37

2.5K 101 4
                                    

sugarhusband

- - -

"Was möchten Sie sagen, bis Sie nicht mehr telefonieren können?" (Apa benda yang kau nak cakap sampai tak boleh cakap dalam telefon?) Petrillia duduk di kerusi berhadapan dengan Davano. Wajah lelaki di hadapan dia pandang.

Davano pula langsung tak memandang Petrillia. Dia tidak hingin pandang muka pengkhianat!

"Sie müssen nicht so tun, als ob.  Ich weiß, dass Sie die Ursache für alles in der Nähe von Lettland sind.  Du sagst einfach, was deine Motive sind." (Kau tak payah nak berlagak. Aku tahu kau punca semuanya dekat Latvia sana. Kau cakap sajalah apa motif kau) Davano tahu Petrillia adalah kepala yang mengetuai semua geng pengkhianatan.

Petrillia mengedipkan mata. Dia perlahan-lahan mengukir senyum miring. Baguslah kalau Davano sudah tahu soal dia. Maknanya, dia tidak perlulah kena buat penjelasan lagi nanti.

"Ich freue mich, dass Sie wissen, was in der Nähe von Lettland passiert ist.  Nicht schlecht.  Du bist auch schlau, oder?" (Aku gembira kau tahu pasal kejadian dekat Latvia. Boleh tahan. Kau ni pun bijak juga berfikir kan?) Petrillia tertawa kecil.

"Kein Grund, mich zu loben.  Ich will nur wissen, was ist dein Motiv?" (Tak payahlah kau nak puji aku. Aku cuma nak tahu, apa motif kau?) wajah Davano tidak mengukir sebarang senyum pun. Dia mahu mereka berbincang serius dalam hal itu.

Petrillia tersengih. Bukan setakat itu saja rancangan dia. Ada banyak cara dia untuk mengenakan Davano Ezander. Yang pastinya, bukan setakat membuatkan pekerja Davano menjadi seorang pengkhianat!

   Vivian melihat ke sekeliling. Dia berkerut tatkala matanya itu tidak melihat pun kelibat Halwa. Dari tadi lagi dia tercari ke mana Halwa Afrina pergi. Ada sesuatu yang mahu dia bagitahu sebenarnya.

"Apa yang you cari?" tanya Vanessa.

"Oh, kak.... Tak. Vian sebenarnya tengah cari akak Halwa. Kak Vans ada nampak tak?"

"Hoo, tengah cari Halwa rupanya. Eh, Kak Halwa tu kan keluar. Katanya nak beli makanan yang asam. Teringin katanya. You tau kan yang Kak Halwa you tu tengah mengandung." Vanessa berjalan menuju ke sofa.

Vivian berkerut dahi. Pergi keluar? Tak akanlah tak ada yang teman? Sudahlah Halwa itu mengandung, keluar pula seorang diri ke bandar? Bahaya!

"Akak tak temankan Kak Halwa?"

Vanessa melabuhkan punggung. Dia menghidupkan televisyen. Kemudian dipandang sekilas wajah Vivian di sebelah.

"Buat apa I nak temankan dia? Dia bukannya oku." selamba sahaja Vanessa bercakap.

"Apa pula akak cakap macamtu! Kak Halwa tu pregnant! Bahaya kalau akak tidur seorang diri." risau pula bila Vivian fikirkan soal Halwa. Entah apalah bakal jadi kepada Halwa Afrina di luar sana itu.

"Ish, you ni tak payahlah nak risau sangat. Think positive, please. Dahlah, you pergilah duduk sana. Jangan ganggu I," ucap Vanessa kemudian dia sambung semula makan aiskrim.

Vivian pandang saja wajah Vanessa. Apa kakaknya itu tidak kisah pasal sahabat diakah? Sudahlah orang itu sedang berbadan dua, kalau terjadi apa-apa bukankah bahaya nanti?

