+ special chapter

4.5K 110 8
                                    

Bukan sahaja Halwa Afrina dan Davano Ezander yang mencapai puncak bahagia, para teman mereka juga menemui kebahagiaan mereka sendiri. Masing-masing pun sudah berkeluarga. Dan semuanya sibuk dengan kehidupan sehari-harian mereka berumah tangga.

KETIKA umur Daezy Wana mencapai dua tahun, Navis akhirnya mengatakan cintanya pada Vivian.

Navis sedar akan perasaan gila yang menguasai hatinya tika itu. Dan kerana kesedaran itulah yang membuatkan Navis berani untuk melamar Vivian buat menjadi permaisuri hatinya.

Walaupun pada mulanya, Vanessa sangat membantah keras untuk penyatuan mereka berdua. Vanessa tidak sanggup mahu melepaskan Vivian pada orang lain.

"The person I'm proposing is the one that I love. And that is your sister. Vivian."

Pertama kali Vanessa mendengar pernyataan cinta di hadapan, demi adiknya. Dan Vanessa sangat terkedu. Bahkan dia sehingga menyuruh Navis untuk lupakan segala mimpinya.

Tetapi.... Vanessa menyedari sesuatu.

Jika dia menghalang untuk Vivian dan Navis bersama, itu bermakna dia sedang menghalang akan kebahagiaan adiknya. Itu juga petanda bahawa dia tidak percayakan Navis. Lelaki yang selama ini berada di sisi mereka, selalu membantu mereka.

Dan Vanessa berbuat keputusan untuk menerima Navis sebagai adik iparnya.

Kerana pada mata Vanessa, dia boleh lihat ciri-ciri seorang Navis seperti apa. Dia dapat lihat akan bahagianya si adik kesayangan jikalau mereka bersama.

"I trust you, Navis. I trust you."

Kepercayaan telah pun Vanessa diberi kepada Navis.

Vanessa tahu Navis mampu menjaga Vivian. Mampu untuk melindungi Vivian. Mampu untuk mencintai Vivian sebagaimana yang selama ini dilakukan oleh Vanessa.

Vanessa terlalu sayangkan Vivian. Dia tidak sanggup untuk kehilangan adiknya. Cukuplah pemergian dari sang ayah dan ibu. Dia tidak mahu pula kalau adik dia turut sama pergi.

KEBAHAGIAAN Navis dan Vivian itu membuatkan Vanessa dan Halwa senang. Apalagi ketika mereka mendengar bahawa Vivian mengandungkan zuriat Navis. Hampir pengsan kedua kakaknya bila mendengar.

Vivian selamat melahirkan anak lelaki mereka. Yang Navis dan Vivian putuskan untuk memberi nama sebagai Ravin.

Kini, usia Ravin baru mencecah 2 tahun.

Gembira tidak terkata,
Senyum tak tentu,
kerana bahagia sedang melanda.

"Macam mana awak boleh jatuh cinta dengan perempuan macam saya ni?" Vivian menyoal. Dia mahu tahu apakah sebabnya.

"Saya sendiri tak tahu. Mungkin sudah masanya saya jatuh cinta. Dan awak adalah orangnya." walaupun jawapan agak tak memuaskan tapi Vivian rasa jawapan itu kukuh untuk dijadikan alasan.

Jatuh cinta itu tidak siapa yang tahu kapan atau kepada siapa. Hanya Tuhan yang tahu. Dia yang membolak-balikkan hati manusia. Hingga tidak lagi ada perkataan 'mustahil'. Kerana yang berkuasa atas segala kejadian adalah Tuhan. Kuasa Tuhan mana ada tandingannya!

BERALIH KEPADA Vanessa pula.

Kisahnya, Vanessa dan Sona si kekasih hati dia itu berkahwin juga lapan tahun lalu. Berkemungkinan juga Vanessa tidak tertahan melihat hubungan antara Halwa dan Navis. Dia juga mahu merasai punya suami.

Belgium.

Tempat tinggal baharu mereka. Mereka membina keluarga dan menetap terus di situ. Memandangkan Sona boleh tahan hebat bekerja, makanya Davano menyarankan Sona untuk mengambil alih urusan syarikat di Belgium.

SUGARHUSBAND ✅️Where stories live. Discover now