sugarhusband
- - -
"Welche Patienten sind in diesem Raum in der Nähe?" (Mana pesakit yang ada dekat dalam bilik ini?) soal Navis pada si doktor yang kebetulan lalu.
Navis malam ini bertugas untuk pergi menjenguk Halwa. Bukan Davano yang mengarah tetapi dia yang mahu pergi sendiri. Dia pergi pun tidak memberitahu Davano kerana dia risau kesihatan Davano pula terjejas.
Lelaki itu kalau dalam kesedihan, langsung tidak fikirkan tentang dirinya yang masih bernyawa dan perlu dijaga. Kerana itulah Davano Ezander seorang yang keras hati. Bukan kerana bersahaja diciptakan sebegitu. Tetapi kerana dia seseorang yang senang terbawa perasaan.
Si doktor berkerut dahi. Dia terus lihat ke cermin. Memang benar. Tidak ada pesakit di dalam.
Navis sudah pandang dengan tatapan tajam.
"Herr Doktor, sagen Sie es mir jetzt!" (Doktor, bagitahu sekarang!) tegas Navis.
Si doktor menelan liur yang berasa pahit. Habislah dia kali ini!
•
•
•
Petrillia mengelus lembut ke wajah Halwa. Dia ukirkan senyum tika menyentuh ke hidung Halwa. Sempurna!
"Du bist in allem perfekt, Halwa Afrina. Es gibt keinen Fehler in dir. Aber du bist ein bisschen dumm. Sehr glücklich, Menschen zu vertrauen." (Kau sempurna segalanya, Halwa Afrina. Tak ada cacat cela pun pada kau. Tapi kau bodoh sikit. Senang sangat percayakan orang) Petrillia tersengih.
Bila diingat balik, naif benar Halwa. Dia boleh percaya bulat-bulat saja dengan semua orang? Dia fikir apa? Jika meletakkan kepercayaan pada orang, orang akan mempercayai dirinya?
No!
"Wenn ich in der Nähe wäre, wo du Spaß hattest? Ich muss nicht mit all dem Zeug spielen." (Kalaulah aku yang ada dekat tempat kau kan seronok? Tak perlulah aku kena main dengan semua benda ini).
---
"Я знаю, кто сейчас с Зандером." (Aku tahu siapa yang bersama dengan Zander sekarang)
Ferella menoleh.
"VOZ?" (Siapa?) soalnya mahu tahu.
Petrillia ukirkan senyum. Gambar Halwa Afrina yang tersenyum manis bersama Davano itu dia buang di atas meja.
Ferella pantas mencapai gambar tersebut. Kemarahannya terus memuncak tatkala melihat betapa mesra mereka berpasangan itu. Jeles!
Petrillia mengukir sengih sebelum tangannya mencapai cawan kopi yang ada di meja. Diteguk sedikit air kopi tersebut.
"Откуда у вас все эти картинки?" (Mana kau dapat semua gambar-gambar ni?) Ferella menyoal.
Petrillia meletakkan punggung cawan ke atas meja.
"Вам не нужно знать где. Я пришел рассказать вам об этом. И ты должен быть благодарен, что я тебе помог." (Kau tak perlu tahu daripada mana. Aku datang cuma nak bagitahu pasal benda itu. Dan kau patutnya bersyukur sebab aku tolong kau)
YOU ARE READING
SUGARHUSBAND ✅️
Romance[ 16 | COMPLETE sequel for sugardaddy ] *unedited* ◼️ SUGARHUSBAND ◼️ Semuanya bermula daripada menjadi SUGARDADDY dan akhirnya menjadi SUGARHUSBAND. Kerana perasaan cinta, Davano Ezander datang untuk menjadikan Halwa Afrina sebagai isteri. Kerana...