sugarhusband
- - -
VANESSA terus menampar pipi Davano sebaik saja lelaki itu melangkah masuk ke dalam mansion. Davano berkerut memandang Vanesaa. Apa salah dia sampai perempuan ini berani naik tangan padanya?
"Vanessa!" jerit Navis. Dia segera ke hadapan Davano, berbahaya sungguh dengan serangan Vanessa. Sampaikan Davano tidak tersedar akan itu.
"Akak!" jerit Vivian pula.
"What?!" Vanessa mulai emosi. Dia toleh semula kepada Davano. Ini yang dia naik marah. Wajah suami Halwa Afrina.
"What do you mean by what, miss Vanessa!" marah Navis. Dia tidak boleh lihat dua orang yang dia sayang dan hormati ditengking sebegitu. Apa yang ada di dalam fikiran Vanessa?
"I don't want to talk with you, Navis. So you better stay out from this matter!"
Navis tidak mempercayai dengan apa yang berlaku sekarang. Melampau sungguh perempuan yang ada di hadapan dia ini. Kalaupun marah, kenapa kena lepaskan dekat orang yang tidak bersalah?
"Sebabkan you lah Halwa hilang!" marah Vanessa. Akhirnya, terlepas jua apa yang Vanessa emosikan sejak dari tadi lagi.
"Hilang?" Davano terkejut mendengarkan perkataan itu. Mana mungkin isterinya hilang?
Vanessa membuat muka. Lelaki ini tidak percaya pula kalau isteri dia sudah hilang. Tak akanlah Vanessa suka-suka saja mahu kata Halwa hilang? Dia gila kalau cakap begitu!
"Kenapa? Terkejut? Eh, apa yang you buat ni Davano Ezander? You sibuk dengan kerja you tu sampaikan Halwa hilang pun you boleh tak sedar?" Vanessa gelengkan kepala. Ada pula suami yang begini zaman sekarang ha?
"Vanessa, what do you mean? How-"
"Hah, baru sekarang ke you nak tanya how? You patut tanya diri you tu! Macam mana you boleh cuai!" Vanessa naik angin. Dia tidak bolehlah kalau bab Halwa Afrina. Pasti dia akan naik emosi. Dia bukannya apa, dia cuma risaukan tentang Halwa!
Davano merasa terpukul. Dia tidak percaya macam-macam jadi dalam masa yang terdekat begini. Tidak mungkinlah semua ini berlaku dalam satu masa yang sama? Bermula daripada insiden di Latvia, kini Halwa pula hilang!
"Akak... cuba akak bertenang dulu. Macam mana akak nak berbincang kalau akak tak bagi ruang untuk Abang Davano tu bercakap." Vivian menenangkan Vanessa yang mulai panas. Mereka tidak boleh juga salahkan Davano atas apa yang terjadi, semua ini tidak terduga. Salah Vanessa sebenarnya kerana tidak menemani Halwa ke bandar.
Vanessa tolak kasar tangan Vivian. Dia tidak mahu bersabar. Kalau soal Halwa, mana mahu dia bersabar! Hilang itu bukannya benda yang biasa! Mereka kena ambil tindakan secepat mungkin!
"Sejak bila lagi?" mata Davano gelap kelihatannya. Dia bagai turut hilang. Segala ruh dalam dirinya turut hilang kerana mendengar khabar yang paling terburuk!
"Sejak bila you tanya? Sejak you sibuk dengan kerja lah. Tahu tak, ini semua sebab-" Vanessa terhenti. Wajah Petrillia masuk dalam otaknya. Dia syak Petrillia lah yang punca semua ini. Tentu dia dalangnya!
"Petrillia." Vanessa menyebut pula nama itu.
"You panggil Petrillia datang ke mansion ini, sekarang!" arah Vanessa. Macam tidak tentu arah sudah Vanessa kerana kehilangan Halwa. Kawan dia itu sedang berbadan dua, dia risaukan kandungan dan ibunya juga!
Navis terkejut ketika nama Petrillia dipetik. Bagaimana Vanessa kenal dengan perempuan itu? Adakah dia tertinggal dengan berita semasa?
•
•
•
Bukan sekali saja Vanessa dapat memberi cop tangannya pada pipi anak orang. Hari ini sudah dua orang yang kena. Davano dan Petrillia. Dan apa yang Vanessa katakan?
"You both deserve the slap!"
Petrillia menahan marahnya. Dia tak mahulah dia pula yang sama naik hantu dengan Vanessa. Baik saja dia diam dan bersabar. Tak guna pun nak lawan, pasti kemenangan beroleh pada Vanessa juga.
Turun naik saja nafas Vanessa. Dia tak boleh berdiam diri. Lihat Davano cukup buat dia marah, apatah lagi Petrillia, bertambah maraklah api kemarahannya. Dia fikirkan pasal Halwa!
"You should do something, Davano!" marah Vanessa. Dia tidak mahu kehilangan teman. Setelah Daily, dia tak mahu sesiapa pun pergi lagi!
"Navis, you go-"
Petrillia menahan. Dia memandang ke arah Vanessa. Perempuan di hadapan dia ini marah saja tahu, tapi bergerak nak buat sesuatu pun tidak. Dasar!
Tapi.
Bukan soal Vanessa yang mahu dia sibuk. Dia sibuk dengan isu yang terjadi sekarang. Soal Halwa Afrina. Dia tahu siapa yang berani untuk melakukan perbuatan keji sebegitu. Dan dia syak seseorang.
"I know who might done this. I know."
Vanessa berkerut dahi. Apa yang Petrillia merepekkan? Bukankah yang antagonis dalam cerita ini adalah dirinya? Kenapa nak menuduh orang lain pula!
"No more pretending, Petrillia. Enough with your lies!" marah Vanessa. Paling dia tidak suka dengan orang yang menipu walau kebenaran sudah dibongkar.
Petrillia menggulingkan mata. Susah mahu meyakinkan perempuan itu. Dia bercakap hal benar. Masakan dia akan ikut sama dengan Davano ke mansion ini jikalau dia adalah antagonisnya?
"You should trust me. Because I know exactly who done this. And if you still don't trust me, then it depends on you. You want your friend alive? Trust me."
Vanessa tidak ada pilihan lain. Dia kena percayakan Petrillia. Kalau ini saja jalan untuk selamatkan Halwa, maka dia sanggup. Jikalaupun galang ganti itu sebuah nyawa, maka dia dengan berani maju hadapan.
"Then tell us who," kata Vanessa.
Petrillia mengukirkan senyum. Akhirnya, Vanessa mempercayai dia. Ya! Itulah yang dia mahukan!
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARHUSBAND ✅️
Romance[ 16 | COMPLETE sequel for sugardaddy ] *unedited* ◼️ SUGARHUSBAND ◼️ Semuanya bermula daripada menjadi SUGARDADDY dan akhirnya menjadi SUGARHUSBAND. Kerana perasaan cinta, Davano Ezander datang untuk menjadikan Halwa Afrina sebagai isteri. Kerana...