35

2.3K 109 3
                                    

sugarhusband

- - -

3 BULAN KEMUDIAN....

   Setelah habis tiga bulan Davano Ezander berada di Latvia untuk menyelesaikan pekerjaan, akhirnya dia pulang semula ke Jerman. Rindu yang terbuku dapat juga dilepas. Tidak sabar seorang Davano mahu berjumpa dengan Halwa.

"Sir, möchten Sie etwas essen?" (Tuan, tuan ada nak makan apa-apa?) soal Navis.

Davano menggeleng. Tekak dia itu tak terasa hendak makan mahupun minum. Dia sekarang teruja mahu peluk si isteri sebaik saja kaki dia menginjak mansion nantinya. Makin Davano fikir, makin dia tidak sabar-sabar pula.

   Halwa memerhati lauk pauk yang terhidang. Dia tersenyum. Suka dengan apa yang dia buat untuk hari ini. Maklumlah, kali ini dia yang buang tenaga untuk memasak. Suami dia pun baru saja balik, kenalah dia yang masakkan makanan.

"Amboi, berseri-seri muka tu ya? Haih, untunglah. Suami dah balik harini." Vanessa datang menegur.

Halwa tersengih-sengih. Mestilah dia berseri. Tambahan pula, dia sedang menantikan kejutan daripada Davano. Dan tak lupa, ada kejutan dia mahu beri pada Davano.

"Eh, dah siap dah semua?" soal Vivian. Dia memandang ke arah meja. Terhidang begitu banyak macam jenis lauk.

"Wah, sedapnya.... Terasa nak makan pula!" ucap Vivian lagi. Haduhai, benar-benar mengundang lapar benar lauk yang dimasak Halwa. Sedap belaka tentunya!

"Kalau nak makan tu boleh je. Tapi kejap lagi. Sebab akak nak tunggu suami tercinta akak dulu," kata Halwa.

Vivian senyum lalu mengangguk. Dia faham apa yang Halwa katakan. Tak apalah. Tinggal berapa minit saja lagi. Tentu tak lama, Davano akan sampai. Mereka itu kalau bawa kereta laju saja sampai di rumah. Nak nak lagi bila orang tu dah rindu isteri, mana mahu berlambat-lambat.

"Miss, Sir Davano have arrive." Zaty datang memberitahu.

Halwa terus tersenyum. Dia betulkan tudung dan bajunya sebelum kaki mengorak langkah ke hadapan. Diikuti dengan Vanessa dan Vivian daripada belakang.

Dari jauh, seorang pembantu sudah pun membukakan pintu. Tersembullah wajah Davano Ezander. Halwa melajukan langkah.

"Husband!" panggil Halwa. Teruja benar dia.

Davano mengoyakkan senyum. Dia turut berjalan menuju Halwa. Tidak mahulah lari-lari, nanti ketara sangat dia terlalu rindu dengan isteri.

Satu pelukan erat Halwa Afrina bagi. Wah, rindunya dia mahu peluk tubuh suaminya itu. Berjauhan selama tiga bulan, hanya berbual dalam talian saja, itu memenatkan sungguh.

Tapi kini, rindu itu sudah dilepas. Mereka dapat bersama kembali. Dan Halwa bersyukur kepada Allah atas kembalinya suami dia dengan selamat. Syukur....

Davano turut memeluk erat tubuh Halwa. Hampir saja air mata turun kerana terlalu gembira. Hanya Allah saja tahu betapa senangnya hati Davano tatkala dapat bersatu semula dengan isterinya.

"Hah, dahlah. Jom kita makan. Halwa dah masakkan lauk dah tu hah. Nanti dekat bilik pula you berdua sambung ya?" Vanessa berkata.

Terus saja pelukan dilepas. Halwa mengusap air mata yang tidak tertahan tadinya. Dia pun menyalam tangan Davano. Kemudian memegang ke lengan Davano.

"Jom kita makan, husband. Saya masak makanan istimewa tau untuk husband!"

"Okay, dear wife. Jom." Davano mengatur langkah menuju ke dapur. Yang lain juga sama, mengikuti mereka dari belakang.

   Davano perlahan-lahan menyarungkan rantai pada leher Halwa. Halwa terkejut namun setelah menyedari hal tersebut, dia lantas mengoyakkan senyum lebar.

"Ya Allah, apa ni husband?" Halwa menutup mulut. Tidak sangka suami dia itu sempat mahu memberi hadiah sebegini.

"Wife, I give this for you. And.... I want you to keep it." ucap Davano.

Halwa mengangguk. Kemudian dia pusing menghadap Davano. Wajah Davano dia pandang lama dengan senyum terukir pada bibir.

"Thanks, husband."

Davano senyum. Tangannya menarik tubuh Halwa ke dalam dakapan. Halwa hanya membiarkan. Davano merehatkan dagunya itu di atas kepala Halwa. Mata dipejam.

"Husband.... sebenarnya, saya ada benda tau nak cakap."

Davano membuka kembali kelopak mata, "Apa dia?"

Halwa tersenyum. Dia cepat-cepat keluar dari dakapan Davano. Dia bangun dari duduk dan berjalan menuju ke almari. Davano pula hanya duduk memerhati.

Halwa mengambil sebuah kad kertas. Dia bentangkan menghadap hadapan Davano. Davano tertawa. Apa yang mahu isteri dia itu tunjukkan? Dia makin tertanya!

Di atas kad tadi, tertulisnya sebuah perkataan. Perlahan Halwa membuka tiap satu persatu kad itu. Hingga akhirnya membentuk satu ayat.

/I. Am. Pregnant/

Davano tersentak. Terjongket kedua kening dia ke atas. Pandangannya terus naik kepada wajah Halwa yang sudah tersenyum lebar. Tidak percaya dengan semua ini. Davano lantas bangun dari duduknya.

"Really, wife?" soal Davano. Masih tidak percaya kalau isterinya itu mengandung.

Halwa mengangguk. Dia ada buat pemeriksaan sebelum ini. Dan apa yang mengejutkan Halwa bila dia diberitahu doktor bahawa dia telah mengandung! Dua bulan! Patutlah saja semenjak seminggu itu dia merasa tidak enak badan, rupanya dia berbadan dua!

Davano sangat gembira mendengar berita ini. Mahu saja dia lompat-lompat keterujaan. Tapi dia lebih memilih untuk memeluk Halwa.

"Ya Allah, alhamdulillah..." ucap Davano saking gembiranya dia. Memang tidak terkata betapa gembiranya hati dia bila dengar Halwa umumkan hal tersebut. Tapi yang pasti, dia sangat gembira!

Seorang suami itu pasti akan gembira bila isteri dia mengandungkan zuriatnya.

...bersambung

SUGARHUSBAND ✅️Where stories live. Discover now