"I will kill anyone who touch her"
"Ibu, Mia nak keluar dah ni." Mia berkata sambil menyimpan telefonnya di dalam beg tangan. Ibunya pula sedang mengemas meja dan dibantu oleh Hana dan Aireen.
"Okay, hati-hati." Ibunya membalas. Berkerut dahinya akibat pelik Mia dengan jawapan ibunya tersebut. Aireen dengan Hana pula pelik ke mana gadis itu hendak pergi kerana Mia jarang keluar bersendirian.
"Ibu tak tanya pun Mia nak pergi mana." Balas Mia. Ibunya mengangkat muka memandang wajah anak gadisnya itu.
"Ibu tahu Mia nak keluar dengan Adam." Ibunya membalas. Hana dan Aireen mengangguk sambil tersenyum. Kawan diorang nak keluar dating guys, ahakss. Mia pula makin pelik dibuatnya.
"Mana ibu tahu ni?" seingatnya dia tidak memberitahu sesiapa lagi dengan siapa dia hendak keluar. Dari mana pula ibunya tahu?
"Adam tanya ibu dulu semalam nak bawa Mia keluar." Hana dan Aireen memandang sesama sendiri. Mia diam sebentar. Tidak sangka pula dia bahawa Adam akan memaklumkan pada ibunya terlebih dahulu.
Melihat kereta milik lelaki itu sudah berada di hadapan pagar rumahnya, dia terus memperceptkan langkahnya.
"Takpe lah kalau macam tu. Bye, ibu." Mia berkata selepas menyalam tangan ibunya. Pintu rumah dibuka dan kasutnya dikeluarkan dari rak.
"Awak, sorry." Mia berkata selepas keluar dari pagar rumahnya. Adam yang sedang bersandar pada keretanya itu hanya mengeleng.
"It's okay, sayang." Adam membalas. Wajah gadis itu ditatap seketika. Buat hilang rindu kejap. Ehh? Apabila Mia sudah berdiri dihadapannya, terus pintu kereta di bahagian penumpang dibuka.
"Shall we?" Mia mengangguk dan berjalan masuk ke dalam kereta itu. Pintu keretanya ditutup kembali sebelum bahagian pemandu dituju.
Sepanjang perjalanan mereka, suasana di dalam kereta itu hanya senyap sahaja. Hanya ditemani oleh lagu yang dimainkan di radio. Adam sudah memang sifatnya pendiam. Mia pula masih malu dengan lelaki yang sudah memegang status tunangnya itu.
Setelah 45 minit, mereka tiba di sebuah pusat beli belah yang terkenal. Keretanya diparkir betul-betul dihadapan pintu masuk pusat beli-belah itu. Rahang Mia jatuh sebentar.
Biar betul ibu mentuannya ini menempah baju pengantin mereka di butik pakaian dalam bangunan ini.Harganya semua mampu mencecah puluhan ribu.
"Let's go, baby." Adam memegang lengan gadis itu yang berlapik baju dan menariknya masuk. Pusat beli-belah itu mempunyai butik-butik pakaian yang berjenama dan dikenali diseluruh pelosok dunia.
Semasa mereka berjalan masuk, pasti para pekerja disitu akan menundukkan sedikit kepala mereka apabila melintasi kedua pasangan itu.
"Adam, sampai pun." Puan Sri Mariam berkata sebaik sahaja melihat Mia dan Adam menapak masuk ke dalam butik pakaian pengantin itu.
"Mummy." Mia menyalam tangan wanita itu selepas Adam. Puan Sri Mariam memandang sekeliling butik itu bagi mencari pemiliknya.
"Rizal, tengok bakal menantu I, cantik tak?" Puan Sri Mariam bertanya kepada Rizal iaitu pemilik butik tersebut. Rizal juga merupakan kawan kepada Puan Sri Mariam.
"Oh my god, Puan Sri!" Rizal berkata sambil berjalan mengelilingi gadis itu. Puan Sri Mariam tersenyum melihat reaksi Rizal itu.
"Tak sabar I nak tengok baju tu dekat dia." Rizal berkata lagi sambil menepukkan kedua tangannya. Rizal masuk ke bilik sebelahnya sebentar untuk memastikan baju tersebut sudah disediakan.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥
Roman d'amour[Book 1] ❝Marry me, hmm?❞ - lelaki yang setia menjaga dan melindunginya ADAM MIKAEL - Pendiam? Selalu. Dingin? Semestinya. Kejam? To the one who dare to mess with him. Berjaya mengambil alih perniagaan keluarga diusia muda. Menempah nama di persada...
