42

3.2K 108 12
                                    

sugarhusband

- - -

TUBUH Halwa digantung ke atas. Bau darah mulai menusuk ke rongga hidung namun Halwa Afrina tidak sadarkan diri. Tubuhnya mulai melemah kerana kehilangan banyak darah. Sekarang, antara hidup dan mati dia tidak tahu.

Tapi benar.... Jikalau dia ditakdirkan untuk mati sekarang, maka dia bakal reda. Dia tak ada apa lagi yang hendak dibuat. Dia telah gagal untuk melindungi anaknya sendiri. Harus dia katakan apa lagi? Mana mampu Halwa pandang wajah suaminya selepas ini. Tidak semudah itu!

"Пришло время умыться!  Принимать душ!" (Sekarang dah tiba masanya untuk pembasuhan! Selamat mandi!) ucap Ferella. Riang sungguh mimik muka Ferella.

Adakah ini pengakhiran? Adakah ini apa yang benar tertulis? Adakah ini cara Halwa Afrina menamatkan riwayatnya?

Selamat tinggal

...

...

...

BANG!

Tembakan yang tepat mengenai ke dada Ferella. Ferella memandang ke hadapan. Dia lihat jelas wajah Petrillia yang sedang mengacukan muncung pistol ke arahnya. Ferella senyum.

BANG!

BANG!

BANG!

BANG!

Empat kali tembakan dilepaskan Petrillia. Bunuh kakak sendiri? Dia perdulikan apa soal itu. Kakak atau tidak, dia layak mati!

Satu senyum terukir di bibir Ferella sebelum tubuhnya jatuh ke dalam air panas yang ada di bawah. Menggelegaklah tubuh Ferella yang lemas di dalam air panas itu. Inilah apa yang orang kata, masuk ke dalam perangkap sendiri.

Namun masalah besar buat mereka.

Tubuh Halwa yang tergantung turut terjatuh kerana besi telah dilepas Ferella.

Tapi....

Bukan semudah kartun Dora The Explorer untuk heroin mati. Tidak!

Hero akan datang tepat pada masanya.

Davano Ezander, dia dengan pantas menarik semula rantai yang mengikat tubuh Halwa. Dia tak akan biarkan isteri tercintanya turut terkorban dengan psiko itu!

Butang yang ada di dekat Davano itu ditekan. Dengan itu, air panas yang berada di bawah pun tertutup dengan satu pintu automatik. Tanpa berlengah, Davano menurunkan Halwa yang tergantung.

Vanessa cepat-cepat mendekati Halwa. Tubuh lemah Halwa dia pegang erat. Dapat dirasakan suhu badan Halwa tika itu sangat sejuk. Bibir dan wajah Halwa pucat!

Davano pun segera mendekati tubuh isterinya. Dia mahu mendakap tubuh Halwa namun pegangan Vanessa seolah tak mahu memberikan Davano buat memegang tubuh si isteri.

"Let's bring Miss Halwa to hospital now!" ucap Navis.

Mendengarkan itu, mereka semua mengangguk. Mereka tak ada masa untuk bersandiwara di situ. Keadaan Halwa yang teruk sebegitu harus mereka risaukan!

"Let me take her."

Vanessa menatap Davano tajam.

"You don't have to. Just let me carry her by myself!" dia tidak mahu kalau Davano menyentuh Halwa.

Davano terpukul dengan sikap Vanessa. Tak bolehkah mereka selesaikan nanti saja urusan antara mereka? Dia tahu dia salah. Tapi sekarang ini, nyawa Halwa penting!

"Just stop it!" suara Navis naik seoktaf. Kalau mereka bergaduh, sempat lagi Halwa menghembus nafas terakhir dia.

"Biarkan saja tuan yang angkat Cik Halwa." Navis mahu hentikan perbalahan antara kedua orang ini. Dia tak mahu keadaan semakin keruh. Dengan situasi mereka sekarang, masih saja berfikir untuk gaduh!

Vanessa menjeling. Dia sebenarnya tidak mahu kalau Davano yang mengangkat tubuh halwa. Dia masih marahkan Davano atas apa yang lelaki itu buat. Dia sepatutnya tidak membiarkan Halwa sendirian.

"Mari kita pergi sekarang!" gesa Navis. Kalau mereka lambat, nyawa Halwa akan melayang!

Tanpa banyak lagi mulut, Davano terus mencempung badan Halwa. Kaki mulai mengorak langkah menuju ke pintu. Navis sudah berjalan dahulu ke hadapan kerana mahu membantu untuk membukakan pintu buat laluan Davano.

Vanessa mendengus kasar. Dia bukan tak suka pada Davano. Dia hanya tak puas hati kerana lelaki itu sering saja membuatkan dia marah. Terlebih dengan isu Halwa sekarang.

Vanessa beralih pandangan pada Petrillia. Perempuan itu tampak sedang berdiri kaku memandang ke bawah. Mungkin terkejut dengan apa yang barusan terjadi.

"Oi, come on!" panggil Vanessa. Tidaklah dia jahat sangat mahu meninggalkan Petrillia. Perempuan ini sudah banyak membantu mereka mencari Halwa.

Petrillia mengusap air mata yang kian jatuh. Dia mengangguk lalu bertoleh menghadap Vanessa. Tatapan matanya kosong.

"Oi, cepatlah!" marah Vanessa. Dia segera mengatur langkahnya laju mengejar Navis dan Davano.

Petrillia juga sama. Dia turut beredar namun kepalanya terteleng kembali ke belakang. Dia merasa gembira tetapi dalam masa yang sama turut merasa bersalah. Yang dia baru saja bunuh itu adalah kakak dia.

"Прости," (Maaf) ucap Petrillia sepatah sebelum dia keluar.

...bersambung 

SUGARHUSBAND ✅️Where stories live. Discover now