Vivian hempaskan punggung di sofa. Hatinya bergelora keresahan. Masih merisaukan soal Halwa Afrina. Yalah. Dia sudah anggap Halwa seorang kakak. Sangat penting Halwa dalam hidup Vivian.

   Halwa berjalan memerhati tiap barisan kedai yang ada di dalam mall besar ini. Banyak ragam manusia di dalam mall itu membuatkan Halwa tersenyum tika melihat. Aduhai, dia teringat pula dengan shopping mall di Malaysia.

Sedang asyik mata memandangi suasana di mall, Halwa sampaikan tidak sedar jikalau dia hampir terlanggar dengan patung yang ada di luar. Namun tangan seseorang menyelamatkan Halwa.

"Careful, dear." ucap si lelaki. Dia melorek senyum di bibir.

Halwa membalas dengan senyum tipis. Cepat-cepat dia menunduk dan ucap terima kasih kepada lelaki tersebut. Halwa terus saja mempercepatkan langkah tika dia perasan dirinya diperhati oleh si lelaki.

   Sampai sahaja di parking lot, Halwa pun mencari keberadaan keretanya. Hari ini dia sengaja tidak bawa bodyguard bersamanya kerana mahu berjalan sendirian di bandar. Dia tidak mahulah asyik-asyik jalan kena dikelilingi dengan bodyguard.

Sekarang pula dia sudah berbadan dua. Lagilah sensitif. Kalau dia kata tidak, memang tidaklah. Mahu mengamuk dia kalau bodyguard tetap berkeras mahu ikut dia tadi? Untunglah dirinya sekarang dapat keluar sendirian.

Tapi.... kegembiraan itu berakhir tatkala mulut Halwa ditekup daripada belakang. Kain hitam menutupi seluruh pandangannya. Dia tidak bisa lihat! Dia tidak bisa bernafas!

Halwa pun pengsan.

Kedua orang lelaki pun saling mengangguk. Mereka mengangkat tubuh Halwa menuju ke satu van hitam. Van itu pun bergerak terus meninggalkan tempat tersebut.

"Fuh, ich freue mich so, dieses Mädchen zu erwischen." (Fuh, senang sangat nak tangkap perempuan ni) kata si lelaki yang memakai topi warna biru.

"Natürlich macht es Spaß.  Er hat mich vorhin geschlagen und spielt keine Spinnen mehr.  Ich bin es ein bisschen leid, dass sie ein schwaches Mädchen ist!" (Memanglah senang. Tadi dia langgar aku, bukan main gelabah lagi. Aku dah agak dah dia ni perempuan yang lemah!) mereka tertawa.

"Es spielt keine Rolle, wozu er schwach ist.  Wichtig ist, dass wir unsere Arbeit beendet haben.  Und wir bekommen unseren Gehaltsscheck!" (Eh, tak kisahlah dia itu lemah ke apa. Yang penting, kita dah selesaikan kerja kita. Dan kita akan dapat bayaran kita!) sampuk si lelaki yang menjadi driver.

Mereka semua pun sama-samalah menyeru 'yaho!'. Suka bila semuanya sudah habis. Senang saja kerja mereka bertiga. Culik orang, bawa lari, dapat duit! Senang kan?

KRING.... Telefon yang berdering itu tidak langsung disambut.

"Machen Sie etwas Lärm auf diesem Telefon.  Ich hatte Masern, bevor ich nach draußen ging." (Bisinglah telefon ni. Aku campak jelah pergi luar) telefon milik Halwa itu terus dicampak si lelaki dari tingkap ke luar.

Sementara Vanessa di rumah.... "Ish, mana Halwa ni!" rungutnya.

"Kata tadi nak balik awal. Sekarang ni dah pukul berapa? Haih, menyusahkan betullah Halwa!" keluh Vanessa lagi. Dia mulai risau bila Halwa tidak menjawab panggilan.

'Mana kau, Halwa?' kini Vanessa bermonolog pula.

...bersambung 

SUGARHUSBAND ✅️Where stories live. Discover now