21

2.9K 136 4
                                    

sugarhusband

- - -

NAVIS berjalan masuk ke dalam mansion baru milik Davano Ezander. Kali ini dua kali ganda besarnya daripada yang sebelumnya. Navis kemudian melangkah terus ke dapur.

"Alle aufgepasst, ich mochte, dass ihr alle das leckerste dessert zubereitet. Bald wird der groβe lord mit seiner frau zuruckkehren. Stellen sie sicher, dass sie alles schnell vorbereiten." (Perhatian semua, saya nak kamu semua persiapkan dessert yang paling sedap. Sebentar lagi tuan besar akan pulang bersama isterinya. Pastikan kamu siapkan semuanya dengan cepat) arah Navis.

Para maid yang ada di situ mengangguk tanda faham. Mereka masing-masingnya mulai melakukan kerja. Ditambah lagi, ada kejutan yang mahu dibuat oleh Davano kepada Halwa. Sedia dimaklum kepada Navis tentang hal itu.

Telefon milik Navis berdering.

Pantas saja tangannya menekan butang terima pada panggilan itu. Dilekapkan telefon ke telinga kirinya. Air mukanya terus berubah tatkala mendengar suara seorang gadis.

"Err... Ni abang Navis ke?" soalan yang diaju itu membuatkan jantung Navis terasa sentak seketikanya.

Suara itu adalah milik suara Vivian.

"Hello?"

Navis tersedar dari lamunan. Pantas dia menggeleng. Apa yang dia fikirkan pula sekarang ini? Sudahlah, dia harus fokus. Bukannya malah tersasar fikiran ke langit ketujuh.

"Yes, it's Navis talking here. What can i help you?" Entah mengapa, suara Navis sengaja dikecil dan dilembutkan. Adakah ini pertanda sesuatu yang ganjil?

"Ah... Okay. Baguslah. Bang Navis, sebenarnya kitorang nak minta tolong sikit."

"Boleh tahu tak dekat mana tempat nak cari kedai halal? Yalah, nak menanya dekat bodyguard yang ada ni pun bukannya reti. Buat seram pula."

"Boleh tunjuk tak?"

Navis bagaikan hilang dalam awangan. Rohnya sedang terbang melintasi tiap taman bunga yang sedang mekar bunganya tika itu. Entah kenapa Navis jadi begitu tiba-tiba sahaja. Bagaikan orang yang tidak tentu arah jadinya.

Vivian mengerutkan dahi.

Tertanya-tanya dia ke mana sudah Navis menghilang. Padahal dia bukannya tanya benda yang salah. Dia cuma mahu tahu di mana ada restoran halal di Amerika ini. Mahu tidak pecah otak dia dan kakaknya itu jika guna Waze atau GPS? Fuh! Makin sesat jawabnya.

"Apa yang lambat sangat tu Vian oi?" suara Vanessa dengan nada amarahnya.

"Alah, sorrylah. Nak tunggu Abang Navis balas."

Vanessa menggulingkan anak mata. Stres benar dia. Apalah sangat yang hendak dia tunggu dengan mamat bodyguard itu? Vanessa cepat merampas kasar telefon pintar Vivian dari genggaman Vivian.

"Eh, akak!" Vivian hendak ambil balik telefonnya namun Vanessa itu lebih cekap.

"Oi! Tunjuk jalan cepat!" jerit Vanessa.

SUGARHUSBAND ✅️Where stories live. Discover now