sugarhusband
- - -
KRING... Deringan telefon milik Navis mengejutkan dirinya daripada mengelamun. Pantas saja tangan dia mencapai telefon yang berada tidak jauh dari atas meja. Dilihat akan nombor yang tertera pada skrin.
Berkerut bila Navis melihat nombor tersebut. Tanpa banyak bersoal, dia pun menyambut panggilan tersebut. Telefon terus dibawa ke telinga kiri. Panggilan pun tersambung.
"Yes, hello?"
Worker: Sorry for disturbing you, sir. But there is a problem here.
"What do you mean problem? What problem?" suara Navis naik seoktaf.
Worker: There was an intrusion in the company's system. All the money also disappeared. And we can't stop that, sir.
Navis mengetap gigi. Sungguh biadab siapa yang melakukan hal keji sebegitu. Tidak pernah-pernah lagi insiden seperti ini terjadi. Pasti ada pembelot!
"I will call you later. Make sure to keep an eye to everyone. Understand?" Navis memberi arahan.
Worker: Yes, sir.
Panggilan pun segera ditamatkan. Navis harus memberitahu soal itu kepada Davano. Sedikit takut untuk Navis membuat panggilan. Tentu Davano akan marah besar nantinya.
Yalah. Selama bertahun lama syarikat dibangun. Tak pernah lagi adanya kejadian seperti begini. Hilang duit itu tak adalah buat Davano marah bagai nak rak. Tapi pengkhianat dalam syarikat, itu yang membuatnya naik angin pastinya!
Navis pun mendail nombor Davano. Awal pagi begini tentulah marah lelaki itu kerana paginya diganggu. Teka Navis, bosnya itu pasti sedang bersarapan. Tidak mungkin dia gerak ke kerja sebegini awal.
Panggilan pun cepat saja tersambung. Navis berdehem. Dari corong telefon sudah kedengaran akan suara helaan keluh dari Davano. Dah agak akan jadi begini.
"Sir, sorry for bothering you this morning."
Davano: Yes, Navis? What is it? Just tell me, quick.
"Unternehmen in Lettland haben systemische Einbrüche erlebt. Das Geld der Firma ist weg. Und die schmachtende Gesellschaft ist dort gefallen." (Syarikat di Latvia ada berlaku pencerobohan sistem. Duit syarikat habis lenyap. Dan syarikat merundum jatuh di sana).
Davano melepas keluhan. Dia memang tidak menyangka hal begini akan jadi. Tapi dia juga sudah bersiap sedia untuk menghadapi hal sebegini.
Davano: Bereiten Sie unsere Leute vor. Bring Vanessa und Vivian zurück nach Deutschland. Wir werden weiterhin nach Lettland abreisen. (Siapkan orang-orang kita. Bawa Vanessa dan Vivian balik Jerman. Kita akan terus berangkat ke Latvia)
Mendengar arahan daripada Davano, Navis angguk tanda faham. Jika sudah Davano arah begitu. Maka, kenalah dia bertindak secepat yang mungkin. Setelah itu, panggilan pun dimatikan.
Navis pantas mendapatkan Vanessa dan Vivian. Mereka yanh sedang bersarapan agak terkejut bila mendengar khabar Navis akan membawa mereka pulang.
"Awal sangat nak balik. Apasal tergesa-gesa ni, Navis?" soal Vanessa.
Tentulah dia merasa pelik. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba datang nak bawa mereka balik. Vanessa memang akan bising. Manalah puas dia hendak berjalan-jalan.
"I'm sorry but this is emergency."
•
•
•
Halwa memandang wajah Davano. Dia kasihankan suaminya itu. Kusut sungguh fikirkan soal syarikat yang ada di Latvia sana. Ya. Halwa tahu. Dia yang memaksa Davano untuk memberitahu.
"Husband, pergilah bersiap. Tak apa. Tiga bulan tu bukannya lama mana pun. Nanti saya akan call husband." Halwa cuba memujuk.
Davano menoleh kearah Halwa. Dia berat hati untuk meninggalkan Halwa sendiri. Terlebih pula untuk tiga bulan. Manalah sanggup seorang suami buat tinggalkan si isteri begitu lama. Tidak sanggup!
Davano memegang tangan Halwa. Dia mahu membawa Halwa bersama dengannya namun dia takut kalau-kalau keselamatan Halwa tidak terjaga di sana. Halwa sekarang sudah berada di dunia Davano, lebih berbahaya daripada sebelum ini.
"I'm sorry for leaving you, wife. I'm not a good husband. I even leave you-" kata-kata Davano terhenti kerana Halwa menutup mulut Davano.
"Husband jangan cakap macamtu. Tak elok tau. Saya tak kisah pun kalau husband nak pergi ke Latvia. Lagipun, syarikat husband kan penting. It's okay, husband. I'm gonna be alright here." Halwa memegang ke pipi Davano.
Davano menunduk. Sangat dia kecewa dengan dirinya. Dia tidak mampu untuk sentiasa dekat dengan isterinya sendiri. Kecewa kerana tidak bisa untuk memegang tangan si isteri sentiasa.
"Husband... Janganlah husband sedih macamni. Kalau sedih, nanti saya tak bagi pula husband pergi." Halwa mengukir senyum.
Halwa mengangkat wajah Davano. Kalau nak cakap pasal sedih. Halwa memang rasa sedih. Dia ini manja dengan suami. Mana mungkin dia mahu lepaskan suami dia pergi. Tapi kerana dia faham soal kerja Davano.
Lagipun, semua kekayaan yang Davano miliki tak akan dapat dirasai jika Davano tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku atas syarikat. Halwa sebagai isteri, dia sangatlah memahami dengan kerjaya Davano Ezander.
"I promise you, wife. I will be back sooner than what I've planned. Okay?" diusap akan kepala Halwa.
Halwa mengangguk. Dia terus saja mendakap tubuh Davano. Tidak mengapalah. Hanya tiga bulan saja. Bukannya lama mana pun. Pejam celik, dah sampai tiga bulan.
Walaupun begitu, tidaklah bermakna rindu itu tiada. Tentulah rindu. Ke mana lagi manja dan sayang mahu ditumpah jikalau bukan kepada suami? Ke mana pula cinta hendak diberi jikalau bukan pada isteri?
...bersambung
![](https://img.wattpad.com/cover/288910226-288-k145618.jpg)
YOU ARE READING
SUGARHUSBAND ✅️
Romance[ 16 | COMPLETE sequel for sugardaddy ] *unedited* ◼️ SUGARHUSBAND ◼️ Semuanya bermula daripada menjadi SUGARDADDY dan akhirnya menjadi SUGARHUSBAND. Kerana perasaan cinta, Davano Ezander datang untuk menjadikan Halwa Afrina sebagai isteri. Kerana...