17 | A I S Y A M I K A E L

13.1K 645 73
                                    

"I will kill anyone who touch her"

"Betul ke sayang nak kahwin ke aku?" Soal Adam tiba-tiba. Mereka sedang 'berdating' di kolam renang yang berada di dalam rumah agam itu. Masing-masing mencelupkan kaki ke dalam air kolam itu.

"Ape awak ni tanya macam tu?" Tanya Mia kembali. Kakinya digerak-gerakkan di dalam air itu. Adam memandang wajah Mia dari tepi tu. He likes everything about her. Her attitude, her love language everything.

"I told you what I do. And it's dangerous." Adam membalas lagi. Gadis itu akan menjadi umpan utama bagi musuh-musuh Adam bagi memerangkapnya. Mia masih lagi bereaksi tenang. Dia sudah memikirkan semua perkara ini.

"Okay, it's dangerous... So?" Mia membalas selamba. Dia tidak memandang wajah Adam. Matanya hanya memandang ke dalam air kolam itu. Adam menarik nafas dalam.

"Sayang--"

"Saya setuju untuk teruskan perkahwinan ini sebab saya yakin awak boleh jaga saya." Mia terus memotong ayat Adam. Dan kali ini, matanya memandang tepat ke dalam anak mata Adam. Dia yakin, sekiranya Adam sendiri yang melamarnya, maka Adam sendiri yakin bahawa dia mampu untuk menjaga Mia.

"Awak boleh jaga saya kan? I trust you with my life." Sambung Mia lagi. Mereka masing-masing sedang bertentang mata. Adam terdiam. Mulutnya tidak mengeluarkan sebarang jawapan. Lama mereka bertentang mata.

"Adam, Mia! Jom minum petang ni." Panggilan Puan Sri Mariam menyentakkan mereka berdua. Masing-masing menunduk ke bawah. Adam mengeluarkan kakinya dari air kolam itu. Mia pula bangun dengan bantuan Adam.

"Jom." Ajak Adam. Mia mengangguk dan Adam merangkul pergelangan tangan Mia dengan lembut. Adam menarik tangannya semasa mereka berjalan. Apabila mereka melalui dapur, Mia menghentikan langkahnya.

"Saya pergi dapur kejap." Adam mengangguk dan dia terus berjalan ke arah ruang tamu bersama ahli keluarganya yang lain. Tan Sri Amar juga baru sahaja pulang dari berjumpa kawannya.

꧁𝑂𝑢𝑟 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡 𝑎𝑛𝑑 𝑙𝑎𝑠𝑡 𝑙𝑜𝑣𝑒꧂

"Abang Ad... Melya ada buat brownies ni untuk abang." Kata Emelya apabila Adam tiba di ruang tamu itu. Hana mengulingkan bebola matanya ke atas. Menyampah betul. Yang tergedik-gedik dengan tunang orang dah kenapa?

"Abang suka brownies, kan?" Kata Emelya sambil letakkan bekas yang terdapat kek brownies itu dihadapan Adam. Adam sedikit pun tidak memandang kek tersebut. Aqeal tersenyum sinis.

"Dia makan yang tunang dia buat je." Jawab Aqeal. Emelya menjeling Aqeal dan Hana. Menyibuk je. Orang buat untuk abang Ad. Tidak lama kemudian, Puan Sri Mariam dan Mia datang membawa dulang di tangan masing-masing.

"Lah, Melya pun bawa brownies? Mia pun ada bawa." Kata Puan Sri Mariam apabila dia melihat bekas yang berisi kek brownies itu semasa dia meletakkan dulang di atas meja itu. Hana dan Aqeal memandang sesama sendiri. Dua-dua tahu yang Adam akan makan kek yang dibuat oleh Mia.

"Kalau macam tu, tak apa lah. Mia simpan Mia punya." Mia berkata. Dah ada brownies dekat situ nak buat apa lagi kan. Dia mengambil piring yang berisi keknya itu dan bangun untuk menyimpannya semula.

"Sayang. Come here." panggil Adam. Terpinga-pinga dia apabila Adam memanggilnya. Hana memberikan isyarat kepadanya untuk pergi ke arah Adam. Mia pun berjalan pergi ke arah Adam.

Mungkin Adam ingin meminta sesuatu dari dapur. Apabila dia menghampiri Adam, Adam menarik lengannya supaya duduk disebelahnya.

"I want yours." Kata Adam. Hampir terlompong mulut Emelya apabila Adam sedikit pun tidak memandang keknya, tetapi dia mahu pula makan kek Mia. Makin bertambah sakit hatinya dan rasa benci bagi Mia.

𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥Where stories live. Discover now