4 | A I S Y A M I K A E L

13.2K 846 202
                                        

"I will kill anyone who touch her"

"Abang!" sebaik sahaja matanya menangkap figura abangnya, dia segera memeluk tubuh itu. Terkejut Aqeal apabila ada gadis yang memeluknya secara tiba-tiba.

"Mikayla dah balik." Aqeal turut membalas pelukkan adik perempuannya. Belakang tubuh Kayla diusap perlahan.

"Kayla rindu abang." Kayla memberitahu. Laju sahaja bebola mata Aqeal Mifzal menjeling adiknya. Dia dan Arissa Mikayla amat susah untuk sebulu.

"Along man--"

KLARK

"Along!" Kayla terus bangun dan memeluk tubuh sasa Adam Mikael sebaik sahaja lelaki itu keluar dari bilik pesakit tersebut. 

"Sampai dah adik abang ni." Adam membalas pelukkan Kayla. Kepala Kayla diusap perlahan sebelum dahi adiknya dikucup lembut. 

"Kayla rindu gila dengan abang." Tubuh sasa itu masih dipeluk oleh Kayla. Adam Mikael hanya menayangkan wajah pasrah.

"Dah puas dah peluk abang?" serta merta Kayla meleraikan pelukan mendengarkan kata-kata Adam. Jelingan tajam diberikan kepada abang sulungnya. Kedua tangannya naik disilangkan ke dada.

"I rindu you, okay? Daddy mana?" 

"Ada dekat dalam." Adam membalas sambil dia membuka pintu bilik pesakit yang menempatkan mummy mereka. Aqeal turut mengikuti langkah Kayla.

"Daddy!" Kayla terus berlari dan memeluk Tan Sri Amar. Adam dan Aqeal hanya mengeleng melihat adik perempuan mereka yang satu ini. Mengada!

"Bila Kayla sampai ni?" Tan Sri Amar menyoal sambil memandang kedua anak lelakinya. Dia tidak dimaklumkan pula bahawa anak perempuannya itu akan pulang. Laju sahaja Aqeal menundingkan jarinya pada Adam apabila Tan Sri Amar menyoal.

Dia tak salah, okay? Adam yang tak bagitahu.

"Baru je. Ni datang straight from the airport." Kayla menjawab. Tan Sri Amar hanya mengangguk dengan jawapan anak gadisnya sambil dia memberikan laluan kepada Kayla untuk berjumpa dengan mummynya pula.

"Mummy, Kayla dah balik ni." Kayla berbisik perlahan kepada wanita itu bagi mengejutkannya. Tidak lama sebelum Puan Sri Mariam mencelikkan matanya. Wanita itu terus tersenyum gembira melihat anak gadisnya yang sudah pulang.

Kayla membantu mummynya untuk bangun dari pembaringan. Setelah itu, terus tubuh kecilnya dipeluk oleh Puan Sri Mariam.

"Mummy rindu anak mummy ni." Wanita itu berkata sambil mengusap belakang tubuh anak gadisnya. Wajah Kayla dikucup beberapa kali. Rindu anaklah katakan.

"Kayla pun rindu dekat mummy juga." Kayla menjawab sambil tersenyum. Aqeal terus mencebikkan mukanya. Menyampah! Dia mana boleh tengok orang lebih dari dia!

"Kayla datang dengan siapa?" Puan Sri Mariam bertanya. Kayla menghulurkan secawan air suam yang terdapat di tepi katil kepada wanita itu.

"Zariel. Along tu, kedekut." Kayla membalas sambil memberikan jelingan tajam kepada Adam. Tan Sri Amar hanya mengeleng. Terus Adam menjegilkan biji matanya. 

"Kenapa pula abang kedekut?" Adam membidas. Sebotol air mineral yang terdapat di atas meja dicapai dan diteguk. Kayla pula menjulingkan matanya.

"Bukannya along nak suruh boyfriend Kayla ambilkan." dari lapangan terbang tadi dia tidak berpuas hati tentang perkara itu. Terus hampir tersedak Adam mendengar jawapan Kayla.

"Sejak bila pula dia boyfriend adik?" suaranya ditinggikan sedikit. Aqeal mengambil sebotol air yang terdapat di atas meja dan botol air tersebut dibalingkan ke arah Kayla.

𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang