BAB 38

55 5 0
                                    

"Ustaz nak bawa saya pergi mana ni?"

Kayla dengan pasrah mengikuti langkah Naim.Baru beberapa langkah dia keluar dari bilik tadi,tangannya sudah ditarik oleh Naim supaya mengikutinya.

Mereka keluar dari rumah tersebut tanpa tahu hala tuju sebenar Naim.Nasib diruang tamu tadi sunyi.Mungkin yang lain sudah berada dibilik masing-masing.Kalau tak ada sahaja usikan,lebih lagi dua sahabat Naik itu.

"Abang kan dah cakap dengan Dina,abang nak tunjuk something.Dina ikut je okey?."Naim mengemaskan genggamannya.Kayla terus berdiam diri.

Mereka berdua menuju ke halaman rumah yang dimana ada kebun bunga milik Datin Kisyah disitu.Datin Kisyah pencinta bunga,jadi banyak tanaman bunga disitu.Dekorasi taman bunga disitu semua mengikut cita rasa Datin Kisyah.Kadang-kadang Datin Kisyah mengajak Kayla lepak disitu lalu mencerita tentang taman bunga itu dan awal permulaan dimana Datin Kisyah menyukai bunga.

Rupa-rupanya Datin Kisyah dan Dato Firdaus berkenalan sejak kecil lagi.Datin Kisyah sempat berpindah ke bandar lalu disekolahkan disana.Disitu lah mereka dipertemukan.Ceritanya,Dato Firdaus ketua pengawas.Tapi kenakalan Dato Firdaus hanya Datin Kisyah yang tau,tiap-tiap hari mengirim bunga rose kepada Datin Kisyah.Datin Kisyah menceritakan kisah mudanya sambil tersenyum lebar.

"Sayang duduk dulu."Kayla terserentak dari lamunannya lalu memandang Naim yang berdiri disebelahnya.Menunggu Kayla untuk duduk mungkin?

"Dina menungkan apa,sampai terkejut macam tu?"Tanya Naim.

"Nothing."jawab Kayla singkat.Naim tersenyum lalu dia mengambil sesuatu dari salah satu pasu bunga disitu.Satu balang,dan bercahaya?

Kayla terdiam memerhati Naim sedang membuka penutup balang tersebut.Setelah dibuka,keluarlah serangga bercahaya tersebut.Serangga yang tak terhitung jumlahnya,tapi cantik bila sekempulan serangga itu mulai terbang menghiasi taman bunga itu.Cantik!

Naim melihat reaksi isterinya yang seakan-akan terpukau dengan cahaya kecil itu,mula mengambil tempat duduk disebelah Kayla.

"Khas untuk Dina."Kata Naim perlahan.Kayla memandangnya.

"Sebab ni ke ustaz balik lambat sampai kotor tu?"tanya Kayla lalu memandang.Naim mengganguk dengan semangat.

"Terima kasih."ucap Kayla perlahan.Rasa bersalah dengan Naim.

Naim...

Setiap kali bersamanya buat Kayla tak tenteram.Ada sahaja yang dilakukan Naim.Sungguh Kayla tak menyangka.Naim terlalu baik untuk dia,sedangkan dia.Tak ramai yang menyukainya.

Kenapa Naim melamarnya dahulu?sedangka ramai lagi perempuan yang baik diluar sana.Kayla menunduk perlahan.

"Hey,kenapa ni,sayang?Dina tak suka ke?"tanya Naim bila perasan berubahan riak wajah Kayla itu.Dia menyelit rambut perang Kayla yang menutup wajah itu ke telinga.

"Suka.."Naim tersenyum mendengar kata-kata Kayla.Kayla kemudian membalas pandangan Naim.Ada satu soalan yang muncul dibenaknya ketika itu.

"Ustaz.."

"Hmm.."Naim berdehem perlahan sambil matanya fokus memerhati kunang-kunang yang berterbangan itu.

"Kenapa ustaz lamar saya dulu?sedangkan saya langsung tak sama dengan perempuan alim dekat kampung ni?kenapa ustaz pilih saya dari perempuan dekat kampung ni?"

Akhirnya terluah juga soalan tersebut.Naim mendengar tersebut merenung seketika wajah Kayla.Mata mereka bertemu.Kayla membalas tatapan Naim seakan-akan sedang mencari jawapan.

♡︎♡︎♡︎

"Sahurrr !! Sahur !!"

Teng ! Teng ! Teng !

Naim Hasyash -og-Where stories live. Discover now