BAB 42

48 7 2
                                    

"Weyhhh esok raya!!" Jerit Amirah dan Kila serentak.

Aina dan Kayla hanya memerhati sahaja gelagat kedua rakan mereka itu.Mungkin dah putus urat malu,sebab tu berani menjerit macam orang gila.Beberapa orang yang melintas mereka itu hanya menggeleng.

"Duduk lah ! Malu orang tengok !"marah Aina.

"Janganlah marah.Kan last day puasa."balas Kila sinis.Aina menjeling tajam.

"Aku rindu pula nak lepas dengan Salleh.Selalu mulut dia jer bising."kata Amirah tiba-tiba menarik perhatian Aina.

"Haah kan.Sejak dia berubah,jarang dia nak bercakap dengan kita."

Selleh yang dulu paling riuh di dalam kelas,sekarang menjadi paling pendiam.Bila ada orang usik pun dia buat tak endah.Dingin.Kayla memandang sekilas kearah Aina yang termenung itu.

"Biarlah dia.Mungkin dia perlukan ruang kot sebab kan dia nak berubah."Amirah mengangguk setuju dengan pendapat Kila.

🧸🧸🧸

Datin Kisyah tersenyum melihat Kayla yang sedang duduk bersila dilantai itu fokus mengupas bawang yang banyak itu.Bawak tu semua nak rendang.Datin Kisyah pula membuat kek raya.

Naim datang dengan tuala kecil yang tersangkut dilehernya.Dia tersenyum lembut bila pandangannya dan Kayla bertemu.Naim menuju kearah Datin Kisyah.

"Hmm sedapnya bau kek tu,ibu."Kata Naim perlahan.

"Puasa,Naim."tegur Datin Kisyah membuatkan Naim tersengih.

"Lemang dah siap ke,Naim?"

"Belum lagi ibu.Api asyik terpadam saja."Yang lain tengah sibuk menyalakan api buat lemang,tapi dia boleh pula merayau ke dapur.

"Naim pula buat apa kat sini?kenapa tak tolong papa dengan yang lain?"Tanya Datin Kisyah.Sesekali matanya memandang kearah menantunya yang masih mengupas bawang itu.Bukan dia tak tau yang Naim dari tadi merenung Kayla.

"Naim nak tolong ibulah juga.Lagi pun lemang ada Adam yang jaga."Kata Naim.

"Kalau macam tu,tolong Kayla kupas kan bawang tu.Kesian ibu tengok menantu ibu tu Kupas bawang sorang-sorang.Banyak lagi tu."Naim mengangguk mengiakan.

Dia melangkah kearah Kayla.Sebelum ikut bersila disebelah isterinya,sempat dia melihat kearah cermin yang ada di dapur tersebut.

"Dina,abang handsome tak?"tanya Naim apabila dirinya sudah duduk di sebelah Kayla.Kayla memandang Naim dengan dahi yang berkerut.

"Apa awak merepek ni?"

"Mana ada merepek,Sayang.Abang tanya je."Naim memuncungkan bibirnya.Buat-buat merajuk melihat jelingan Kayla.

"Naim nak tolong Kayla ke tidak tu?"tegur Datin Kisyah sambil mengeleng melihat kerenah anaknya.

"Naim pun nak kena puji isteri Naim juga,ibu."Kata Naim sambil tersengih.

"Haaaa!dekat sini kau sembunyi ya!"tiba-tiba Adam datang menyergah sambil bercekak pinggang memandang Naim.

Sedari tadi dia mencari kelibat Naim untuk membantunya mencari bahan bakar buat lemang,boleh pula lelaki tu menghilang ke dapur.Menganggu Kayla yang sedang mengupas bawang.Memang tidak boleh berpisah dari si isteri.

Kayla yang tak sengaja menghiris jarinya akibat jerkahan Adam yang tiba-tiba itu menjerit kecil.Naim menoleh kearah Kayla.

"Dina okey ke tak?"Kayla memandang Naim tidak percaya.Soalan apa ni?Naim tak nampak ke jari dia yang berdarah tu.

"Eh!Kayla sorry Adam tak sengaja."Adam rasa bersalah bila melihat tangan Kayla yang terluka akibat kelakuannya.

"It's okey.Sikit je."Kata Kayla perlahan.

"Naim buat apa tu?pergi ubatkan tangan menantu ibu tu."arah Datin Kisyah memandang Naim yang sedari tadi melihat luka Kayla.

"Jom,Dina."Naim menarik tangan Kayla menuju ke singki untuk membasuh luka tersebut.Setelah itu,dia mula membalutkan luka Kayla mengguna plaster.

"Sayang duduk lah dulu.Biar abang yang sambung kerja Dina."Arah Naim.

"Tak pa.Sikit je ni."Kata Kayla perlahan lalu bangkit dari duduknya tapi Naim menolak lembut bahu Kayla menyuruh Kayla duduk semula.Kayla mengalah lalu dia kembali memandang Naim yang menuju ke tempat mereka tadi.

"Kau dah buat isteri aku terluka,sini tolong aku kupas bawang."Adam dengan muka pasrah di tarik Naim untuk membantu dia mengupas bawang.Tapi memang salah dia pun sebab buat isteri orang terluka,dan juga salah Naim buat dia tercari-cari sebab Naim menghilang dari membantu mereka di depan.

🧸🧸🧸

Idris mengelap peluhnya dengan tuala.Habis bermandikan peluh dia petang ni.Dia dari tadi menunggu Adam dan Naim yang disuruh Dato Fairuz mencari kayu api tapi langsung tidak muncul.Dia juga yang mencari kayu api,dan dia juga lah yang menghidupkan api.

Sampai sahaja di dapur,Idris menahan tawanya memandang wajah Adam dan Naim yang mengeluarkan air mata itu.Padanlah muka lari dari kerja kan dah mengupas bawang.

Adam menjeling Idris yang sedang menahan tawa itu.

"Hai,Kayla!"Sapa Idris kearah Kayla yang sedang duduk terdiam di meja makan.Kayla mengangguk bagi menjawab sapaan Idris.

"Kenapa dengan jari tu?"tanya Idris bila melihat jari Kayla yang terbalut itu.Kayla menjeling kearah Adam yang tersengih itu.Idris tersenyum.Baru dia tahu kenapa dua orang tersebut ada di dapur mengupas bawang.

🧸🧸🧸

ℕ𝕠𝕥𝕖 ➪Jadi, dapat disimpulkan bahwa keluar darah dari luka tidaklah membatalkan puasa. Namun, bila darah yang keluar dari luka itu cukup banyak yang bisa membuat pusing, mual, lemas, dan hal lain yang berpotensi fatal, orang boleh membatalkan puasa

𝐵𝑎ℎ𝑎𝑔𝑖𝑎𝑛 𝑛𝑖 𝑟𝑖𝑛𝑔𝑘𝑎𝑠 𝑗𝑒.𝐵𝑎𝑏 𝑠𝑒𝑡𝑒𝑟𝑢𝑠𝑛𝑦𝑎 𝑛𝑎𝑘 𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑝𝑎𝑠𝑎𝑙 𝑟𝑎𝑦𝑎.𝑆𝑜𝑟𝑟𝑦 𝑦𝑎 𝑁𝑖𝑟𝑎 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑙𝑢 𝑙𝑎𝑚𝑏𝑎𝑡 𝑢𝑝𝑑𝑎𝑡𝑒.

Naim Hasyash -og-Where stories live. Discover now