitu?
"Mia bagi dia explain dulu ya." Ibunya mengambil sebelah tangannya. Telapak tangan Mia di letakkan di atas telapak tangannya. Belakang tangan gadis itu diusap lembut.
"Ibu nak rehat kejap." Memandangkan jam baru menunjukkan pukul 3 petang, wanita itu bercadang untuk berehat sebentar sebelum waktu asar.
"Mia, tunang kau dekat luar." Kata Aireen yang baru sahaja pulang dari kafenya. Mia diam mendengar kata-kata Aireen. Kawannya itu sudah mula pelik apabila Mia langsung tidak bergerak.
"Kau okay tak? Kenapa ni? Kau gaduh dengan dia ke?" bertubi-tubi Aireen lemparkan pertanyaan. Namun, Mia hanya mengeleng sebagai jawapan. Sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk berjumpa Adam.
"Kau nak aku suruh dia balik?" Aireen menyoal lagi apabila Mia kelihatan seperti mengelak daripada tunangnya sendiri. Lama Mia diam sebelum gelengan menjadi jawapan.
Dia bangkit untuk menyarungkan tudung sebelum kakinya melangkah keluar. Mia atur langkah perlahan-lahan ke arah Adam.
"Kenapa datang sini?" tanya Mia perlahan apabila dia berdiri di hadapan Adam. Kepalanya ditundukkan ke bawah bagi mengelak memandang wajah lelaki itu. Adam menundukkan sedikit kepalanya untuk melihat wajah gadis itu.
"Sayang marah aku ke?" Dia bertanya kembali. Lembut sahaja tutur bicaranya. Soalan dijawab dengan soalan. Mia mengangkat kepalanya.
"Boleh je call, tak pun text. Susah-susah je datang sini." Mia membalas. Soalan lelaki itu dibiarkan tergantung tanpa jawapan. Namun, jelas terlihat yang gadis itu sedikit terkilan. Adam mendekatinya perlahan-lahan.
"Sayang... Look, I'm sorry. I'm so sorry." Kedua belah tangannya merangkul lembut tangan gadis itu. Adam Mikael minta maaf, new records. Mia diam selama beberapa saat.
"Saya tak marah awak." Tangannya ditarik dari pegangan Adam perlahan-lahan. Gadis itu mengambil selangkah kebelakang menjauhi Adam.
"Tapi selagi awak tak explain dekat saya, macam-macam yang saya akan sangka dekat awak." Mia mengangkat mukanya memandang wajah Adam. Anak matanya tepat menikam anak mata milik Adam. Adam mengangguk. Memang niatnya datang ke sini untuk menjelaskan segalanya kepada Mia.
"I'll explain to you. Everything." Mia pandang wajah lelaki dihadapannya seketika sebelum nafas berat dihela.
"Masuk lah dulu. Then, explain." Mia berkata. Adam mengangguk dan mengikut langkah gadis itu. Pondok yang berada di tepi lamannya itu dituju. Bukan masuk dalam rumah pun, dekat luar juga.
"Apa kerja awak sebenarnya? Siapa diorang tu? Awak buat jenayah ke?" maka terkeluarlah segala soalan yang lama disimpan. Adam menunduk ke lantai. Tak pernah sepanjang hidupnya dia takut untuk berkata-kata.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥
Romance[Book 1] ❝Marry me, hmm?❞ - lelaki yang setia menjaga dan melindunginya ADAM MIKAEL - Pendiam? Selalu. Dingin? Semestinya. Kejam? To the one who dare to mess with him. Berjaya mengambil alih perniagaan keluarga diusia muda. Menempah nama di persada...