BAB 12

81 11 0
                                    

"Dina,salam papa dan mama dulu."pujuk Naim perlahan sebaik sahaja melihat Kayla keluar dari biliknya.Pagi ini mereka akan berpindah kerumah Datin Kisyah.

Kayla menjeling tajam kearah Naim.Nak buat apa salam?pernah ke mereka jaga aku selama ni?

"Kau salam lah."kata Kayla dingin lalu menuju kearah kereta Naim.Dengan kuat dia menutup pintu kereta itu tanpa memperdulikan tatapan tajam dari Haji Athar.

"Naim pergi dulu mama,papa"kata Naim lembut sambil menyalami tangan kedua mertuanya itu.

"Jaga diri baik-baik,ya Naim"nasihat Hajah Ina perlahan.Hatinya rasa sebak bila anaknya mengabaikannya.

Haji Athar masih dengan wajah dinginnya lalu masuk kedalam rumah itu.Naim menuju ke keretanya.Setelah masuk sahaja kedalam kereta,dia melihat Kayla menutupi  kepalanya dengan hoodie hitamnya.Wajah Kayla berpaling kearah luar tingkap.

"Terpaksa aku tinggalkan kau"

Kata Kayla perlahan sambil mengusap cermin itu.Lebih tepat,dia tengah berusaha nak usap motorsikal kesayangannya.Naim tersenyum melihat kelakuan isterinya.Bukan jauh pun mereka nak pergi.Hujung kampung sahaja.Haha.

♥︎♥︎♥︎

Kayla duduk di balkoni bilik Naim.Sudah dekat 1 jam dia disitu.Mana tidaknya,kawan-kawan mengajak dia berbual di google meet.Laptop di letakkan di hadapan.Tangan nya asyik menonton anime.Hembusan asap vepe sudah dibawa angin pergi.

"Weyhh,Kay !kita orang asyik berbual kat sini kau abaikan pula.Sebok lah tu dengan vape dia"sindir Kila.Kayla hanya berlagak biasa.

Ketika itu kayla memakai baju tshirt hitam oversize.Rambut nya dia biar lepas.

"Itu lah,Kay.Dah lah duduk kat tempat gelap.Macam hantu galah pun ade aku tengok ni"kata Salleh.

"Baik kau diam sotong sebelum aku sunat kau dua kali"

Salleh sudah membuat muka menyampah kearah Kayla.Amirah dan kila sudah ketawa terbahak-bahak.Aina hanya tersenyum.Dia lebih fokus melayan kdramanya.

"Kau kalau kahwin nanti aku tak nak datang"Salleh merajuk.

Kayla tersenyum sinis.

"Sorry lah sally,aku memang niat tak nak ajak ka,takut suami aku,kau rampas"kata Kayla selamba.

"Kuang ajoo"

Gurau kasar nampak.

"Kayla,aku nak cakap dekat kau sikit"kata Salleh serius.

"Ape hal muka serius semacam?handsome apa kau macam tu,tapi sayang tak panda beza"kata Kila.

"Dah.Dah lah tu nak gurau kasar macam tu.Korang ingat baik ke?"tegur Aina.Cara mereka bergurau membuat Aina kurang selesa.Semua saling menyindir.

"Aku tak jadi lah nak tanya kau,Kay.Aku tanya Kila lah"kata Salleh.

"Apehal ?"

"Kau tau tak kenapa perempuan nangis time akad nikah?"tanya Salleh sambil menyembunyikan senyuman.

Kayla tidak fokus dengan anime nya,malah memilih untuk mendengar perbualan Kila dan Salleh.

"Sebab bahagialah"

"Betul !tapi kau tau tak lelaki nangis lepas akad nikah pasal apa?"tanya Salleh kembali.

"Itu aku tak tahu.Aku bukan lelaki"Jawab kila.

"Lelaki nangis sebab lepas akad nikah dia kena tanggung perangai kau yang macam sundal tu"Salleh terus tergelak.Wajah Kila sudah memerah.

Kayla?

Naim Hasyash -og-Where stories live. Discover now