BAB 9

75 9 0
                                    

-Pukul 9 pm-

Hujan lebat diluar membuatkan Naim resah.Sejak balik dari surau,dia tidak melihat kelibat isterinya di rumah.Dari petang itu sudah dia menunggu Kayla,tapi Kayla langsung tidak pulang.Nasi lemak yang dibeli di warung Pak Hassan langsung tidak dijamah.

Kemana kah gadis itu ?

Dia risaukan gadis itu.Apakah gadis itu marah dengan kata-katanya petang tadi?Naim ditimpa dengan rasa bersalah pula.

Naim mengambil kunci keretanya lalu keluar dari bilik itu.

"Naim nak kemana ?"

Tanya Hajah Ina apabila melihat menantunya yang seolah-olah ingin keluar itu.Dia sedang menyediakan Air kopi untuk suaminya yang sedang menonton televisyen itu.

"Saya nak cari Kayla"Kata Naim.

"Kayla belum balik lagi ke ?" tanya Hajah Ina.Hujan sedang lebat diluar sana.Kenapa anaknya belom kembali?

Naim mengganguk.

"Biar je lah dia,Naim.Mungkin tengah lepak kat rumah kawan dia tu.Dia bukan kenal erti balik ke tak"kata Haji Athar.Dia masih fokus menonton televisyen.

"Kayla tu isterinya saya,Papa.Tak kesah lah perangai dia macam tu.Tapi dia tetap tanggungjawab saya.Kalau Papa tak nak ambil berat tentang dia,biarkan saya yang jadi pengganti papa dan suami dia.Jangan buat dia makin membenci orang tua dia."Kata Naim serius.

Haji Athar menoleh kearah Naim.Sentap lah tuu.Menantu bagi ceramah free.

"Maaf lah kalau saya berkasar dengan papa.Tapi saya tak suka orang meremehkan dia"Sambung Naim lagi.

Naim baru sahaja hendak membuka pintu utama itu,tapi pintu itu sudah dikuak dari luar.

Kayla dengan basah kuyup melangkah masuk tanpa memperdulikan Naim yang kelihatan risau itu.

Dia dengar semua kata-kata Naim tadi.Dia tersentuh tapi tidak mau lalai dengan semua itu.Ego dia lebih tinggi dari papanya.

"Dina kemana tadi?"

Tanya Naim risau.Kayla hanya memandang sekilas lalu melangkah kearah biliknya.Tidak perduli dengan pandangan maut dari Haji Athar.

Naim mengikuti Kayla dari belakang.Nak cakap muka Kayla itu pucat ?tapi tak tahu nak cakap pucat macam mana.Dah kulit dia pun pucat dari dulu.

"Kunci pintu"

Kata Kayla perlahan.Naim menuju kearah pintu lalu menguncinya.Dia mengambil tuala lalu dengan segera mengelap kepala Kayla.Kayla menepis perlahan.

"Dina kemana tadi ?kenapa tak jawab call abang ?"tanya Naim lagi.

Kayla hanya diam seribu bahasa di hadapan Naim.Mata Naim memandang kearah tangan dan lutut Kayla yang berdarah itu.

"Ya Allah !! Kenapa berdarah ni Dina?"tanya Naim lagi lalu memegang tangan Kayla.Kayla menepis dengan kasar.

"Tak payah nak sibuk hal aku lah ?!"marah Kayla.

Naim menarik nafas panjangnya.Dia memandang wajah Kayla yang lemah merenung lantai itu.

"Dina mandi dulu,nanti Dina sakit.Lepas tu ubat luka tu dulu baru makan"kata Naim lalu menarik tangan Kayla menuju ke kamar mandi.Kayla hanya mengikutinya sahaja.

Selama 30 minit menunggu Kayla habis membersihkan diri.Kayla sudah lengkap berpakai T-Shirt biru muda lengan pendek dan seluar Slack hitam.Naim hanya diam memerhati cara pakaian Kayla.Tergoda eh ?

Naim Hasyash -og-Where stories live. Discover now