3 | A I S Y A M I K A E L

13.4K 774 35
                                        

"I will kill anyone who touch her"

Kawasan di Lapangan Terbang Antarabangsa itu dipenuhi oleh orang ramai. Situasi itu menyebabkan Zariel, iaitu salah seorang orang kuat Adam Mikael sukar mencari seorang gadis.

Setelah beberapa minit, akhirnya dia menjumpai gadis muda tersebut. Dia berjalan mendekati gadis itu sebelum menegurnya.

"Cik Kayla." Zariel menyapanya. Kepalanya sedikit ditundukkan. Gadis itu menarik sedikit kaca mata hitamnya ke bawah dan menolaknya semula ke atas selepas memandang Zariel dari atas hingga bawah. Tahulah dia bahawa lelaki yang sedang berdiri dihadapannya ini merupakan salah seorang anak buah Adam Mikael.

"Kenapa bukan bakal suami saya yang datang jemput saya?" soalan yang diajukan oleh gadis bernama Kayla itu membuatkan Zariel mati kata. Hujung keningnya yang tidak gatal itu digaru.

"Urm... dia--"

"Stop it. I know. He's busy, bla bla bla." Kayla memotong percakapan Zariel sebelum lelaki itu sempat menghabiskan ayatnya. Rambutnya yang berwarna perang asli itu diikat style ponytail.

"Shall we, Cik Kayla?" Zariel bertanya kepada gadis itu untuk mengelak dari lebih banyak soalan ditanya oleh Kayla. Gadis itu merenung Zariel dari sebalik black shades nya.

Kecut juga perut Zariel dikala menerima renungan dari gadis itu. Beberapa saat kemudian, gadis itu mengangguk. Zariel memberi laluan kepada gadis itu untuk berjalan dihadapan terlebih dahulu.

Zariel menawarkan bantuan untuk membawa bagasi milik gadis itu. Namun, Kayla menolak. Walaupun dia kelihatan seperti belagak diva, gedik dan seangkatan dengannya namun, dia masih menghormati pekerja-pekerja Adam Mikael.

꧁𝑂𝑢𝑟 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡 𝑎𝑛𝑑 𝑙𝑎𝑠𝑡 𝑙𝑜𝑣𝑒꧂

"Sorry, Tuan muda. Client cancel the meeting last minute." Airil berkata selepas menamatkan satu panggilan telefon bersama pembantu peribadi klien yang mengaturkan pertemuan ini.

"Wasting my fucking time." Adam memang paling pantang sekiranya rancangan diubah pada saat-saat akhir. Mujur sahaja mereka masih berada di hadapan hospital itu. Airil hanya menunduk. Diwaktu-waktu ini, jangan sesiapa berani lawan lelaki itu.

"Zariel dah pergi ambil Kayla?" Adam bertanya selepas teringatkan bahawa gadis itu akan tiba hari ini. Disebabkan mesyuarat yang telah dibatalkan tadi, dia tidak dapat menjemput gadis itu dan mengarahkan Zariel.

"Dia dah pergi tadi, tuan." 

꧁𝑂𝑢𝑟 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡 𝑎𝑛𝑑 𝑙𝑎𝑠𝑡 𝑙𝑜𝑣𝑒꧂

"Tak apa lah aku balik sendiri je." Mia masih membantah. Dia tidak mahu menyusahkan Aireen dan Hana. Dia memang sudah cukup banyak menyusahkan mereka dari mereka kecil lagi.

"Mia, shut up." Hana dan Aireen membidas serentak. Terdiam Mia dibuatnya. Terpaksalah dia akur dengan kedua kawannya itu.

Dalam perjalanan keluar, Mia ternampak lelaki yang membantunya di dalam lif sebentar tadi. Dia memberhentikan langkahnya selepas Adam berselisih dengannya.

"Aw- awak!"Mia memanggil Adam sudah melepasinya itu. Adam menanggalkan kaca mata hitamnya dan menapak kembali ke arah Mia.

"Yes?" Adam bertanya. Mia terus menundukkan pandangannya ke bawah. Malu sebenarnya dengan lelaki itu. Ye lah, tak memasal dok peluk orang suka hati. Malu tahu!

"Sa- saya nak cakap, tha- thank you. Se- sebab tolong saya tadi." Mia berkata selepas memberanikan dirinya untuk mengangkat muka dan memandang wajah Adam Mikael. Lelaki itu merenung segenap wajah bersih Mia.

"My pleasure." Adam membalas. Mia menunduk kembali sambil bermain dengan jarinya. Dia berasa amat malu ketika ini, berhadapan dengan orang yang dia peluk sesuka hatinya. Sudahlah pula orang tersebut bukan orang biasa.

"So- sorry sebab su- susah kan awak." Dia menyambung lagi. Dalam erti kata lain, maaf kerana sudah memeluk lelaki itu sesuka hatinya. Namun, dalam hati memang Mia sudah menyumpah seranah diri sendiri. 

"It's okay." Wajah ayu gadis itu diperhatikan. Lama. Segenap wajah cantik itu ditenung. Hana memberikan isyarat kepada Aireen supaya mereka beredar dari situ.

"Jom." Aireen berkata perlahan sambil mengusap lembut lengan gadis itu. Mia hanya mengangguk. Hana dan Aireen menundukkan sedikit kepala mereka kepada lelaki itu. Adam memerhatikan permergian tiga orang gadis itu sehingga mereka hilang dari pandangan matanya.

"It's nice to see you again... my Aisya." 

To be continued...

To be continued

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang