"I will kill anyone who touch her"
"Hana, esok kau off duty, kan?" Mia bertanya. Hana yang sedang bermain dengan telefonnya berhenti untuk berfikir sebentar. Dan kemudiannya dia mengangguk.
"Ikut aku pergi rumah mummy boleh?" tanya Mia lagi. Dan ya, dia sudah membuat keputusan. Hana tersentak. Dia menunjukkan jarinya ke arah diri sendiri. Dan Mia membalas dengan anggukan.
"Ke- kenapa aku kena ikut?" tanyanya lagi. Dia langsung tiada kaitan dengan keluarga itu, lain lah kalau Mia yang bakal menjadi sebahagian dari keluarga itu.
"Mummy suruh bawa kau sekali." Membulat mata Hana mendengar kenyataan daripada Mia. Dia terus mengeleng laju. Tak mahu dia pergi sana jumpa mamat tak semenggah tu.
"Boleh lah. Please..." pujuk Mia lagi. Hana masih mengeleng. Memang tak lah dia nak jumpa mamat tu. Mia mencucuk pehanya dengan jari telunjuk dan matanya dikelipkan berkali-kali.
"Okay, fine!" Hana membalas. Terpaksalah dia bersetuju. Mia terus tersenggih. Dia sendiri pun malu sebenarnya nak pergi sorang-sorang.
"Yess! Aireen?" tanya Mia kepada Aireen pula. Aireen diam seketika. Lama-kelamaan kepalanya digelengkan perlahan. Mia memandangnya pelik. Jarang Aireen menolak ajakkannya.
"Mama dengan papa nak jumpa lah esok. Sorry." Balasnya. Mia mengangguk. Aireen pun malas sebenarnya hendak perjumpa dengan mama dan papanya. Pasti ada sahaja benda yang tidak kena apabila papanya panggil untuk berjumpa.
꧁𝑂𝑢𝑟 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡 𝑎𝑛𝑑 𝑙𝑎𝑠𝑡 𝑙𝑜𝑣𝑒꧂
"Dah check semua? Semua okay?" tanya Adam sambil mereka berjalan menuruni tangga. Adam sedang bertanyakan mengenai set senjata yang tiba pagi tadi.
"This is Aqeal Mifzal lah. Kerja tip top." Aqeal menjawab dengan bangga sambil tangannya membuat chef kiss. Adam hanya diam. Mengangguk tidak, mengeleng tidak, bercakap pun bila perlu sahaja. Normal lah dia begitu namun, auranya kali ini lain sedikit.
"Yow." Sapa seseorang apabila mereka tiba di ruang tamu. Aqeal terus berjalan mendekati lelaki yang menyapa mereka itu.
"Yow, Haiqal." Balas Aqeal pula. Mereka bersalaman dan berpelukan cara lelaki dengan Haiqal atau lebih dikenali sebagai sepupu mereka.
"Ad. Lama tak jumpa." Haiqal menegur Adam pula. Adam membalas salaman Haiqal namun, dia hanya diam. Sepatah pun tidak keluar dari mulutnya. Haiqal mengangkat sebelah keningnya dan memandang ke arah Aqeal.
"Biasa lah. Mood tak berapa nak elok." Balas Aqeal apabila memahami pandangan yang diberikan oleh Haiqal itu. Haiqal juga merasai aura lain dari selalu yang menyebabkan dia bertanya Aqeal. Haiqal mengangguk.
"Kau buat datang sini?" tanya Aqeal untuk mengubah topik perbualan mereka. Bukan selalu Haiqal datang ke rumah mereka. Haiqal mengangkat kedua keningnya.
"Saje. Rindu korang." Haiqal menjawab dengan jawapan sakarstiknya itu. Aqeal mengulingkan bebola matanya ke atas. Geli sia main rindu-rindu pula.
"Pergi mampus." Balas Aqeal. Meletus ketawa Haiqal disitu. Adam memandang ke sekitar kawasan rumah agam itu. Kelibat gadis yang ditunggu-tunggunya masih tidak kelihatan.
"Duduk lah. Lunch sini." Pelawa Adam. Alang-alang jam sudah menunjukkan hampir pukul 11 pagi, waktu makan tengah hari juga sudah hampir. Haiqal mengeleng.
"Tak apa lah. Aku singgah kejap je. Parents aku suruh jumpa dengan kawan diorang." Balas Haiqal. Dia dalam perjalanan untuk ke rumah kawan ibu bapanya. Alang-alang rumah sepupunya berhampiran, dia datang singgah sebentar.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥
Romance[Book 1] ❝Marry me, hmm?❞ - lelaki yang setia menjaga dan melindunginya ADAM MIKAEL - Pendiam? Selalu. Dingin? Semestinya. Kejam? To the one who dare to mess with him. Berjaya mengambil alih perniagaan keluarga diusia muda. Menempah nama di persada...