BAB 43

56 6 0
                                    

۞اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد۞
ᴬˡˡᵃʰᵘᵐᵐᵃ ˢᵒˡˡⁱ 'ᵃˡᵃ ˢᵃⁱʸⁱᵈⁱⁿᵃ ᴹᵘʰᵃᵐᵐᵃᵈ ʷᵃ'ᵃˡᵃ ᵃˡⁱ ˢᵃⁱʸⁱᵈⁱⁿᵃ ᴹᵘʰᵃᵐᵐᵃᵈ🌷🌼

🧸🧸🧸

Kayla duduk di birai katil sambil memandang tudung labuh yang terlentang di katil bersama jubah raya yang di beli oleh Naim itu.Tudung bawal labuh berwarna peach.Entah bila Naim membeli tudung tersebut,Kayla tidak perasan.Lepas sahaja mereka membeli baju melayu buat Naim hari itu,mereka terus pulang ke rumah.

Kayla berdiam diri memerhati imej dirinya di cermin.Sampai bila dia nak jadi macam ni?terdedah aurat di sana sini,Naim sebagai suaminya juga yang menanggung dosanya.Masa lalunya selalu mengganggu ketenteraman hati dan pikiran dia.Rasa marah membuak-buak teringatkan perilaku orang kampung yang memandang sini kearahnya.Kayla cuba menenangkan hati,dia tidak mau terbawa suasana.Kemarahan itu,bila di lepas,tiada penghujungnya melainkan perbalahan yang berlaku.

Bibir Kayla menutur perlahan kalimat syahadah,cuba mencerna betul-betul maksud tersebut.

Dia lalai.
Dia selalu menyalahkan takdir yang di tentukan oleh Allah SWT.
Dia selalu merasakan dirinya tidak beruntung.
Sedangkan masih ada Allah bersamanya.Ada yang lain turut membuat dia bahagia.

Air mata milik Kayla mengalir perlahan.Kayla mengusapnya perlahan.Arghh kenapa hari pertama raya dia sudah mengalirkan air mata.

Ya.Hari ini ada hari pertama raya.Hari untuk meraikan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.

Kayla bangun dari tempat duduknya lalu mengambil jubah pink tersebut.Jubah tersebut dipasang ke tubuhnya..Kayla menuju ke meja solek,rambutnya di sanggul sedang.Dia mula menyapu wajahnya dengan bahan perawat mukanya.Setelah itu,bedak bayi diambil lalu di letakkan di wajahnya.lipsbam dioleskan sedikit di bibirnya supaya tidak kering.

Kayla mengambil tudung yang dibeli oleh Naim itu,dia memakainya seperti tudung sekolah.Hanya di pin bahagian leher dan kedua bahu.Usai sahaja dia membelek dirinya di cermin.Senyuman tipis diukir dibibirnya.

Klik !

Pintu bilik dibuka dari luar.

"Sayang,tolong abang bukakan butang baju ni.Ter...eh!"Naim memandang tidak percaya kearah Kayla.Kayla memasang wajah pelik bila Naim tidak menghabiskan ayatnya.

Naim yang tadi terpaku sendiri di depan pintu bilik,terus tersenyum lebar melihat isterinya.Dia melangkah kearah Kayla lalu pinggang Kayla dipeluk dengan kedua tangannya.Naim menjatuhkan kepalanya dibahu Kayla.

"Awak kenapa?"Kayla sudah tahu hal yang membuat Naim seperti ini.Apalagi kalau bukan perubahannya.Dia saja buat-buat tidak tahu supaya tak malu.

"Sayang cantik sangat.Terima kasih sayang sebab sudi pakai tudung yang abang belikan."ucap Naim perlahan.Dapat Kayla rasakan yang sekarang bahunya terasa basah.

"Awak.."panggil Kayla lembut.

Naim mengakat wajahnya lalu mengusap wajahnya dengan cepat.Bunyi hingus yang disedut seolah tidak mahu mengalir itu membuatkan Kayla tersadar.Mata Naim memerah memandang Kayla.

"Kenapa awak nangis?"tanya Kayla perlahan sambil menekup kedua pipi Naim.Naim menggeleng.

"Abang terharu sebab sayang nak pakai tudung."Kata Naik sambil tersenyum manis.Tanpa sedar,bibir Kayla juga mengukir senyuman buat Naim.Kayla mencapai tisu yang ada di meja solek lalu perlahan mengelap hidung Naim yang sedikit basah itu.Comel!hanya kerana hal kecil ini Naim menangis.

Kayla mengambil tangan Naim lalu dikucup lembut.

"Maafkan saya."ucap Kayla perlahan.Naim mengangguk lalu melabuhkan kucupannya di dahi Kayla.

Naim Hasyash -og-Where stories live. Discover now