Bab 33

87 8 1
                                    

"Ouh ! Jadi kau datang sini semata-mata nak tuduh anak aku culik perempuan gila tu lah ye !"Nyaring suara Makcik Zaiton memarahi tetamunya itu.Pada mulanya dia gembira bila melihat Naim ingin berjumpa dengan anaknya,Tasya.Tapi rupanya ingin menuduh anaknya pula.

"Makcik cakap elok-elok sikit eh ! Kami datang hanya nak tanya Tasya dekat mana Kayla!"Amirah sememangnya panas baran.Dia tidak suka hal yang berkait dengan orang yang dia sayang dipandang rendah.

"Eh kau dah tak de sopan santun ke bercakap dengan orang tua."Marah Makcik Zaiton kearah Amirah.Tidak terima dirinya di tinggi kan suara.

"Dah,dah lah makcik.Kami tanya dengan cara lembut,jawablah dengan cara lembut jugak."Kata Adam pula.Geram pula dia melihat Makcik di depannya itu.Kesalahan anaknya sendiri ditutup.

"Mak ! Ooo Mak,Tasya dah balik ni."

Suara jeritan di luar rumah membuat mereka semua menoleh.Makcik Zaiton merengus mendengar suara nyaring anak daranya itu.Kedengaran bunyi tapak kaki menaiki tangga rumah tersebut.

Kila tiba-tiba bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke beranda rumah tersebut.Terkejut Tasya memandang kearah Kila.Baru sahaja dia ingin berlagak biasa,rambutnya dicengkam kuat oleh Kila.

"Kau ingat aku ni jenis yang suka tunggu lama ke?sampai kawan aku disakiti ?!"marah Kila tiba-tiba.

Mereka yang tadi berada di ruang tamu segera menuju keluar rumah.Tergamam Salleh,Amirah dan Aina melihat Kila.Ini baru pertama kali meraka melihat Kila mengamuk.

"Kau ni ape hal hah?!ade masalah dengan aku ke?!"

"Memang kau ada masalah dengan aku ! Mana kau sembunyikan kawan aku hah ?!"tengking Kila.Tasya ingin membalas cengkaman kuat kila dirambutnya itu,tapi apalah daya Kila lebih pantas mengelak.

"Mana aku tau pasal perempuan tu!"kata Tasya.

"Ape yang kau buat dengan anak aku hah?!!"Makcik Zaiton terkejut apabila melihat rambut anaknya dicengkam kuat oleh Kila.Dia mula memukul-mukul badan Kila supaya melepaskan anaknya.

"Kau ingat aku tak tau plan kau?!kau tak tinggalkan kesan bukti aku pun tau lah ! Kenapa kau tak culik Aina sekali hah?! Sial punya perempuan!"makin kuat Kila menarik rambut Tasya.

"Mak !tolong Tasya Mak!Sakittt lahhhh!!!"

"Lepaskan anak aku lah bodoh!"

Mereka yang disitu tidak tahan melihat pertingkahan yang semakin menjadi-jadi itu,mula mengikut campur.Beberapa penduduk kampung yang lalu disitu mula menyaksikan pertingkahan mereka.

"Dah tu Kila!"Kata Amirah sedaya upaya menenangkan Kila.

Salleh cuba meleraikan Makcik Zaiton yang masih memukul-mukul Kila.Sampai merah kulit keputihan Kila itu.

Naim kelihatan bingung di belakang Adam.Niat ingin mencari isterinya tapi lain yang terjadi.Dia terdiam kerana sedang menahan amarah.Marah isterinya diperendahkan.Marah isterinya dihina sebegitu.

"Arghh lepaskan aku lah!!biar aku betulkan otak beranak ni!"marah Kila apabila pinggangnya di tarik paksa oleh Idris.

"Calm down,girl.Jangan terbawa emosi sangat."
Bisik Idris perlahan.Kila menepis kasar tangan Idris yang berada di pinggangnya lalu menjeling tajam kearah jejaka itu.

Aina disebelah Kila memandang kearah Kila risau.Risau Kila menyerang kembali.

"Assalammualaikum.Kenapa ramai sangat kat luar ni?Zaiton,kamu tak bawa masuk tetamu ke?"Tiba-tiba suara seorang lelaki yang sudah berumur itu memberi salam.Mereka disitu semua menoleh kearah tangga.

Naim Hasyash -og-Where stories live. Discover now