sugarhusband
- - -
NAVIS memandang ke skrin komputer, dia sekarang terlebih-lebih sibuknya kerana perlu menyelesaikan banyak tugas. Biasalah, sebagai personal assistant, dia kena jadi sebagai contoh.
Pintu yang diketuk membuatkan pandangan Navis pada skrin serta merta dikalih kepada pintu. Dia pantas saja berhenti daripada menaip di papan kekunci.
"Get in!" suruh Navis.
Dia menyandarkan belakang tubuhnya ke kerusi. Seorang perempuan masuk ke dalam pejabat Navis, di tangannya membawa beberapa fail. Tentu kerjanya bertambah.
Navis sudah melepaskan nafas panjang bila lihat fail yang di bawa si perempuan itu. Teka dia, tentu penambahan kerja lagi. Fuh, duduk bawah aircond bekerja pun sama saja, penat.
"This file is-"
"I know. You may get out now," ucap Navis memotong percakapan perempuan tadi.
Sudah Navis agak, memang ada penambahan kerja. Memang agak sibuklah dia kali ini, bahkan sampai tak sempat hendak ke tandas. Untung saja tidak tercirit pula dia seharian duduk di kerusi.
"Tell the others to quickly send me the new report." Navis mendongak memandang wajah si perempuan.
Perempuan itu menunduk lalu dia pun beredar setelah meletakkan fail tadi ke meja. Navis melepaskan nafas panjang. Penat.
Penat sajalah yang ada di dalam otak Navis. Mana tidaknya, tangan dia seminggu ini asyik menyelak fail dan menekan papan kekunci komputer.
Telefon yang berdering membuatkan Navis terus tersentak. Dia cepat saja menyambut panggilan tersebut. Dibawa ganggang telefon ke telinga.
"Yes, hello? May I help you?" tanya Navis.
"Hi, Navis. How are you?" suara jelas milik Davano.
Navis terus menarik muka kaget. Bagaimana dia boleh tidak perasan jikalau tuan dia yang memanggil. Habis terketar pula tangan Navis.
"Sorry, sir. I thought you're a client."
"Hah, it's okay, Navis. By the way, today, I'm going back to Germany with Halwa. Make sure to tell the maid to prepare some desserts." suara Davano kedengaran garau bila memberitahu.
Navis ada agak bingung dan terkejut juga. Bukankah bos dia baru saja berbulan madu? Cepat sungguh bosnya itu mahu pulang. Pergilah berbulan madu lama sikit kan?
"Why are you going back so quick? Is there something happened there?" Navis menyoal, risau jikalau terjadi sesuatu.
Suara Davano tertawa di corong telefon. Navis sudah berkerut dahi, ada apa yang salahkah dia cakap tadi. Kenapa pula bos dia ini? Salah makan ubatkah?
"There's nothing happen here, Navis. It's just the time for us to go back. By the way, there is something special I want to show to my wife."
Mendengar perkataan special itu Navis mengulum sebuah senyum. Telah dia ketahui akan apa yang menjadi istimewa itu. Navis kemudian berdehem.
"I understand, boss. So, is there anything more you want me to do?"
"Umm, no for now. I'll call you later if there's something i need. But don't forget to tell the maid about what i said before." Davano sekali lagi menekankan tentang dessert yang telah dia katakan tadi.
"Yes, boss. Sure." Panggilan pun ditamatkan.
Navis tersenyum. Mood dia tiba-tiba saja baik ketika mendengar akan apa yang majikan dia mahu buat kejutan kepada si isteri. Dia turut merasa senang.
•
•
•
"Betul ke husband dah nak bawa saya balik ni?" Halwa memandang ke wajah Davano.
Davano turut mengangkat muka memandangi adindanya itu, sudah tentu dia mahu berangkat pulang. Lagipula, mereka sudah puas berjelajah di kota Melbourne ini. Banyak kenangan pun iya.
Lebih lagi waktu mereka pergi ke zoo. Mahunya tidak ketawa saja Davano bila lihat Halwa yang tak habis-habis dengan jeritan terujanya. Untunglah saja pekerja zoo sana tidak marah, sebaliknya mereka turut terhibur sama.
"Husband! Tengoklah koala tu, husband! Comelnya!" suara Halwa memekik sambil menunjuk ke arah seekor koala yang tidur di pokok.
"Do you want to hold the koala?" tanya si wanita di sebelah Halwa.
Mata Halwa sudah bersinar-sinar. Benarkah apa yang dikatakan wanita ini? Kalau sudah ada kebenaran, tentunya dia mahu.
"Can I?" soal Halwa.
Wanita itu angguk. Memang mereka terkadang membuka peluang untuk memegang binatang yang ada di zoo ini. Hanya kepada binatang yang tidak berbahaya, seperti koala contohnya.
"Now, let's go over there. I will take one of the koala so you can hold it."
Halwa mengikuti saja ke mana wanita itu membawanya. Davano mengawasinya daripada belakang. Mana mungkin kekanda meninggalkan adinda kekasih hatinya bukan?
"Argh, koala! Cute!!!" jerit Halwa bila menyentuh saja ke tangan koala itu.
Jika koala itu ada di rumahnya, tentu habis sudah Halwa memeluknya. Dahlah fluffy, comel pula itu, memang banyak yang sukakan koala. Kalau hendak dibanding antara koala dan kangaroo, tentunya kangaroo pilihan Halwa.
Dia minat sangat dengan kangaroo sampaikan kangaroo marah pun dia boleh kata comel. Biasalah, kalau dah minat kan. Semua buruk jadi baik.
Davano kemudian mengulum lagi sebuah senyum lebar. Kali ini, dia tak akan berbuat lagi kesalahan yang sama. Dia tak akan lalai lagi dalam menjaga Halwa.
Halwa Afrina, cukup nama gadis itu menjadi ratu dalam hati dia. Dia tidak mahu sesiapa menggantikan atau cuba digantikan dalam hati seorang Davano Ezander. Telah Davano tetapkan kedudukan Halwa dalam hatinya dengan kedudukan tertinggi sekali.
"Husband, nak makan tak? Saya masakkan, okey?" Halwa bangun dari duduknya.
Dia ini sudah lama tidak memasak. Asyik mereka makan di luar saja. Semuanya kerana paksaan daripada Davano. Dia tidak mahu susahkan Halwa, jadi dibawa pula makan di luar.
Pada Davano, tidak ada hal jikalau hendak keluar beratus ribu dari dalam dompet. Sebab itulah kalau bawa makan, tentu ke tempat yang mahal. Bukan untuk jaga standard, tetapi mahu memberikan yang terbaik buat ratu hatinya.
"Larat ke nak masak?" soal Davano.
"Eh, mestilah larat. Kalau masak untuk suami, semua pun boleh!" begitu tinggi Halwa memuji dirinya sendiri.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARHUSBAND ✅️
Romance[ 16 | COMPLETE sequel for sugardaddy ] *unedited* ◼️ SUGARHUSBAND ◼️ Semuanya bermula daripada menjadi SUGARDADDY dan akhirnya menjadi SUGARHUSBAND. Kerana perasaan cinta, Davano Ezander datang untuk menjadikan Halwa Afrina sebagai isteri. Kerana...