43

3.1K 114 0
                                    

sugarhusband

- - -

HOSPITAL, Jerman.

   "Der Zustand von Frau Halwa ist sehr kritisch.  Er hat viel Blut verloren.  Wir haben festgestellt, dass Frau Halwa eine Fehlgeburt hatte.  Wir hoffen, Herr Ezander kann sich gedulden." (Keadaan Puan Halwa sangat kritikal. Dia kehilangan banyak darah. Kami mengesan bahawa Puan Halwa keguguran. Kami harap Tuan Ezander boleh bersabar)

Davano terduduk lemah di atas kerusi. Dia terlambat. Dia selalu terlambat! Dia meramas kasar rambutnya. Dia rasa dirinya tidak berguna.

Benar. Dia tidak berguna!

Tidak berguna!

Berulang kali 'tidak berguna' itu diucap Davano.

Navis menghembus nafas. Melihat keadaan Davano yang sebegitu, Navis turut sedih. Sudah lama dia berkhidmat, mana mungkin dia tak memahami bosnya itu? Tidak kira dalam apa jua keadaan.

Vanessa sudah menangis teresak di kerusi hujung. Dia pandang pada Davano pun tidak. Dia masih saja menyalahkan Davano atas apa yang terjadi.

Petrillia?

Petrillia pula tampak sangat kosong. Tatapannya adalah jawapan buat segalanya. Navis boleh tahu kenapa Petrillia begitu.

Ferella!

Tentulah sebab kakaknya.

Bukan itu yang sebenarnya mahu Petrillia lakukan terhadap si kakak. Namun apakan daya tatkala marah kuasai diri? Hanya melepakan dapat meredakan.

   Davano memerhati lama Halwa yang berada di dalam bilik. Sedikit pun Davano tidak mampu untuk berganjak dari memandang si isteri. Dia tak habis menyalahkan dirinya atas apa yang jadi.

"This is not your fault, sir."

Davano sengih.

"Is it really not my fault?" Davano bersoal.

"If it's not my fault, then my wife wouldn't have to suffer. She wouldn't be in this state. She wouldn't be in the hospital." sambung Davano lagi.

Air mata tak dapat dibendung lagi. Davano biarkan saja air mata mengalir.

"Sir, you need to stop blaming yourself."

"No." Davano geleng.

"It's always my fault. And it's me who should be blamed on. It's me. It's me." Davano menunduk. Air mata menitik ke atas lantai hospital.

Navis hembuskan nafas.

Dia merasa sesak di dada melihat Davano seperti itu. Dia kasihankan Davano. Dia kasihankan lelaki itu!

Selama ini, Davano Ezander seorang lelaki yang dingin. Dikenali dengan sifat-sifat kelelakian yang sentiasa menjadi incaran para wanita.

Tapi kini, tidak lagi.

Menangis.

Bukan bermakna dia lelaki yang lemah. Tapi menunjukkan dia lelaki yang berperasaan. Dia rasa sakit ketika lihat si isteri yang terlantar di atas katil hospital.

Siapa kata lelaki tidak menangis?

Tak ada siapa kata pun.

Hanya pemikiran datang mengusik.

Konon katanya, lelaki tak menangis. Lelaki tak boleh menangis. Jatub standard seorang lelaki! Tapi tidak bermakna jatuh maruah!

Lelaki juga manusia biasa. Hanya saja, Tuhan menciptakan lelaki menjadi bukan menunjuk perasaan. Berbanding wanita, mereka penunjuk perasaan. Mereka mudah keluarkan air mata.

Samalah seperti Davano Ezander.

Dia lemah dalam hal ini. Dia lemah tatkala orang yang dia sayang, orang yang dia cinta disakiti dan dia tidak ada di situ untuk menyelamat.

Tidak berguna.

Tak habis-habis dari kemarin diucapnya perkataan itu. Davano mengaku salah. Davano mengaku dia tidak berguna. Dia lelaki yang gagal. Dia bodoh. Dia tak berguna!

"Es tut mir leid, was passiert ist." (Aku minta maaf atas apa yang jadi) Petrillia datang mengejutkan Davano dan Navis.

Sedang asyik dibuai dalam perasaan. Petrillia datang membuatkan semuanya rosak.

"Ich weiß, dass ihr mich alle anpisst.  Deshalb bin ich hierher gekommen, um mich zu entschuldigen.  Vielleicht ist dies meine letzte Entschuldigung.  Verzeihung." (Aku tahu kamu semua marahkan aku. Sebab itu aku datang sini untuk minta maaf. Mungkin ini adalah maaf aku yang kali terakhir. Maaf)

"Es ist in Ordnung, Petrillia.  Du kannst jetzt gehen," (Tak apa, Petrillia. Kau boleh pergi sekarang) ucap Navis.

Petrillia mengalihkan pandangan kepada Davano. Lelaki itu tidak sikit pun memandang balik padanya. Dia terlalu kecewa!

Petrillia senyum segaris. Nampaknya, sudah selesailah segalanya. Dia tak ada lagi mahu dibuat di tempat ini.

Soal Ferella.... Davano mengarahkan orang-orangnya untuk merobohkan banglo milik Ferella. Dan soal mayat Ferella turut dibersihkan.

Petrillia mengangguk kepala. Dia pusing. Langkah diaturnya untuk beredar.

"Wenn es mir leid tut..." (Kalaulah maaf...) tiba-tiba Davano bersuara.

Petrillia kembali menoleh.

"Wenn Vergebung alles wiederherstellen kann, was passiert ist, dann entschuldige ich mich am meisten." (Kalaulah maaf dapat memulihkan segala apa yang jadi, maka, aku adalah orang yang paling banyak meminta maaf)

Petrillia tersentak. Dia kembali mengorak langkah beredar daripada hospital. Dia tidak mahu sakitkan hati Davano atau hati sesiapa pun! Cukuplah.

Navis menepuk ke bahu Davano. Lelaki ini perlukan semangat. Bukan senang untuk seorang Davano melawan perasaan.

"Wake up, darling...." ucap Davano sayu.

...bersambung

SUGARHUSBAND ✅️Where stories live. Discover now