"I will kill anyone who touch her"
"Saya tak nak bertunang dengan awak dah." Sekali lafaz sahaja ayat itu keluar dari mulutnya. Adam terus tersentak. Kepalanya menunduk seketika. Dia tarik senyum segaris. Kalau itulah keputusan Mia, dia tiada hak untuk menghalang.
"It-- It's fine. I understand." Nadanya antara ikhlas dan tidak. Perkataannya seolah-olah tersangkut ditekaknya. Tipu lah kalau dia kata yang dia tidak berasa apa-apa.
Cinta dan sayangnya hanya untuk Aisya Mia. Namun, jika ditakdirkan jodoh mereka tidak panjang, siapalah dia untuk mengubah takdir.
"Awak tak nak tanya kenapa?" tanya Mia kembali. Adam mengeleng. Dia hanya senyuman pada Mia.
"Thank you for being honest." Adam menjawab. Dia tahu salah dirinya sendiri. Mia mengangguk perlahan. Baguslah kalau Adam tidak mahu tahu, tak perlu dia jelaskan.
"Okay, then. Bye." Mia terus berjalan keluar meninggalkan bilik itu. Adam menyandarkan tubuhnya dikerusi. Wajahnya digosok kasar dan rambutnya diraupkan kebelakang.
꧁𝑂𝑢𝑟 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡 𝑎𝑛𝑑 𝑙𝑎𝑠𝑡 𝑙𝑜𝑣𝑒꧂
"Mia pergi toilet kejap." Mia berkata kepada Puan Sri Mariam. Wanita itu mengangguk. Mia bangun dan melalui Puan Maria dan Emelya. Mereka berdua menjeling tajam ke arahnya.
"Aisya! Sayang!" laung Adam dari atas. Terus keadaan di ruang tamu itu sedikit senyap. Aqeal tersenyum senget apabila melihat reaksi Emelya.
"Sayang!" panggil Adam lagi. Pandangan orang-orang diruang tamu itu sedikit pun tidak diendahkan. Dia terus berjalan ke dapur untuk mencari Mia. Puan Sri Mariam mengeleng melihat Adam.
"Ma... Me- Melya dengar betul, kan? Di- dia panggil perempuan tu sayang." Bisik Emelya perlahan. Bagai hendak berhenti jantungnya apabila Adam memanggil gadis itu 'sayang'. Puan Mariam mengusap lembut tangan Emelya.
"Kak Long, siapa tu?" tanya Puan Maria kepada Puan Sri Mariam. Puan Sri Mariam mengalihkan kepalanya ke arah dapur dan memandang Puan Maria semula sambil tersenyum.
"His fiancé."
Zap!
"HIS WHAT?!" Emelya terus menjerit selepas mendengar jawapan Aqeal akibat terkejut. Terkejut semua yang berada di ruang tamu itu mendengar suara Emelya.
Hana yang turut berada di ruang tamu itu sudah mengerutkan dahi. Dah kenapa perempuan ni?
"Emelya." Encik Hakim menghantar amaran halus. Malu dia sebagai bapa kepada Emelya. Gadis itu terus mengetap bibirnya.
"Tu yang kak long panggil Maria datang sini. Nak kenalkan bakal isteri Adam." Tersentak Emelya buat kali kedua. Emelya terus menunduk. Bakal isteri?
꧁𝑂𝑢𝑟 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡 𝑎𝑛𝑑 𝑙𝑎𝑠𝑡 𝑙𝑜𝑣𝑒꧂
"Sayang." panggil Adam lagi apabila dia menapak masuk ke kawasan dapur itu. Mia yang sedang mengisi gelasnya dengan air kosong itu tersentak mendengar suara Adam.
"Kenapa awak ni?" tanya Mia lagi. Selepas keluar dari tandas, tekaknya terasa dahaga pula. Mujur sahaja gelas kaca di tangannya itu tidak terlepas apabila disergah oleh Adam begitu.
"Kenapa kau tak nak bertunang dengan aku?" tanya Adam sambil bersandar di dinding dan menyilangkan kedua tangannya ke dada. Matanya turun pada jari manis Mia. Cincin miliknya masih tersarung. Terus Mia menghentikan perbuatannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥
Romance[Book 1] ❝Marry me, hmm?❞ - lelaki yang setia menjaga dan melindunginya ADAM MIKAEL - Pendiam? Selalu. Dingin? Semestinya. Kejam? To the one who dare to mess with him. Berjaya mengambil alih perniagaan keluarga diusia muda. Menempah nama di persada...