sugarhusband
- - -
DAVANO tersenyum mengingat akan apa yang jadi antara dirinya dan isterinya semalam. Timbul rona merah pada pipi Davano. Tangannya naik menutup mulut yang semakin lebar mengoyak senyum.
'So hot...' monolog Davano masih tersengih.
TOK... TOK... Ketukan dari luar pintu menyebabkan Davano tersentak. Terus saja Davani berdehem. Tidak mahu orang tahu kalau dia sedang tersenyum mengingat sang kekasih hati.
Tali leher dibetulkan sebelum memberi arahan orang yang mengetuk pintu itu untuk masuk. Davano membuat mimik muka coolnya, memang itulah mimik yang sentiasa dia tayang di pejabat. Bukan mahu menarik perhatian tapi menjaga penampilan buat dirinya sendiri.
"I'm sorry for disturbing you, sir. But there is someone who wants to see you."
Terjongket kening sebelah kiri milik Davano Ezander. Siapa pula yang hendak berjumpa dengan dia pada awal pagi begini? Setahu dia, dia tidak ada appointment dengan mana-mana klien waktu pagi.
"Who is it?" soal Davano.
Si perempuan menggeleng. Dia juga tidak tahu siapakah gerangan wanita yang hendak bertemu dengan bosnya. Yang dia pasti, wanita itu sepertinya mengenali Davano Ezander.
"I don't know who she is. But I assume that she know you, sir."
Dahi Davano berkerut. She?
"That person is a girl?" soal Davano.
Dia makin hairan. Perempuan mana pula datang bertemu dengan dia? Inilah perkara yang paling dia tidak suka. Awal pagi lagi suda ada yang membuat mood dia naik barai.
"Tell her I'm busy. I don't have time to meet anyone today." tegas Davano memberitahu.
Jikalau yang mahu bertemu dengannya seorang perempuan, maka dia akan menolak. Bukan apa. Dia tahu sangat dengan para perempuan yang datang dengan alasan hendak bertemu. Padahal, mereka sengaja mahu mendekati Davano Ezander.
Walaupun usia Davano sudah mencecah 37 tahun, tapi wajahnya tetap menjadi pujaan ramai. Dengan kekayaan yang dia miliki, menambahkan lagi ke-attractive-an seorang Davano Ezander.
Mereka mahu mencoba nasib. Manalah tahu, datang sebagai seorang perempuan biasa, keluar sebagai perempuan istimewa buat CEO terkaya itu. Mana tahu kan?
Tapi.... mereka semua salah. Davano bukanlah lelaki yang senang dipikat atau terpikat. Dia keras hati. Hanya Halwa Afrina yang berjaya mencairkan hati Davano Ezander. Dan itu akan terus kekal sehingga nafas terakhir dihembus keluar.
"But sir-"
"You are my worker, remember?" kata-kata Davano itu membuatkan si perempuan terus menunduk.
Benarlah apa yang dikatakan Davano, dia hanya seorang pekerja. Dia kenalah ikut segala arahan yang diberi. Tanpa berlengah, perempuan tersebut terus saja keluar.
Davano menghembuskan nafas. Awal pagi begini sibuk sahaja orang datang menganggu. Elok-elok Davano sedang termenungkan si isteri tercinta. Satu keluhan lagi dilepas Davano.
YOU ARE READING
SUGARHUSBAND ✅️
Romance[ 16 | COMPLETE sequel for sugardaddy ] *unedited* ◼️ SUGARHUSBAND ◼️ Semuanya bermula daripada menjadi SUGARDADDY dan akhirnya menjadi SUGARHUSBAND. Kerana perasaan cinta, Davano Ezander datang untuk menjadikan Halwa Afrina sebagai isteri. Kerana...