36

2.4K 100 0
                                    

sugarhusband

- - -

DI balkoni situ, Davano dan Navis sedang bersembang, mengenai dengan hal kerja mereka sewaktu di Latvia. Tidak habis untuk dibincang selama tiga bulan. Walaupun semuanya sudah selesai, tapi pembelotnya belum lagi terselesaikan.

"Gibt es wirklich keine Anzeichen dafür, wer der Überläufer ist?" (Memang tak ada tanda-tanda siapa pembelot tu?) soal Davano. Kopi dia teguk, buatan isteri terchentanya.

Navis menggeleng. Hampanya, tidak ada tanda langsung tentang si pembelot. Susah untuk dijejaki. Memanglah segala kawalan keselamatan ketat, namun ada saja pembelot yang dapat menceroboh. Dari mana lagi mereka dapat ceroboh kalau bukan daripada pertolongan orang dalam?

Davano lepaskan keluh. Dia merasa gagal tatkala kes sebegini tidak terselesaikan. Sudah masuk empat bulan pula itu, tapi apa pun tidak settle lagi!

"Jetzt müssen wir mit der Arbeit beginnen.  Sie haben sich in unsere Gegend getraut." (Sekarang kita kena mulakan kerja. Mereka dah berani masuk dalam kawasan kita) Davano tersengih.

"Es ist wirklich eine Herausforderung für die Leute, die in unser Unternehmen kommen.  Angriff von innen?  Eine tolle Taktik.  Aber nicht klug." (Mencabar sungguh orang yang masuk dalam syarikat kita ini. Serang daripada dalam? Sebuah taktik yang hebat. Tapi tak bijak) Davano menghirup lagi kopinya.

"Was soll ich tun?" (Apa yang tuan nak saya buat?) Navis kelihatan sudah bersedia untuk mulakan serangan.

Davano diam, diteguk lagi kopinya. Tidak lama setelah itu, flashback pun terus dimulai. Tentang insiden yang berlaku di Latvia.

---

"Es tut uns leid, Sir.  Wir versuchten unser Bestes, konnten es aber nicht.  Der Täter ist noch nicht ausfindig gemacht," (Kami minta maaf, tuan. Kami dah cuba yang terbaik tapi tak mampu. Si pelaku belum lagi dapat dikesan) ujar seorang pekerja menggunakan bahasa Jerman.

Davano mengangguk.

"If you can remember, what exactly happen?" soal Navis.

Si pekerja cuba untuk mengingat. Setahu dia, tidak ada apa yang janggal setelah serangan dalam sistem syarikat dan akaun syarikat berlaku. Dalam sekelip mata saja semuanya jadi!

"I can't remember well, sir. But as far as I know, something weird have happen. But I don't know what it is."

Navis memandang ke arah Davano. Mustahillah mereka tidak perasan tentang kejanggalan yang berlaku. Mustahil.

"But, sir, there is someone whose acting weird." suara seorang lagi pekerja lelaki.

"What do you mean?" tanya Navis mulai mencurigai.

"Actually...." si lelaki mulai bercerita.

Ada seorang pekerja lelaki yang sudah lama bekerja dalam syarikat Davano. Dan dia merupakan salah seorang daripada akauntan terbaik di syarikat. Namun, sebelum berlakunya insiden serangan, lelaki itu berlaku aneh. Dia mulai jarang ke kerja dan menunjukkan prestasi yang tidak baik! Mulanya, mereka hanya anggap itu sebuah perkara biasa. Mereka tak mahu sangka buruk pada senior mereka. Tapi lama kelamaan, si lelaki itu berhenti bekerja. Dan itu makin membuatkan persoalan kian menggunung dalam benak. Tidak lama setelah berhentinya si lelaki dari pekerjaan, berlaku insiden yang besar di syarikat.

Navis membuka fail. Dia membaca maklumat milik si lelaki yang dicurigai tersebut. Pandangan Navis naik ke arah Davano.

"Weslie," sebut Davano.

Navis angguk pada nama yang diseru Davano. Memang benar. Lelaki yang dicurigai itu adalah Weslie, si pekerja berusia 40 tahun. Memang sudah lama dia bekerja di syarikat milik Davano. Tapi.... soal dia akan membuat pembelotan, itu tidak pernah difikir dek akal seorang Davano.

---

"Vielleicht haben die Leute recht.  Weslie ist der Grund für all das, was passiert."  (Mungkin betul kata diorang. Weslie yang punca semua ini terjadi)

Davano menggeleng. Tidak mungkin. Dia kenal sangat dengan Weslie. Lelaki itu sudah lama bekerja dengannya. Dan Davano Ezander kenal dengan sifat tiap pekerjanya.

Kalaulah betul dia pembelot, sejak dulu lagi dia dah buat. Tapi Weslie bukan jenis macam begitu. Ada orang yang perangkap dia. Mereka handal dalam buat segala strategi itu, tapi maaf, tidak cukup bijak dalam perlaksanaan.

"Naiv.  Wirklich naiv," (Naif. Sungguh naif) ucap Davano.

Tidak tertayang langsung akan ekspresi marah di wajah Davano. Sebaliknya, dia malah mengukir senyum tipis. Bukan gembira, bukan juga marah.

"Navis," panggil Davano.

"Yes, sir?"

"Gehen Sie zurück nach Lettland und beginnen Sie, jeden Mitarbeiter zu befragen, ohne dass jemand eine Ausnahme bildet.  Ich weiß, sie verstecken sich immer noch unter unseren Mitarbeitern.  Du Verräter!  Clever im Umgang mit schlampigen Taktiken?" (Balik ke Latvia dan mulakan soal antara tiap-tiap pekerja tanpa sesiapa pun yang terkecuali. Aku tahu, mereka masih lagi bersembunyi di kalangan pekerja kita. Dasar pengkhianat! Pandai guna taktik ceroboh?) Davano mengukirkan sengih sinis.

Kali ini, makin ketatlah segala kawalan yang dibuat Davano Ezander. Dia tidak suka dengan pekerja yang ceroboh daripada dalam. Mereka main cara kotor, cara salah! Dan Davano, paling pantang jika ada pengkhianat dalam kalangannya!

...bersambung

SUGARHUSBAND ✅️Where stories live. Discover now