BAB 4

104 15 0
                                    

Kayla hanya termenung didalam bilik nya itu.Walapun suara agak riuh dibawah kerana sedang mempersiap kan majlis perkhawinan dia dan Naim.Majlis itu akan berlangsung pada pagi esok.

Tiba-tiba pintu bilik nya diketuk.Wajah Aina uncul dimuka pintu tersebut.

"Kay,boleh aku masuk?"tanya Aina.Kayla bangun lalu mengangguk.Dia duduk di sofa bilik nya itu.Aina memandang sekeliling bilik itu.Semua nya berwarna hitam biru.Memang sah Kayla sangat menyukai warna tersebut.

"Taniah Kay,Tak sangka kau akan kawin esok,aku tumpang gembira untuk kau"Kata Aina lalu memeluk Kayla.Kayla membalas saja perlukan itu.Hakikatnya,hati nya sakit sekarang itu.Aina duduk di tepi Kayla.Dia akan menjadi mengapit Kayla nanti.

Kayla hanya tersenyum pahit."Thanks Aina"ucapnya."Aku tak sabar nak tengok calon suami kau.Mesti handsome Ustaz tu nantikan?ngam dengan kau yang cantik ni"Kata Aina dengan teruja.

"Banyak sangat ke orang kat bawah Aina?"Tanya Kayla tanpa menghiraukan kata-kata Aina.Aina mengangguk.Majlis akad nikah Esok akan berlangsung dirumah Kayla begitu juga dengan majlis perkahwinan.

"kau okey ke,Kay?"tanya Aina sambil memandang kearah Kayla.Tidak sangka yang sahabatnya ini akan berkahwin pada usia 17 tahun.

"Aku okey"kata Kayla perlahan.Dia melentokkan kepalanya di bahu Aina.

"Luka kau okey ke?"tanya Aina lagi.Kayla memandang luka ditangannya.Luka itu telah meninggalkan parut.Dia akan menyembunyikan parut itu nanti.Haji Athar?Haji Athar langsung tidak menyapanya lagi.Selama berada di rumah itu,Haji Athar hanya menunjukkan wajah dinginnya,begitu juga Kayla.

"Okey"

"Kau sabar ye,Kay.Aku tau kau belom bersedia lagi untuk luahkan dekat aku"kata Aina perlahan.Kayla hanya tersenyum pahit.

ꕥꕥꕥ

Kayla memandang kearah inai yang ada di jemarinya itu.Dirumahnya agak riuh akan kedatangan tetamu.Baju Nikah yang berwarna putih itu ditenung.Kayla menarik nafas panjangnya.Hari ini adalah majlis akad nikah nya.

Pintu bilik nya diketuk.Datin Kisyah tersenyum melihat Kayla yang masih terduduk itu.

"Kayla...Boleh ibu duduk?"tanya Datin Kisyah.Kayla memandang wanita di depannya lalu menggangguk.

"Kayla okey?"tanya Datin Kisyah perlahan.Gadis di hadapannya itu hanya ber make up tipis.Mana tidak nya,tukang solek tadi hampir sahaja dia ingin menumbuk.Dengan alasan 'tak suka Make up'.Tapi,walaupun ringkas,tetap cantik bila dipandang.Nampak natural sahaja kecantikkan Kayla itu.

"Okey je"kata Kayla perlahan.Langsung tidak memandang Datin Kisyah.

"Terima kasih,Kayla.Sudi jadi menantu ibu.Ibu bahagia sangat"Kayla agak terkejut bila Datin Kisyah memeluknya.Lebih-lebih lagi bila wanita itu melontarkan kata itu.Bahagia?tidak benci kah dia dengan Kayla?kayla berusah membuat semua orang membenci nya,tapi kenapa tidak dengan wanita ini?

"Ape maksud Datin?tak benci ke Datin dengan Kay?"tanya Kayla perlahan.Datin Kisyah tergelak kecil.

"Buat ape ibu bencikan kayla.Semua orang boleh berubah Kayla...Ibu percayakan Kayla"kata Datin Kisyah sambil tersenyum lembut.

Kayla terdiam.Tidak ingin bersuara.Kayla terpikirkan mamanya.Kenapa Hajah Ina?Semenjak kejadian minggu lepas,Hajah Ina hanya berdiam diri.

"Datin,boleh panggil kan Mak Cik Mawar tak?"pinta Kayla kearah Datin Kisyah.Datin Kisyah mengusap lembut rambut Kayla yang sudah paras bahu itu.Niat Kayla ingin memotong seperti rambut lelaki,tapi di larang oleh Mak Cik Mawar.Katanya,jangan disebabkan nak orang benci kita,jangan lah buat benda yang terlarang oleh Allah SWT.

Naim Hasyash -og-Where stories live. Discover now