sugarhusband
- - -
TERBELIAK besar mata Vanessa bila mendengar yang Halwa setuju untuk kahwin dengan Davano. Halwa hanya menayangkan senyum.
"You gila ke apa, Halwa? Don't you remember what he did before?" Vanessa beri ingat akan ketika Halwa nangis-nangis sebabkan dia dan Davano berpisah.
"Tapi Vans, aku cintakan dia. Takkanlah aku nak tolak. Rugilah aku," balas Halwa kemudian bermain-main dengan jarinya.
Vanessa memukul dahi. Dia melepaskan keluh panjang. Tak serikkah Halwa setelah Davano tipu dia? Mustahil sebab cinta, Halwa boleh ucap setuju begitu saja?
"I rasa you ni dah tak waras. Pernah ke you fikir apa akan jadi dengan rumahtangga you ke depan? Kalau dia boleh tipu you dulu, mustahil dia tak tipu you sekarang." Vanessa tidak mahu membiarkan Halwa disakiti sekali lagi. Puaslah telinga dia asyik dengar tangisan dia setiap malam hari.
"Vans... Kita tak boleh nak hukum dia atas apa yang dia buat dulu. Kau sendiri pun tau yang aku minta dia untuk berpisah. Tapi lepas lima tahun, aku sedar aku tak boleh nak berpisah dengan dia. Aku menangis sebab aku rindukan dia, Vans. Aku rindu..." ucap Halwa. Air mata mulai bergenang.
Vanessa menyilang tangan ke dada. Dia perhati lama Halwa yang menunduk. Dia tahu dan dia mengerti dengan perasaan Halwa Afrina. Tapi dia rasa berat hati untuk membiarkan Halwa kembali pada Davano. Dunia Davano Ezander berbahaya untuk Halwa.
"You rindu dengan Davano atau rindu nak naik kapal terbang dia?"
Halwa mengangkat muka.
"Ish, aku cakap aku rindukan dia tau tak. Eleh. Kalau aku rindu nak naik kapal dia pun apa salahnya. Seronok tau tak. Dapat pergi mana je tanpa halangan," suara Halwa diperlahankan sedikit.
Vanessa menggeleng kepala. Dia sudah agak dengan jawapan Halwa. Pemikiran Halwa itu tersangatlah cetek dalam dunia nyata. Kalau imaginasi, bukan main tinggi hingga tembus ke dalam teras bumi.
Vanessa menghembuskan nafas panjang. Nampak gayanya dia tidak bolehlah nak menghalang Halwa kali ini. Raut wajah Halwa itu pun benar-benar terdesak mahu bersama Davano semula.
"Fine. You pergilah call buah hati you tu. And cakap dengan dia yang I dah setuju."
Halwa terus saja mengoyakkan senyum lebar. Sudah tentulah Vanessa akan setuju. Jarang Vanessa tak makan pujuk rayu Halwa. Halwa mengesot perlahan mendekati Vanessa.
Mesti nak peluk, tanda terima kasilah konon. Vanessa meneka.
Benarlah saja. Halwa memeluk erat tubuh Vanessa.
"Terima kasih, mommy saya!" ucap Halwa. Dilemparnya senyum yang lebar kepada Vanessa.
Vanessa menjeling kecil ke arah Halwa. Tahulah dia ini tidak boleh nak marah Halwa lama-lama, senang saja nak membodek. Vanessa turut memeluk Halwa kembali. Kalau ini bukan Halwa bahagia, dia akan sentiasa sokong.
"You janji dengan i tau, Halwa. Kalau Davano tu buat benda tak baik lagi dekat you, bagitahu I terus. Nanti I bagi penampar single unuk dia."
Halwa mengangguk-angguk.
"Baik, Vans." Halwa meleraikan pelukan. "Bukan kau ada Sona ke? Kenapa cakap single?" soal Halwa polos.
Vanessa berfikir sejenak. Ada betulnya juga apa yang Halwa kata itu.
"Betullah. Okey, cancel penampar single. I bagi penampar couple!"
Mereka berpeluk lagi. Dengan suara di buat-buat nangis.
Vivian mengedipkan matanya memandang dua orang kakak yang ada di sofa sana. Dia tidak sangka pula mereka berdua itu suka berdrama. Vivian geleng kepala. Eloklah sangat. Dua-dua pun sama suka buat perangai.
Vivian beredar daripada situ. Malas dia mahu tonton lama-lama drama antara Halwa dan Vanessa. Boleh jam otak dia nanti. Tidak pasal-pasal kena strok haba. Eh-
* * *
Davano masukkan kedua tangannya ke dalam poket baju. Dia mengukir satu senyum lebar.
Dia baru saja terima panggilan daripada Halwa mengenai restu daripada Vanessa untuk mereka meneruskan perkahwinan. Syukurlah kerana Vanessa bersetuju.
Tidak jadilah dia nak meraung di dalam bilik.
Davano tersenyum-senyum.
Dia rasa sangat gembira. Sampaikan tidak boleh di terangkan bagaimana perasaan gembira tersebut memberi getaran yang hebat di dalam dadanya. Terasa ada rama-rama yang sedang berdansa.
Navis masuk ke dalam bilik Davano.
Langkah dia terhenti tatkala mata dia mengunci akan figura Davano.
Lama dia perhatikan Davano. Lelaki itu tampaknya sedang senang. Boleh lihat senyum yang semakin melebar di wajah.
Bibir Navis turut mengoyakkan sengihan.
Dia merasa bangga dapat lihat wajah tuan dia itu senyum begitu.
Kerana seorang perempuan? Oh. Dulu, itu sangatlah mustahil. Tetapi sekarang, itu tidak lagi.
Halwa Afrina, yang pada mulanya misi Davano hanya untuk menjaganya kerana rasa bersalah di dalam dada, tiba-tiba saja menghadirkan sebuah perasaan yang asing.
Cinta.
Navis menekup mulut.
Dia tak percaya ini berlaku. Inilah sebabnya mengapa Tuhan mempertemukan kedua insan. Bukan begitu?
Navis kemudian perlahan keluar dari bilik Davano.
Dia tidak mahu menganggu tuannya yang sedang dilanda angau tak bernoktah itu.
Navis kembali ke tempatnya tadi untuk menyiapkan beberapa dokumen buat persiapan perkahwinan tuannya, esok.
Esok ?
bersambung...
YOU ARE READING
SUGARHUSBAND ✅️
Romance[ 16 | COMPLETE sequel for sugardaddy ] *unedited* ◼️ SUGARHUSBAND ◼️ Semuanya bermula daripada menjadi SUGARDADDY dan akhirnya menjadi SUGARHUSBAND. Kerana perasaan cinta, Davano Ezander datang untuk menjadikan Halwa Afrina sebagai isteri. Kerana...