33

2.2K 105 2
                                    

sugarhusband

- - -

VANESSA pandang pada Halwa yang sibuk dengan novel. Vanessa terfikirkan soal kemarin. Ya. Kemarin, sewaktu mereka bertiga turun shopping.

---

Halwa meletakkan panggilan setelah berbual lama dengan Davano. Ya, Davano menelefon Halwa kerana rindu yang tidak tertahan dalam dadanya. Bukan main lagi, sampaikan Davano mahu pulang katanya. Mahu tidak tertawa Halwa dengar? Tapi jujurlah, Halwa juga mahukan suami dia disisi.

"Dah habis dah sembang dengan your husband tu?" soal Vanessa. Agak menyampah bila mereka keluar, ada saja panggilan. Tidak pun pasti mesej masuk.

"Eh, tak habis lagi. Aku kalau boleh nak terbang terus pergi Latvia tu hah. Tak payahlah aku susah-susah nak bertelefon dengan Davano." senyum diukir.

Vanessa menggulingkan mata. Suka hatilah kawan dia itu mahu cakap apa. Dah jadi suami isteri kan? Pandai-pandailah mereka. Tak ada yang salah pun kalau mereka nak bermanja berdua. Tapi hormatlah orang yang masih tak kahwin-

"Ah, Halwa Afrina?" suara seorang perempuan datang menegur Halwa.

Halwa menoleh. Dia kemudian mengoyak senyum sebaik sahaja dia bertembung empat mata dengan si perempuan yang menegur. Haruslah senyum dulu yang ditayang.

"Yes?" Halwa menjongketkan kening ke atas.

Si perempuan tersenyum, "I'm Petrillia Petry."

Mendengarkan nama 'Petrillia', sepertinya tidak asing di pendengaran seorang Halwa Afrina. Dia pernah dengar nama itu sebelum ini.

Petrillia.

Benarlah.

Dia pernah dengar.

"Oh, Petrillia. Ex-fiance to Davano, right?"

Petrillia mengangguk. Bukan setakat bekas tunang, tetapi juga saudara kepada Davano. Dia adalah anak kepada Aledan, pak cik Davano.

---

"I tak sedap hatilah dengan Petrillia tu," ujar Vanessa. Dia memang rasa tidak sedap hati dengan perempuan yang mereka jumpa kemarin. Dia sepertinya seseorang yang ada rancangan jahat.

Halwa tersenyum, "Tak baiklah kau cakap dia macamtu, Vans. Dia tu elok je pun. Tak ada pun nampak berbahaya macam kau cakapkan tu. Dahlah. Jangan nak fikir yang bukan-bukan."

"But I betul tak sedap hati dengan dia! I boleh nampak daripada mata dia!"

Halwa tertawa. Apalah yang kawan dia merepek? Haduhai. Bukan bermakna dia bekas tunang, ada saja rancangan jahat yang mahu dia buat. Tidak! Ini bukannya drama.

"Janganlah fikir yang bukan-bukan dekat dia. Tak elok tau kau cakap macamtu dekat dia. Trust me, dia tak jahat."

Vanessa membuat muka. Dia tidak yakin dengan kata-kata Halwa. Dia risau kalau ada sesuatu buruk sedang menunggu mereka di hadapan.

Dengan mendengar lagi status Petrillia itu sebelum ini, tentulah risau! Walaupun bukan Vanessa yang jadi isteri pada Davano, tapi dia yang merasa gelisah.

Dia takut kalau-kalau Petrillia datang dengan tujuan yang menakutkan. Nak lagi bila cakap soal Davano. Bukankah bekas tunang selalunya ada agenda yang jahat jika muncul?

"Nah, ada popcorn!" Vivian meletakkan tiga buah mangkuk berisikan bertih jagung di atas meja.

"Hah, macam inilah. Terima kasih, Vian..." ucap Halwa. Dia mencapai satu mangkuk, kemudian movie yang mahu mereka tonton itu dipasangkan.

"Cerita apa ni?" tanya Vivian.

"Ini cerita It yang kedua. Dah tengok ke yang pertama tu?" soal Halwa pula.

Vivian mengangguk. Tentulah sudah tengok. Rugilah dia tak tengok!

Vanessa yang duduk mendiamkan diri itu dipandang oleh Vivian. Jarang kakak dia mahu berdiam diri begitu. Selalunya dia yang paling banyak bercakap.

"Akak tak nak ke makan popcorn?"

Vanessa pandang Vivian kemudian dia jatuhkan pandangan pada bertih jagung yang ada di meja. Dia melepaskan keluh.

Bukannya dia tidak mahu makan, tapi tak berselera banyak. Dia masih lagi resah memikirkan soal Petrillia. Biarlah kalau Halwa tidak mahu ambil kisah, Vanessa akan ambil kisah!

"Dah dah lah tu Vans. Tak payah nak difikirkan sangat. Aku yakin Petrillia tu baik. Kau ni pun janganlah cepat sangat nak menilai." Halwa bersuara.

Vivian berkerut. Petrillia? Dia berfikir sejenak, cuba untuk refresh otaknya itu. Tidak habis-habis dengan loading. Vivian susah sikit nak tangkap. Apatah lagi dengan hal semacam begitu.

"Ikut you lah. Kalau ada apa-apa nanti jangan nak salahkan I tau." Vanessa berpeluk tubuh. Dia tak puas hati dengan Halwa yang asyik-asyik berfikiran positif. Kalaulah benar sangkaan Vanessa, tentu Halwa akan menangis waktu itu!

Halwa menggelengkan kepala. Tak payah nak dilayan sangat dengan fikiran Vanessa. Kadang apa yang dia sangka itu tak semuanya benar. Biasalah. Orang itu dah kemaruk dengan drama. Nak lagi drama melayu. Bukan nak hina tapi memang benar.

...bersambung

SUGARHUSBAND ✅️Where stories live. Discover now