1 | A I S Y A M I K A E L

24.1K 891 31
                                        

"I will kill anyone who touch her"

"Kalau tiada apa-apa lagi, saya keluar dulu." Aisya Mia melemparkan senyuman manis sebelum keluar meninggalkan bilik pesakitnya. Sifatnya yang mudah tersenyum menyebabkan orang disekelilingnya mudah bergaul. Para pesakitnya turut senang dengan gadis itu.

"Mia!" sergah seseorang dari belakangnya. Terkejut gadis itu dibuatnya.

"Hana! Kau ni. Terkejut aku." Mia membalas sambil mengurut dadanya. Dia menampar lembut lengan kawannya yang bernama Hana itu. Raihana Aulia, merupakan kawan baik Mia sejak zaman persekolahan lagi.

"Hehehe... Sorry." Hana tersengih. Mia hanya membalas dengan menjeling. Hana pula memaut lengan Mia dan meletakkan kepalanya di atas bahu Mia sambil mereka berjalan.

"Hm... apa dia?" Mia sudah masak dengan perangai kawannya. Kalau datang manja-manja tiba-tiba, ada lah tu. Hana terus tersenyum lebar selepas ditanya. Dia mengangkat kepalanya dari bahu Mia.

"Aku nak partner dengan kau hari ni, boleh?" dia mengerdipkan matanya untuk membuat muka comelnya. Mia hanya mengelengkan kepalanya melihat telatah kawannya. Hana memuncungkan mulutnya selepas melihat Mia tidak menjawab permintaannya.

"Alah... boleh lah, Mia. Bukan selalu, kan?" dia menghayunkan tangan Mia tanda memujuk. Mia membuat reaksi sedang berfikir.

"Okay." Dia menjawab sepatah. Hana terus tersenyum teruja. Dia berjalan sambil memaut lengan Mia. Selepas beberapa minit, mereka tiba di bilik kecemasan.

"Incoming!" jerit salah seorang paramedik sambil satu katil pesakit ditolak masuk ke dalam bilik kecemasan tersebut. Mia terus memeriksa tindak balas anak mata pesakit itu.

"Head injury..." Paramedik itu menerangkan keadaan pesakit itu kepada Mia dan Hana. Hana memeriksa bahagian kepala pesakit yang cedera itu. Dia terus memandang Mia.

"Bawa ke trauma room one." Mia berkata. Paramedik itu mengangguk. Mereka membantu Mia dan Hana membawa pesakit tersebut. Setelah mengangkat pesakit itu ke katil, Mia mula memeriksa kecederaan pesakit itu. Sarung tangan getah di pakai sebelum memeriksa pesakit itu. Hana pula membantunya.

"BP unstable." Hana berkata selepas memeriksa pesakit itu dengan stethoscopenya. Dia mengantungkan stethoscopenya di leher kembali. Tiba-tiba bilik itu dimasuki oleh seseorang. Mia dan Hana terus memandang gadis yang merempuh masuk bilik itu.

"Ye Ainul. Kenapa?" Hana bertanya kepada gadis bernama Ainul itu. Ainul sedikit menunduk tanda hormat kepada Mia dan Hana. Mia hanya membalas dengan senyuman.

"Sorry, doctor. I need your consultations." Ainul memberitahu tujuannya ke situ. Hana dan Mia merupakan doktor pakar dalam bidang neurology di hospital itu. Walaupun usia mereka masih muda, akan tetapi kepakaran mereka sama seperti doktor yang sudah bekerja selama bertahun-tahun.

"Mia, kau pergi lah. Aku ambil patient ni." Mia mengangguk. Dia menanggalkan sarung tangan yang digunakan untuk memeriksa pesakit tadi. Kemudian, tangan mencapai stethoscope miliknya dan mengantungkannya di leher. Dia berjalan keluar mengikuti Ainul.

꧁𝑂𝑢𝑟 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡 𝑎𝑛𝑑 𝑙𝑎𝑠𝑡 𝑙𝑜𝑣𝑒꧂

"Daddy." adik kembar kepada Adam Mikael terus menegur Tan Sri Amar setelah tiba di bilik kecemasan itu. Adam masih dalam perjalanan dari pejabatnya. Aqeal Mifzal pula sedang berada di luar ketika berita tersebut sampai ke telinganya.

𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang