Bab 37

54 6 0
                                    

"Tak sedar pulak esok umat islam akan berpuasa."Naim memandang Imam Syafirin yang ada di sebelahnya sambil tersenyum.Ya.Esok umat islam akan berpuasa.Dan esok adalah hari pertama dia berpuasa dengan gadis kecilnya,Kayla.

Mereka berdua Imam Syafirin kini duduk di bangsal dusun milik Imam Syafirin.Dia tadi hanya ingin singgah sebentar dirumah Imam Syafirin,tapi Imam Syafirin tiada pula dirumah.Pak Yakub,jiran Imam Syafirin lah yang memberitahu dia bahawa Imam Syafirin ke dusun.Jadi,dia terus menyusul Imam Syafirin,rupanya Imam Syafirin elok duduk bersandar di bangsal.Ingat nak berkebun,rupanya mengambil udara segar sambil memerhati keindahan dusun duriannya.

Naim hanya mengangguk bagi menjawab kata-kata Imam Syafirin.Imam Syafirin tersenyum lembut.Walaupun sudah dimamah usia,tapi wajah Imam Syafirin masih kekal handsome dan bersih.

"Naim ajak,ajaklah isteri kamu beribadah sama dengan kamu...kamu jadi imam dia,dia jadi makmum kamu...ibadah sama-sama pada malam qadar nanti.Insya Allah beramal pada malam qadar sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan.Ada juga kebaikannya."

Hah ya tak ya juga dengan kata-kata Imam Syafirin itu.

Rasulullah SAW mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya, dia tergolong daripada orang yang amat rugi. Lailatulqadar satu malam dalam bulan Ramadan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadan, terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadan tersebut. Waktunya dikira apabila masuk waktu maghrib sehingga terbit fajar. Pada malam al-Quran diturunkan, malam Qadar berlaku pada 17 Ramadan, sementara menurut al-Mubarakfury al-Quran turun pada malam 21 Ramadan.

Orang yang pasti mendapat sebahagian lailatulqadar ialah orang yang solat fardu maghrib dan isyak secara berjemaah sepanjang bulan Ramadan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat subuh berjemaah.

Masya Allah...

"Tapi Imam percaya yang Kayla pasti menunaikan puasanya.Kalau Naim nak tau,wanita lah yang paling menjaga ibadah puasanya kerana dididik ibu bapanya dari kecil."Sambung Imam Syafirin lagi.

"Hmm nampaknya Naim kena lah tahan diri untuk sepanjang puasa ni ya..?"usik Imam Syafirin.

Naim mengerut dahi tanda tidak faham.Tapi bila melihat Imam Syafirin tersengih-sengih itu terus membahang wajah Naim.

"Ishh apa Imam ni,malu lah Naim."kemudian mereka sama-sama tertawa.

Naim menoleh kearah beberapa pokok mangga yang ada disitu.Sudah ada sedikit bunga yang bertumbuh disitu.Cantik!

"Dekat situ kalau Naim nak tau banyak firefly bertapa kat situ.Time malam-malam cantik."

"Firefly?serius lah Imam?"tanya Naim teruja.Dia memandang Imam Syafirin dengan mata yang berbinar.

"Hari tu,Imam ada pergi dusun time malam,tu yang ternampak firefly kat situ.Cantik!"Kata Imam Syafirin.

"Kalau Naim nak tangkap bawa balik tunjuk kat Kayla,boleh juga.Nanti ambik balang dekat rumah Imam,tebuk dekat atas tu nanti untuk tempat firefly bernafas."cadang Imam Syafirin.

"Boleh ke,Imam?Ya Allah,terima kasih banyak Imam.Selama ni Naim memang cari idea nak pikat Kayla.Pandai juga Imam ni soal hati yaa."Kata Naim sambil tersenyum lebar.

"Imam pun pernah muda macam kamu lah,Naim."Naim tertawa kecil.

"Hmm sekarang jumpa Imam sampai ke dusun sebab nak cadang satu idea pikat isteri ya...?"Naim tersengih malu.Kantoi pula!

Imam Syafirin perasan muka Naim memerahbitu tertawa lalu menepuk bahu Naim.

"Hati Kayla masih keras ya,Naim?"Naim berdehem lalu mengangguk dengan perasaan malu masih bertapa di hatinya.Haih entah kenapa dia senang mengaku depan Imam Syafirin dari yang lain.Baru tenang hati dia.Tapi tulah sekarang dia pula berbahang menahan malu dek terdengar suara Imam Syafirin makin galak tertawakan dia.Kemudian dia ikut sama tertawa.

Naim Hasyash -og-Where stories live. Discover now