03

5.3K 213 5
                                    

sugarhusband

- - -

HALWA menulis di dalam diarinya. Yang dia letak khas hanya untuk kisah dia di antara Davano Ezander. Halwa tersenyum-senyum ketika dia menulis. Langsung tak dihiraunya akan sekeliling lagi.

"Halwa, you tak nak makan ke?" soal Vanessa.

"Ah, nanti kejap."

Vanessa menghembuskan keluh. Syak dia tentu Halwa membaca novel lagi.

"Halwa, you better get out now!" suruh Vanessa. Dia bercekak pinggang menunggu di hadapan bilik Halwa.

Halwa membiarkan Vanessa.

Dia mahu siapkan tulis diarinya ini. Kalau dia biarkan terus dalam otak, nanti basi.

"Halwa Afrina!" panggil Vanessa.

Halwa menoleh.

Aduhai, orang duduk dalam bilik sikit pun nak kecoh. Aduhai!

Halwa pantas saja mengangkat punggung. Dengan malas-malas dia membuka pintu. Tersembul muka Vanessa dengan gaya seperti mak cik-mak cik nak kutip sewa rumah.

Halwa menyandarkan belakang tubuh di mulut pintu.

"Berapa yang aunty nak sewa rumah kali ni?" gurau Halwa.

Vanessa terus mencubit lengan Halwa. Mengerang sakitlah Halwa.

"You ni kan! I suruh you makan tahu tak. You nak ke waktu majlis kahwin you tu you nampak kurus kering?" ugut Vanessa.

"Eh, tak baik kau cakap aku macamtu. Sampai hati kau, Vans." Halwa memuncungkan bibir. Tidak terasa pun dengan kata-kata Vanessa, saja mahu bergurau.

Vanessa berpeluk tubuh pula.

"Kalau you tak pergi makan sekarang, I akan call Davano and bagitahu dia yang you tak jadi kahwin!" sekali lagi Vanessa mengugut.

Halwa terkejut. Terus berkerut dahinya memandang Vanessa. Kawan dia ini benar-benar mahu dia mencekik.

"Ish, yelah! Jomlah makan!"

Halwa menghentakkan kali. Dia terus saja turun ke tingkat bawah. Gerak-gerinya itu diperhatikan saja oleh Vanessa. Bukan main lagi melawan dia itu.

Kalau kau kahwin nanti, aku pun tak tahulah macam mana Davano tu nak handle perangai kau.

Vanessa geleng kepala.

Dia turut turun menuju ke dapur.

Vivian sudah ada di sana sedang meletakkan pinggan di atas meja.

Vivian memandang muka Halwa yang kelihatan masam mencuka.

Diorang bergaduh lagi ke?

Selalunya, kalau Halwa sudah bermasam muka begitu, tentulah ulah daripada kakaknya. Vivian lepas keluh. Dua sahabat ini asyik bergaduh saja. Tapi hubungan mereka makin kuat.

"Depan rezeki janganlah marah-marah. Nanti Tuhan marah," tegur Vanessa.

Halwa mencebik geram.

Aku tahulah muka aku macam Doraemon kalau merajuk. Cemburu je kerja.

Senyum paksa diukir oleh Halwa.

Vanessa mengangguk.

Macam inilah baru macam Halwa Afrina. Senyum saja memanjang. Kalau bukan sebab terfikir pasal buah hati, tentu pasal novel yang dia baca. Vanessa kenal sangat dengan Halwa. Bukan sehari dua dia kenal Halwa. Sudah bertahun-tahun.

Mereka mula menjamah makanan bersama.

Spaghetti, buatan Vanessa.

Halwa anggul bila menyuapkan spageti tersebut ke dalam mulut. Dia suka dengan masakan Vanessa. Kalau bab western food, memang Vanessa terer. Kalau Halwa pula, setakat masak lauk biasa-biasa pun boleh.

"Jadi, about your wedding dengan Davano. Bila?" tanya Vanessa membuka cerita.

Halwa jeda sebentar.

Dia sedang imbas kembali apa yang telah Davano cakap sebelum ini.

Dia kata dia mahu cepatkan majlis.

supaya readers tak tertunggu-tunggu

"Sugardaddy cakap, dalam minggu ni. Mungkin esok, mungkin lusa." Halwa kembali menyuapkan spageti ke mulut.

"Hah? Kak Halwa nak kahwin?" Vivian agak terkejut mendengar. Kenapa dia tidak tahu apa-apa pun mengenai ini? Rasa terpinggir pula.

"Haah, nak kahwin. Nanti masa akak kahwin, Vian bolehlah pakai baju cantik-cantik." Halwa menayang senyum.

Vivian menunduk.

"Vian ni layak ke nak pakai cantik-cantik? Vian bukannya boleh berjalan pun," kata Vivian dengan nada yang perlahan.

Halwa dan Vanessa sontak berpandangan.

"Vian, sesiapa pun layak untuk bercantik. Bukan orang yang sempurna fizikal saja. Janganlah Vian rendahkan diri Vian sendiri," ucap Halwa. Dia tidak suka bila Vivian membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain. Siapa pun berhak untuk bercantik. Ketidaksempurnaan dari fizikal, tidak bermakna tidak layak untuk mencantikkan diri.

Vivian mengangkat mukanya memandang Halwa.

"Vian minta maaf, akak. Vian tak patut cakap macamtu."

"Takpe. Akak faham. Biarlah orang nak kata apa pun. Vian cuma jadi diri Vian sendiri." Halwa menayangkan lagi senyumnya.

"Yeah, Vian. We're born, not to praise people. We don't compare ourself with others, we only try to be better." kini Vanessa pula bersuara.

Vivian mengoyak senyum.

Benar apa kata kedua kakak dia ini. Dia tidak perlu pun untuk kisahkan tentang orang. Hanya fokus pada diri sendiri. Tak guna dengar hinaan orang. Sedang mereka hanya tahu bercakap, tapi tak pernah duduk dalam situasi itu.

"Dah, tak payah nak sedih. Tak elok kita sedih-sedih depan makanan. Nanti dia pun ikut sedih," ujar Halwa. Dia menyuapkan spageti ke dalam mulut hingga penuh sos di tepi bibirnya.

"Makan pun elok-elok juga. Nanti orang dah tak selera nak makan," tegur Vanessa.

Halwa hanya tersengih-sengih.

Dalam dia tidak sedar, esok adalah majlis terbesar buat dia dan Davano.

bersambung...

SUGARHUSBAND ✅️Where stories live. Discover now