18 | A I S Y A M I K A E L

12.8K 613 27
                                        

"I will kill anyone who touch her"

"Alright, I'll inform her." Jawab salah seorang jururawat di situ dan kemudiannya telefon tersebut diletakkan semula. Dia memandang Mia yang sedang berada di hadapannya.

"Dr. Mia, Dr. Hisyam nak jumpa dekat pejabat dia." beritahu jururawat itu kepada Mia. Mia yang sedang menulis laporan di fail pesakitnya itu mengangkat mukanya dan mengangguk.

Dia menyiapkan laporan pesakitnya terlebih dahulu dan fail tersebut diserahkan kepada jururawat tadi. Dia kemudiannya terus bergerak ke pejabat Dr. Hisyam.

"Come in, Mia." Sahut Dr. Hisyam dari dalam selepas Mia mengetuk pintunya. Perlahan-lahan Mia membuka pintu tersebut dan menapak masuk ke dalam bilik tersebut.

"Doktor nak jumpa saya?" tanya Mia selepas berdiri di hadapan meja Dr. Hisyam itu. Dr. Hisyam yang sedang membaca salah satu laporan itu menanggalkan cermin matanya sebelum lelaki itu mengangguk.

"Have a sit." Pelawa Dr. Hisyam. Mia mengangguk dan mengikut Dr. Hisyam untuk melabuhkan punggungnya di atas sofa yang berada di dalam bilik itu.

"Ayah awak datang nak jumpa awak." Kata Dr. Hisyam. Serta merta senyuman yang terukir manis di bibirnya pudar. Tidak lama sebelum dia tayang senyuman separa ikhlas kembali.

"Sorry?" balas Mia. Dia takut dia salah dengar kata-kata Dr. Hisyam itu. Ayah? Seingat dia, dia memang tidak mempunyai lelaki bergelar 'ayah'.

Sebelum sempat Dr. Hisyam membuka mulutnya, perhatian mereka beralih ke arah pintu bilik yang di ketuk oleh seseorang itu.

TOK TOK TOK

"Saya bagi ruang untuk kamu bercakap." Kata Dr. Hisyam apabila Encik Malik, ayah kepada Mia melangkah masuk ke dalam bilik itu bersama Maya. Dr. Hisyam keluar dari pejabatnya untuk memberi mereka ruang.

Mia terus bangkit dari sofa yang didudukinya itu apabila matanya melihat lelaki yang dimaksudkan oleh Dr. Hisyam tadi.

"Ayah minta maaf sebab kacau waktu Mia bekerja." Kata Encik Malik. Mia masih terdiam disitu. Tubuhnya seolah-olah kaku tidak mampu bergerak. Alangkah terkejutnya dia melihat lelaki yang sudah 10 tahun menghilang dari hidupnya dan tiba-tiba muncul di hadapannya hari ini.

"Mia, ni Maya. Anak tiri ayah. Dia yang bagitahu ayah Mia kerja dekat sini." Maya, salah seorang doktor pelatih yang baru sahaja memulakan latihan praktikalnya di hospital itu baru-baru ini. Makin bertambah kejutan yang di terima olehnya hari ini.

"Ayah datang sini sebab nak minta maaf. Ayah nak minta maaf atas semua salah ayah dekat Mia dengan ibu." Kata Encik Malik lagi. Mia masih diam tidak berkutik di situ. Satu huruf pun tidak mampu dikeluarkan olehnya ketika ini.

Entah apa yang patut dia ucap ketika ini. Wajah ayahnya dipandang dengan riak tidak percaya. Adakah dia gembira? Tidak, langsung tidak. Masih marahkah dia tentang peristiwa lalu? Mungkin. Yang pasti, dia sama sekali tidak pernah membayangkan saat seperti ini.

"Ay- ayah tahu ayah banyak dosa dengan Mia dengan ibu." Sambung lelaki itu lagi. Kolam air mata gadis itu telah bertakung. Menunggu masa sahaja hendak pecah. Encik Malik mendekati anak kandungnya itu. Namun, tindakan lelaki itu membuatkan Mia melangkah ke belakang.

Dia rasa tidak selamat. Sama seperti dahulu. Mana pernah perasaan selamat itu hadir setiap kali lelaki itu berada dekat dengannya.

"Mi- Mia dengan ibu sihat? Ayah nak jumpa ibu." Tangannya sedang mengeletar apabila Encik Malik mendekatinya. Kepala terus mengeleng laju apabila lelaki itu berkata hendak berjumpa dengan ibunya.

𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang