sugarhusband
- - -
HALWA meregangkan tubuhnya sedikit, badannya masih statik pada kedudukan dia di atas katil itu. Dia termenung memandang akan siling bilik dia sendiri. Dia sepertinya ada sesuatu yang dia terlupakan, tetapi dia tak tahu apa benda itu.
Novel.
Halwa terus terbangun dari baring. Dia berpusing badan dan matanya membulat besar seraya mengangga bila lihat buku novel terbarunya itu sudah habis remuk kerana di tindihnya semalaman. Muncung bibir Halwa bila melihat novelnya begitu.
"Halwa, you dah bangun? Cepat bangun, Halwa. We need to go to cafe today," suara Vanessa memanggil sambil tangan di ketuk-ketuk ke pintu bilik Halwa.
Halwa menoleh pada pintu bilik. Bibir dia makin melengkung turun ke bawah. Air mata mulai mengalir dari tubir matanya itu. Diambil perlahan novel yang sudah habis rosak, lalu dia peluk erat ke dada.
"Vanessa...." panggil Halwa panjang. Air mata tak henti-henti turun membasahi pipinya.
Mendengar akan suara Halwa yang memanggil, pantas saja tangan Vanessa memulas tombol sontak daun pintu di tolaknya. Mata dia terus saja terarah pada figura kawan dia yang sedang duduk meratapi keremukkan novelnya.
"Vans, novel aku dah rosak. Macam mana ni? Aku tak habis baca lagi!" Halwa menangis lagi.
Vanessa menghembus nafas panjang. Apalah budak ini. Bukannya penting sangat pun novel itu. Kalau rosak, belilah yang baharu. Kata banyak duit kan?
"Beli je yang baru. Berlambak lagi dekat kedai kan? Apa lah yang nak di nangiskan sangat." Vanessa menarik selimut yang menutup kaki Halwa.
"Kau cakap senanglah. Memanglah aku boleh beli lagi yang baru. Tapi masalahnya, sekarang ni buku ni dah habis di jual. Dah tak ada dalam pasaran!" kata Halwa. Dia memeluk erat lagi novel itu.
Vanessa bercekak pinggang. Itu saja pun dia nak menangis. Apalah sangat novel itu. Nanti tinggal tunggu saja keluaran terbarunya, barulah pajak sampai habis satu kedai.
"Sudahlah. Now, you have to get up. Hari ini kita kena beri pengumuman pada pekerja-pekerja kita pasal perkahwinan you tu hah." Vanessa melipatkan selimut milik Halwa itu.
"Tak boleh ke bagi kad je? Malaslah nak jalan harini. Takde mood. Dengan novel aku ni yang rosak. Hmm," makin muncung bibir Halwa.
"Tak boleh, Halwa. Cepatlah pergi bersiap sana. Nanti kita tengoklah kut-kut ada lagi stok untuk novel tu hah." Vanessa mahu memujuk Halwa. Mereka kenalah pergi bagitahu secara berdepan dengan para pekerja mereka di kafe, tidaklah mereka semua tertanya-tanya. Nampaklah prihatin kan?
"Tak nak...." lirih Halwa. Dia malas sudah mahu berjalan dengan novel dia yang habis sobek itu. Rosak mood dia pagi ini kerana novel itu saja.
"Kalau you tak nak, I akan tarik balik restu I. Biar you tak dapat kahwin dengan your future husband." Vanessa mengugut. Memang kena begini dulu baru Halwa dengar cakap. Maklumlah, Davano kan lagi penting daripada novel dia.
"Ish, suka kau ugut aku macamtu." cebik Halwa. Selalu sangat Vanessa guna nama Davano untuk ugut dia. Tunggulah dia kahwin dengan lelaki itu, tak ada lagi Vanessa nak mengugut.
Vanessa tersengih kecil. Dia tahu mesti Halwa akan termakan juga dengan ugutan dia. Vanessa menarik lengan Halwa.
"You better quick, Halwa. Kalau tak..." Vanessa angguk-angguk. Tahulah apa yang akan dia cakap dengan Davano.
Halwa mencebik. Buku novelnya tadi dia campak atas tilam. Kaki di hentak tak berpuas hati pada Vanessa. Da terus saja pergi ke dalam kamar mandi untuk membersihkan diri.
Vanessa terkekek kecil. Macam inilah gaya Halwa. Selagi tidak di paksa, mana mahu dia gerak. Bagus juga ada Davano kembali, senang sikit dia nak ugut. Vanessa selesai mengemas katil Halwa, dia pun keluar.
Usai bersiap, Halwa pun turun ke bawah. Mereka bercadang mahu bersarapan sahaja di kafe. Vivian pula tidak mereka bawa bersama kerana hari ini dia ada chemotherapy, sebab takut menganggu jadual rawatan Vivian, hanya Halwa dan Vanessa saja ke kafe.
Sesampainya di kafe, Halwa dan Vanessa pun turun dari perut kereta.
Golden Cafe.
Mereka menapak masuk ke dalam kafe. Awal begini sudah kelihatan para pekerja sibuk dengan tugas mereka masing-masing, kerana sebentar lagi kafe akan di buka. Pelanggan yang datang serbu kafe ini bukannya sepuluh ke dua puluh, bahkan sampai tak menang tangan staf untuk melayan pelanggan seharian.
"Eh, selamat pagi, bos." ucap seorang staf perempuan bila dia lihat Halwa dan Vanessa yang masuk ke kafe.
"Hah, goodmorning. Boleh tak suruh staf lain berkumpul dulu dekat kaunter? I have something to tell you guys," kata Vanessa.
Perempuan itu angguk kemudian di panggillah staf yang lain. Mereka berkumpul di hadapan kaunter. Masing-masingnya memandang pada Vanessa.
"Okay, girls and boys, I nak umumkan yang our boss here, Halwa Afrina. Soon, she'll get marry!" ucap Vanessa dengan suara yang kuat.
Para pekerja terkejut mendengarnya. Mereka saling tersenyum lalu bercakap sesama mereka. Kemudian seorang perempuan mengangkat tangan.
"Dengan siapa miss Halwa nak kahwin?" tanyanya.
Vanessa tersenyum lebar. Soalan ini memang di nanti-nantikan dia sejak tadi lagi. Usah di cakaplah tentang future husbandnya, memang orangnya tampan dan kaya, itu semestinya.
"He's the most handsome man and the most richest person! And guess what? He is the one who buy this cafe for Halwa!" Vanessa tampak teruja benar menceritakan tentang Davano.
Hati-hati, bakal suami Halwa itu.
Reaksi gembira juga di paparkan pada tiap wajah pekerja semua. Mereka spontan bertepuk tangan. Masing-masing pun teruja hendak melihat siapakah gerangan si jejaka yang tlah mengambil hati Halwa.
Halwa perlahan-lahan tersengih. Tentu mereka semua tidak sabar mahu lihat wajah Davano yang begitu sempurna dari mana saja sudut. Usah di katakan tentang wajah, dari segi kewangan saja tak pernah kurang. Sentiasa bertambah pula itu.
"Nanti korang tengoklah macam mana. Tapi saya bagi amaran eh, jangan jatuh cinta pula." kata Halwa, dia menyilang tangan ke dada. Rasa bangga sampai ke langit.
bersambung...
YOU ARE READING
SUGARHUSBAND ✅️
Romance[ 16 | COMPLETE sequel for sugardaddy ] *unedited* ◼️ SUGARHUSBAND ◼️ Semuanya bermula daripada menjadi SUGARDADDY dan akhirnya menjadi SUGARHUSBAND. Kerana perasaan cinta, Davano Ezander datang untuk menjadikan Halwa Afrina sebagai isteri. Kerana...