29

2.4K 119 1
                                    

sugarhusband

- - -

VIVIAN termenung memerhati kolam renang yang ada di tingkat bawah sana. Dia menungkan tentang Daily, nama perempuan yang disebut-sebut oleh kakaknya. Daily.

---

"Ish, that shit! Patutnya I ketuk kepala dia kuat sikit biar padan muka dia!" suara Vanessa kuat merungut soal insiden tempoh harinya.

Vivian menghembuskan nafas panjang. Apa-apa saja yang kakak dia itu bisingkan. Aduhai. Vivian berjalan mendekati si kakak yang sedang membelek-belek akan gaunnya yang habis kotor.

"Kenapa ni, kak?"

"Look at this, Vian! Dress I dah habis koyak and kotor! Semua sebab perempuan yang tak guna tu. Memang patut I tarik je rambut dia sampai dia botak!" masih juga merungut.

Vivian menggelengkan kepala. Entahlah apa yang kakak dia sayang sangat dengan gaun itu. Aduh. Vivian tidak faham dengan si Vanessa.

"Akak... Kan boleh beli baru? Kenapa tak beli je yang baru? Berlambak gaun dekat kedai tu kak."

Vanessa pandang wajah Vivian. Budak ini. Manalah dia tahu soal begini. Cerita di balik gaun itu pun dia tidak tahu.

"Tahu tak, Vian. This dress adalah dress kesayangan akak. No way akak nak ganti macamtu je. And one more thing, Daily yang bagi dress ni tau. Ingat senang ke nak gantikan barang pemberian orang?"

---

Vivian kembali ke realiti. Dia sedikit terkejut bila mengetahui soal Daily. Barulah dia faham mengapa sayang benar Vanessa terhadap gaun tersebut. Mana mungkin pemberian diganti dengan yang baharu.

Memang ada beribu banyaknya gaun sebegitu namun tidak sama. Gaun yang ada pada Vanessa adalah gaun yang dihadiahkan oleh Daily sebelum pemergiannya. Dan itu menjadikan Vanessa lebih sukar untuk membuang gaun tersebut.

Vivian tersenyum. Betapa indahnya pertemanan antara mereka bertiga. Daily, Halwa dan Vanessa. Walaupun hanya berkenalan sekejap tapi sudah rapat bagaikan bertahun lama. Sungguh. Itulah pertemanan yang dicemburui.

"What are you doing here late night?" kedatangan Navis dari belakang menegur Vivian.

Terteleng kepala Vivian ke belakang. Dia terus mengoyak senyum ketika anak matanya bertemu dengan anak mata Navis. Navis mengambil tempat di sebelah Vivian.

"Abang Navis tak tidur lagi?"

Navis angguk. Manalah dia nak tidur awal. Dia bukan jenis yang tidur awal. Dengan banyak kerja, mana mungkinlah dapat melelap mata. Tapi tidak kisahlah. Navis memang sudah biasa dengan begitu.

"Oh. Abang Navis tahu tak pasal Kak Daily?"

Tersentak. Navis terus kalihkan pandangan ke hadapan. Siapa sahaja tidak kenal dengan Ezaty Daily? Gadis itu merupakan adik kepada Davano Ezander. Mustahil, seorang PA kepada Davano tidak mengetahui soal Daily. Jikalaupun iya, maka itu adalah hal yang paling terburuk.

"Dia baik orangnya."

Tidak dinafikan bahawa Daily baik. Dia murah hati. Tidak juga pernah berkira dengan orang sekelilingnya. Katanya, dia lebih suka dengan kehidupan untuk berbagi-bagi berbanding sendirian.

Sayangnya, Daily pergi terlalu cepat. Banyak hal yang tak dia lihat. Hanya mampu disampaikan doa buatnya. Dan itulah apa yang senantiasa dibuat oleh para keluarga Daily. Mendoakan kesejahteraan buat Ezaty Daily.

"Kalau Vian tanya abang, abang marah tak?"

Navis angguk, "Tanya apa?"

Vivian mengukir senyum kecil. Banyak hal yang dia tertanya soal Navis. Melihat jejaka ini sentiasa mengerjakan tugas sebagai PA dan sebagai bodyguard membuah sebuah persoalan dalam benak.

"Abang Navis ni tak ada kerja lain ke? Isteri? Keluarga?"

Navis terdiam tatkala mendengar soalan tersebut meluncur keluar. Bukan kerana apa. Dia sedang menyusun ayat buat menjawab pertanyaan kbat milik Vivian. Jujur. Pintar gadis kecil itu bertanyakan soal tersebut.

Selama ini, jarang sekali ada orang yang hendak bertanyakan soal dirinya. Malahan, mereka siap mencaci Navis lagi. Seolah Navis itu kuli sahaja. Padahal, Navis berderajat tinggi.

"Soal keluarga...." Navis terdiam sejenak.

"Saya dah tak ada keluarga. Saya kerja dengan keluarga Davano cukup lama. Soal isteri tu pula...." sengih kecil ditayang.

"Lambat lagi nak fikirkan soal isteri."

"Tapi kenapa? Abang Navis hensem apa? Lagipun abang Navis ni dah sesuai untuk ada seseorang dekat sisi. Kan?" Vivian menjongket kening ke atas.

Benarlah apa kata Vivian. Dia hanya sebatas mahu tahu saja dengan profil Navis. Lelaki itu selalu mengikuti mereka menjadi pembantu peribadi hinggakan tak ada masa langsung buat dirinya sendiri.

Navis tidak tahu hendak menjawab apa kalau soal isteri. Memang benar dia tidak ada isteri. Tapi dalam hati, sudah ada perempuan yanh bertahta di hati seorang Navis.

KRING.... Telefon milik Navis yang berdering mengejut itu cukup membuatkan sembang Navis dan Vivian dipintas. Navis terpaksa juga menyambut panggilan telefon tersebut.

Wajah serius terus tertayang sebaik sahaja panggilan tersambung. Kening Navis bercantum kerana kaget dengan berita yang sampai ke telinganya sekarang. Dia tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

"Are you sure?" soal Navis.

Navis angguk ketika mendengar jawaban dari si pemanggil. Memang hal yang sangatlah penting ketika mimik muka Navis kian berubah. Dari tadi, Vivian hanya memerhati sahaja. Dia pula yang tertanya tentang apa.

Tidak lama setelah itu, Navis meletakkan panggilan. Keluhan panjang dihembus keluar. Dia ada tugas penting yang harus dia laksanakan dengan segera. Dia kembali memandang kepada Vivian.

"Kenapa tu, abang Navis?"

"Tiada apa. Ada kerja yang saya harus buat. Jangan tidur lewat sangat. Jaga diri," pesan Navis.

Langkah diorak menuju pintu hadapan. Tergesa-gesa sekali Navis keluar. Vivian hanya pandang sahaja. Lelaki itu kalau soal kerja laju sahaja dia mahu pergi. Tapi Vivian tidaklah berkata apa. Eloklah. Itu pertanda Navis seorang yang bertanggungjawab.

Vivian tersenyum. Dia suka meluang masa dengan Navis. Lelaki itu matang dan senang diajak bicara. Dia tahu banyak. Nak dibanding dengan Vivian yang baru umur setahun jagung, memang susah nak dikata.

...bersambung

SUGARHUSBAND ✅️Where stories live. Discover now